Saturday, March 31, 2012

short one

Yooo hoooo, sorry, I have been a little busy, tak sempat nak update blog ni.

Hari ni pulak, internet buat hal, so, tak boleh nak update pagi pagi tadi. Sekarang ni, sudah mahu keluar pun, pergi rumah en mat, anak dia kahwin di Serendah. Lepas tu, saya akan balik kg terus, insya allah.

hmm, hubby dah start engine kereta tu, so, saya kena log out dah, esok saya update ye, insya allah.

Wednesday, March 28, 2012

Rezeki Harimau?

Hari ini saya sampai awal di ofis, sempat pergi tingkat 20 beli makanan. Saya beli nasi kerabu dengan kuih, karipap dan pulut udang. 

Ingatkan nak makan kuih dulu, dan simpan nasi tu untuk lunch, tapi bila rasa nasi tu macam panas lagi, saya pun kata "makanlah nasi ni dulu, save kuih untuk lunch'...okay, sayapun wallop lah.

Saya cukup disiplin kali ni, tak touch pun kuih tu, ye la, nasi kerabu tu kan memang mengenyangkan. Saya pun dah buat mental plan nak makan kuih, minum nescafe dan buat preparation untuk meeting pukul 2.00 petang during my lunch break.

Tiba tiba, dalam pukul 12.00, boss approached me and asked me to join him for lunch. Laaaa, I wished I could simply say no...tapiii...susahnya. Mengadu kat Sham, Sham pulak kata, pergi, jangan tak pergi...adoiiii, dah la kenyang lagi kan. 

Anyway, we walked to Hilton Hotel and had lunch in one of the restaurant there. The co. has booked a room especially for our group. Hmmm, nasibla menunya light, ada dim sum, vegetables with scallops...ada egg tarts...hmmm, tak banyak lah, bagus co. ni...

Sembang sembang, sampai pukul 2.15 baru habis. Saya pun sms la officers kata lambat sikit. Nasib baik boss pun ada meeting pukul 2.30 kan, so, we raced back to the office.

Sampai ofis balik, saya pergi toilet sat and started meeting right after that. Hmm, it was an internal one, but important. Dalam meeting tu, ada fruits pulak..haaaa, makan fruits, jangan tak makan fruits.

After that, kami semua turun ke Banquet Hall sebab our minister came...mengejut tau, bukan apa, to berkempen lah tu. Lepas speech, ada makan lagi. Hmmm...jamah jangan tak jamah...

Balik ke bilik, tengok ada kuih lagi kan..tak larat dah nak makan. Bila balik, saya bagi dekat hubby kuih tu, hubby kata pulut udang tu sedap, dia suruh beli lagi...ha ha, memang la macam tu.

Sebab hubby dah macam kenyang makan kuih, we decided not to go out for dinner, saya pun kenyang kan. Waktu tengok tv, saya tertidur la pulak and only woke up at around 10 when the programme on Yuna in US was aired. Hubby and I macam suka kat Yuna kan, so I pun terus bangun dan tengok lah rancangan tu. 

Tengah-tengah tengok tv, hubby mengadu lapar, minta maggi. Saya teringat semalam masih ada nasi lebih sooo, what if I prepare nasi goreng for you? and hubby said, ok.

So, I pun masaklah dengan penuh kasih sayang kan...ha ha...alaahhh, nasi goreng aja kan, dan ikan semalam ada lagi sikit, so...tadaaaaaa....sila tengok gambar ye

nampak sedap gak kan? hikss, nanti I confirm balik dengan hubby on the taste ye sebab right now hubby is already sleeping in front of the tv.

Hmmm, lepas tu saya pun mandi and urut kaki sat kat atas mesin urut kaki tu, and now, I am updating my blog, after this, I'll hit the bed lah.

Okay, tidur awal adalah satu rahsia untuk awet muda ye..haaaa. sekarang ni sudah pukul 1.30, I better sleep..chowww

Monday, March 26, 2012

Happy Birthday Dear Hubby


Heee...Happy 48th Birthday Dear Hubby. Dah tua dah..he he. Semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat, dikurniakan kesihatan yang baik, sama ada mental mahupun fizikal.

