Pagi tadi, saya terjaga dalam 10 minit lagi jam 5 pagi, sebab kena pergi toilet. Lepas tu, alarm mula berbunyi, sebab saya plan nak bangun sahur, untuk suami.
Tapi, sebagai isteri yang solehah, saya ambil keputusan untuk tidur balik dan bangunkan suami dalam jam 5.30 pagi untuk minum air, cukup lah kan. Sebab saya tak larat nak bangun, dan mahu sambung tidur. Tapi tak boleh juga tidur sebab terdengar perut suami berbunyi. Suami juga macam tidur tak nyenyak, asyik merengus.
Agaknya dia sedar yang saya malas nak siapkan dia makanan sahur kut, tu yang saja buat bising, tapi buat-buat macam tidur juga.
So, saya pun, dengan separuh ikhlas, telah bangun juga dalam jam 5.16 pagi, dan siapkan sahur untuk suami...5.30, hubby turun. Saya baru aja telefon dia sebentar tadi, dalam pukul 3.00 petang, dan dia masih berpuasa, alhamdulillah.
Saya pulak hari ini telah menerima banyak jemputan majlis hari raya. Tapi saya ada meeting paginya, dari jam 9.00 sehingga jam 12.00. Hmmmmm....
Ada orang bagi tahu saya yang Jamuan Raya di IT meriah sangat dan ramai orang. Saya malas orang ramai ni jadi saya pergi Metal dulu. Makan sate, lemang dan rendang serta laksa. Laksanya sedap.
Lepas tu pergi IT, haaaa, mula-mula makan kuzi Cikmin, lepas tu makan mihun soto dan lepas tu, dalam perut tegang tu, ambil juga nasi dagang...tak leh tahan.
walaupun ambil sikit-sikit, tapi banyak-banyak, tetap jadi bukit kan?
Sekarang ni, saya sedang mengantuk tahap gaban. Saya juga baru tahu yang boss saya juga puasa. Saya juga baru tahu yang CEO saya, waktu meeting dengan saya pagi tadi puasa juga rupanya, tetapi kemudiannya telah berbuka puasa di salah satu Jamuan yang dia hadiri...miahaahahah
Saya tidak pergi ke Jamuan yang lain sebab tidak larat. Malam ini juga, saya rasa saya perlu ER....Encik Hubby, tolong monitor ye.
No comments:
Post a Comment