Sunday, August 4, 2013

4 Ogos 2013...

Hari ini hari Ahad. Kami bangun lambat sikit, tapi sempat pergi pasar. Kami bahagikan kerja. Hubby pergi beli ayam dengan udang. Saya pulak pergi beli cili kering la, bawang la, chili sauce la, tomato la...benda-benda yang macam tu. Kami beli barang-barang tu untuk di bawa balik ke kampung.

Sebelum kahwin, saya akan balik awal untuk sama-sama buat marketing dengan emak saya. Tapi sejak kahwin ni, tukar budaya sikit. Kami beli siap-siap dan bawa balik.

Bukan saya sorang aja yang buat macam tu, adik-beradik yang lain pun buat juga. Jadi...bila sampai kampung, preparation untuk masak tu sudah kurang la, senang la sikit kan.

Kami habis dalam Rm150-160 untuk barang-barang dapur yang tidak seberapa itu. Memang mahal barang-barang sekarang kan? Semoga ada rezeki untuk kita menghadapi tahap ekonomi yang semakin melampau kan?

Selepas tu, kami balik, masukkan barang ke dalam peti ais dan keluar balik..haaaa, demi menjalankan tugas kami sebagai Datuk Bandar Simpanan Shah Alam...ha ha ha ha ha ha. Walaupun kami tahu keadaan sesak, kami tetap pergi juga ke Bandar Shah Alam...kali ni ke Alam Sentral. Nak masuk pun dah cukup sesak, lepas tu kami decided to park our car di Alam Sentral, dekat basement dia. Hmmmm, punya lah beratur waktu nak masuk tu. Tapi alhamdulillah ada tempat park kereta di B4..

Tapi kan, orang punya lah ramai. Nak bergerak pun tak boleh. Tapi kami pusing pusing la juga, terbeli juga ada benda-benda tuh...he he he. Lepas tu kami berjalan ke SACC mall. Hmmm, dalam ingat tak nak beli apa-apa tu, terbeli juga sikit-sikit. 

Lepas tu, kami balik dan keluar balik untuk membeli juada berbuka.

Malamnya saya pun menghadap la udang dan ayam yang telah dibeli tu. Saya bersih dan masukkan dalam tupperware supaya senang di bawa balik nanti. Hmmm, sampai kembang-kembang la tangan...he he he

Ehhh, lagi saya nak tulis la di sini : Pelakon tahun 80an, Rosnah Mohd Nor meninggal dunia hari ini. Beliau pernah popular pada satu masa dahulu. Dia kemudiannya telah kahwin dengan penyanyi dangdut Iwan ni dan kemudiannya bercerai. Beliau mempunyai 2 atau 3 orang anak. Alfatihah untuk beliau.

Hmmmm...itu ajalah dulu...kita jumpa lagi insya allah esok. Maybe that will be the last post before I go back for my raya break.

No comments:

Post a Comment