Seperti biasa, sebagai pasangan yang romantik, tiada celebration...ha ha ha. Malam ni, makan di rumah aja, sambal udang semalam ada lagi, perangat, special request dari Shuk adalah dia nak ikan goreng. Okay, sayapun keluarkan ikan, dan start menggoreng, tengah tengah goreng tuh, gas pulak habis, ha ha ha, so, sekarang ni saya tengah update blog sat sebab hubby pergi ganti tong gas tu.

Saya nak try masak broccoli goreng seperti yang saya makan sewaktu di Guangzhou dulu, hmmm, goreng aja dengan bawang putih dan masukkan sos tiram...saya rasalah. Tapi macam sedap sangat waktu makan dulu.

Saya ingat lagi sewaktu kami baru kahwin dalam tahun 2006 dan celebrated Shuk's birthday for the first time together. Haaa, lagi tak de celebration pun sebab waktu tu, rumah saya dapur pun tak de, ha ha. Tiba tiba, petangnya, dapat panggilan telefon yang memberitahu pakcik Shukri meninggal dunia dan kami terus balik ke Kuala Kangsar...itu adalah antara memori terawal kami..maklumlah, kahwin fastrack kan, tak de memori waktu bercinta.

Tak pe lah, tak payah compare dengan orang lain lah ye Shuk, yang penting kita happy. Andddd, walaupun saya selalu buat hal, degil tak terkira, saya bersyukur jodoh saya dengan Shuk, dan saya menerima Syuk seadanya..I love you....

okay, gas dah sampai, nak sambung goreng ikan!






Kalau Memang Sudah Rezeki Kita

Hari ni saya bangun dalam pukul 6.15, yup, it's Monday and I am supposed to keluar lebih awal dari biasa. Somehow semalam saya sangat malas iron baju, so, pagi ni, saya pun cari baju yang kurang perlu di iron. Habis iron baju pukul 6.30, mandi dan tidak perlu solat sebab uzur and managed to get out of the house at 7.00am...ngam ngam lah tu.

Sebab tergesa gesa, saya tak apply lip gloss, alamak, tengok muka dalam cermin, mak ai, perlu cari lip gloss juga. Saya buka semua zip handbag dan meraba cari lipgloss waktu drive, tak jumpa la pulak.

Bila sampai dan park kereta, saya cari lagi...tapi tak jumpa juga....ishhh, saya pun sapu sapu je la sikit muka dan ketam bibir sambil doa, jangan lah jumpa ramai sangat orang...heeee

Memang tak ramai orang pun, tapi sebelum masuk bilik sendiri, saya singgah dulu kat bilik Sham...ait, lupa lah tu belum pakai lipgloss, sebenarnya saya tak de lah kisah sangat pun, tapi ye lah, siapa lah saya kan, kurang sikit natural beauty nya, so, kenalah pakai lipgloss sikit, supaya presentable, itu aja pun.

Masuk bilik, dalam mood hari Isnin tu, saya pun karang email la, buat kerja itu la, ini  la, itu la...okay aja...pukul 11.00, ada meeting dengan co.

Waktu meeting tu, dapat sms pulak, dalam sms tu kata, pihak SEMASA ada simpan saya punya purse. Saya pun tanya balik "my purse?" bila pulak hilang my purse ni...saya tidak sedar langsung.

Habis meeting, saya pun pergi SEMASA office tu, dan dapat balik purse saya. Mereka kata, mereka jumpa di bawah kereta saya...haaaa, mesti jatuh waktu saya kecoh kecoh pagi tadi dan tidak zip bag saya balik...and since they do not know who I am, they google lah, ha ha ha....zaman IT....

Saya pun berterima kasih banyak-banyak and upon hubby's advice, has given them some money as a token of my appreciation. Ye lah, kalau hilang dokumen dalam purse tu, banyak hal yang kena kita buat...duit nya sikit aja pun, in fact lepas saya bagi mereka duit sikit, tinggal entah berapa ringgit aja dalam purse tu terpaksalah ke ATM, amik sikit duit

Morale of the story :

1) Jangan lupa zip balik handbag, bila bila masa pun

2) Pakai la lip gloss sebelum keluar rumah kalau tahu awak tu kurang presentable kalu tak pakai....ha ha

3) Ramai juga orang yang baik dan ikhlas di dunia ini, macam mereka yang jumpa purse saya dan simpankan.

4) Kalau memang rezeki you, insya allah, benda tu tak kan hilang ke mana...

