Hari ini hari Khamis, 15 Ogos 2013, saya masih cuti lagi.
Kami bangun pagi, solat subuh dan ke Tasik Shah Alam untuk "brisk walking". Selepas itu, kami pergi ke Belanga untuk minum pagi. Kami amil nasi lemak yang dikongsi. Makan berkongsi adalah salah satu cara hubby untuk meng control pemakanan saya dan juga untuk menjimatkan perbelanjaan, he he he.
Sambil minum pagi, kami baca akhbar Metro. Muka depan akhbar Metro adalah mengenai kisah seorang suami yang telah memukul isterinya di dalam lift tu. Hmmm, sedihla saya baca cerita macam ini. Yang lebih sedih adalah apabila pihak polis sendiri yang sebelum itu telah menolak aduan yang dibuat dengan alasan "tiada kecederaan yang permanent".
Susah betul kan, nak tunggu patah riuk baru nak bertindak kut? Saya pernah di satu masa menyaksikan perkara yang sama di mana, ada jiran di kampung yang sering di pukul suaminya apabila suaminya pulang dalam keadaan mabuk (suaminya adalah orang India yang muslim convert).
Pihak isteri serta anak-anaknya telah membuat laporan polis dan si suami telah ditangkap dan di bawa ke polis untuk sesi soal jawab. Walau bagaimanapun, selepas itu tiada tindakan yang diambil sehingga si isteri dan anak-anak telah mengambil keputusan untuk lari meninggalkan rumah. Kami tidak pasti di mana mereka berada sekarang ini. Semoga mereka sentiasa di bawah peliharaan Allah.
Saya juga membaca kisah seorang ibu yang kehilangan 3 orang anak yang ditinggalkanmya sewaktu pergi bekerja. Ibu itu adalah ibu tunggal dan terpaksa meninggalkan anaknya untuk mencari rezeki.
Mula-mula hubby telah menyalahkan ibu itu kerana meninggalkan anaknya. Tapi macam mana nak buat kan, kalau tidak pergi kerja, bukannya ada orang yang boleh tolong bagi duit untuk perbelanjaan hidup mereka sekeluarga.
Masyarakat/kerajaan sepatutnya perlu memikirkan "support system" untuk ibu/bapa tunggal. Mereka patut dibantu....
Lagi satu, cerita fasal Mesir...tak larat saya nak dengar. Saya doakan semoga Allah memelihara mereka yang berjuang di Mesir...
Selepas itu kami balik, lepak-lepak dan main candy crush. Kami berdua, sejak dua menjak ini asyik la main candy crush. Yang bertanggungjawab mengenalkan permainan ini kepada kami adalah Cikming....dia nak main level dua ratus lebih dah. Saya pulak stuck 3 hari kat levelll...65 kut...hmmm.
Hubby kata, dia nak makan luar petang ini, jadi dia request saya masak maggi untuk lunch. Dia kata, masak sebungkus aja (haaaaa, sebab tak nak bagi saya makan la tu).
Saya macam excited masak maggi tu hari ini sebab saya ada masukkan cendawan, sayur dan tomato. Tomato tu saya potong kecil-kecil, sebab kalau dipotong besar-besar, hubby tak makan.
Sekali, bila makan, hubby rasa sedap. Haaaa...dah sebungkus kan, mana lah cukup. Saya pun suruh hubby makan ajalah semua dan tinggalkan saya kuah maggi tu aja. Saya kemudian telah masukkan biskut ke dalam soup tu...haaa...itulah lunch untuk saya hari ni.
Sekarang ni, kami tengah tengok tv pulak...dan update blog.
Itu sajalah leteran saya hari ini...
No comments:
Post a Comment