Lepas ni, saya kena lebih berhati-hati, jumlah duit memang tidak banyak sebab saya memang jarang ada banyak cash, he he, in fact hubby kadang-kadang saja aja check untuk tengok ada tak cash, kalau tak de, dia pun letak la RM50 ke...heeee....

Itu lah ceritanya untuk hari ni, tengah hari ini, lepas lunch...saya menulis dengan harapan saya akan dapat mood untuk bekerja selepas ini, insya allah.

Sunday, March 25, 2012

The weekend is almost over again

Hari ni, saya bangun awal sebab kena masak, yup, kakak ipar saya janji nak breakfast di rumah. Saya masak nasi lemak, tumis udang, goreng ikan bilis, telur rebus dan timun. Hubby beli karipap dan kuih kaswi/kasui...tapi lupa la pulak amik gambar.

Breakfast tu berjalan dengan lancarnya, mereka sampai dalam pukul sembilan dan keluar semula dalam pukul 10.30 untuk ke ITM, melihat ada expo mengenai kursus yang available di ITM.

Selepas itu, kami sepatutnya ke Serdang untuk menghadiri majlis perkahwinan, malangnya, kami dua dua pun sangatlah kenyang, tak larat nak pergi...teruknya kan.

Kami pun meneruskan hari minggu dengan membaca surat khabar, tengok tv, lelap sekejap, bangun, lelap balik, macam tu laa, lepas tu tengok laptop pulak...macam tu la kalau tinggal di rumah kan.

Satu perkara yang saya perasan adalah urusan membasuh baju saya sekarang adalah agak mudah semenjak kami membeli mesin basuh baru yang berkapasiti 10 kg ni. Rasa berbaloi la...basuh sekali aja dah cukup. Sebelum ni, kami selalu paksa paksa mesih basuh yang lama kami tu untuk menerima lebih daripada kapasiti, main sumbat sumbat sampai tak larat.

Lagi satu, saya baru tahu tentang multi purpose cleaner..siapa biasa guna? haaaa, saya baru belajar guna and I love it, memang mudah untuk membersihkan dapur, best. Sembur sembur, lap, sembur sembur lap.

* saya tengah menyambil tengok mentor ni, protege Ramlah Ram tengah menunjukkan bakat

Lepas zuhur, dalam pukul 3.30 kami pergi Subang Parade, kami ada voucher RM100 Parkson yang belum guna, so, ingatkan nak gunalah tadi, tapi macam tak de mood, lain kali lah. Kami nak pergi cari mouse pad juga, tapi tak jumpa...cari kasut, tak de yang berkenan juga...akhirnya beli satu krim ni untuk kaki, lepas tu lepak kat Starbuck lagi....hmmmm.

tengok tu, shuk order big size coffee latte, untuk saya dia orderkan Coco Cappuccino (pardon my spelling ye), doughnut and next to it apa ntah, macam karipap gak sikit. Rupanya hubby dah lapar tahap gaban sebab pagi tadi makan pukul 9.30 kan, dan dia belum makan lagi selepas tu, he he, dah pukul 5.40 petang dah tu

heee, model saya, esok birthday dia tau...

Anyway, kami bertolak ke rumah pukul 6.30..waktu dalam perjalanan balik, dua dua sakit perut..isk...kami memang selalu macam tu.

Saya rasa saya perlu menukar sikit la cara hidup. Sekarang ni, I hardly go out from my office during lunch hour. Balik rumah pulak, kawan nya, hubby aja lah. Saya punya hidup ni sangat limited lah and I don't think it's healthy. Saya kena cari kawan ramai sikit, have some social life...sebab hubby pun kadang kadang stress dengan kerja dia, dan tak sempat nak layan saya. Bila dia tak layan, saya la plak stress, so, baik cari kawan kat luar jugak..

Yup...minggu depan, saya akan cari kawan lebih....so, agaknya no more updates lah at lunch hour ye. And Mek Yah, how about bowling game satu hari nanti? Dengan kome pun kami dah lama tak lepak...

Yup, kadang kadang kita mengambil tindakan yang salah kan? Selagi kita manusia, kita mesti tidak boleh lari dari buat silap, I admit, but I would like to improve.

Hmm, esok hari Isnin, saya kena pergi kerja lebih awal. Semoga dipermudah kan semua urusan kita, insya allah...have a productive week everyone!






Saturday, March 24, 2012

another boring weekend?

I am determine to make it a productive one though.

Once, I had a fight with hubby consulted my older brother about it. The only advice given by him is that, take care of your own self, and do not rely on others, even your hubby, and you have been doing it for the rest of your life before.

Yup, if I want to be happy, I am the one who must work for it. Therefore, I am determine to put my 'membara' energy into a positive one, before I explode. Yup, sedang cuba mengimplement teknik teknik yan telah dipelajari di dalam kursus kursus sebelum ini...hikss....macam tidak akan menjadi aja rasanya.

Anyway, pagi tadi sudah pergi pasar, sekarang mahu menguruskan barang barang yang dibeli tuh...yeah, since I do not see any possibility that I'll be going out from this house after it.

On the more positive side...abang saya nak datang esok, macam teringin nak aja depa breakfast...berani tak nak masak cikbib?....I hentam aja lah...mesti boleh kan?



Friday, March 23, 2012

Lepas SPM

Saya tahu post saya dua tiga hari ni kurang perasa kan? Nampak benar ianya tidak dilakukan bersungguh sungguh..yup, mengaku, saya macam sibuk sikit, balik rumah pulak, dah penat...soooo...

Saya di dalam bilik kaca saya sekarang, hari Jumaat, waktu makan tengahari. Saya baru makan nasi dagang lauk ikan yang dijual oleh Che Lah, he he, yang sepatutnya saya makan pagi tadi...biasalah, kena kejar dengan boss, tak sempat. Minum juga nescafe 3 in 1, mild...

Banyak kerja di atas meja ni, petang ni pulak, ada meeting di M pada jam 4.30...moga tak drag lah...

lagi?...hmmm, keputusan SPM....yup, antara mereka mereka yang saya kenal, alhamdulillah, ramai yang lulus, ada juga yang berahsia, tidak mahu bagi tahu...apa apa pun, SPM ni sesungguhnya hanya lah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar kan? Dan sekiranya keputusan tidak baik sekalipun, bersyukurlah kerana masih dikurniakan umur, kesihatan yang baik untuk terus berusaha mencari kehidupan di bumi Allah ini.

Bercerita tentang SPM, saya ingat lagi betapa tidak rasional nya saya sewaktu menguruskan kehidupan saya di waktu itu. Ye lah, saya perasan, sesungguhnya tiada siapa yang 'assist' saya tentang apa yang perlu saya buat.

Saya buat sendiri semua benda, of course kakak saya adalah nasihat sini sana kan, mintak UPU ke , apa ke. Lagi satu, tanya kawan-kawan, selalunya pulak, kita jadi over excited kan, ye lah, ada sorang kawan saya tu, emak dan ayah dua dua cikgu, jadi dia dan parents dia telah pergi KL untuk melihat keputusan dia dapat masuk ke mana, sedangkan saya waktu tu, ayah dah tak de, emak pulak mana lah tahu drive nak ke mana mana.

Saya pulak, bila gabra, asyik marah aja, jadi saya macam marah sikit kat emak saya, saya ingat lagi waktu tu, dekat dengan Jalan Maxwell Ipoh, selepas turun bas untuk ke Pejabat Pelajaran ke apa yang terletak di situ...saya ada meluahkan sikit marah atau sebenarnya disappointment kut sebab mak saya tak boleh bawa saya ke KL kan...and my mother pun buat pertama kalinya bagi statement yang macam ni "tak baik marah dekat emak macam tu"....lembut aja...tapi menusuk jiwa...huwaaaaa....lepas tu saya tak komplen dah.

Anyway, saya faham dengan gelora perasaan seorang yang baru lepas SPM. Waktu ini sesungguhnya kritikal bagi pemikiran seorang budak yang baru berumur 18 tahun. Banyak yang difikirkan, banyak yang dirisaukan.

Saya ingat saya sangat risau bila kawan saya sudah dapat offer, dapat pergi sini, dapat pergi sana...makkk...risau. Saya tidak tahu yang sepatutnya saya patut lebih bertenang, jangan kelam kabut, berusahalah, tapi mesti yakin dengan kerja tuhan, yakin dengan rezeki. Saya juga tidak tahu yang tidak semestinya sekiranya setelah masuk UKM, tidak semestinya akan grad kat UKM juga, mungkin grad di ITM pulak lepas tu....yup, tidak semuanya di dunia ini adalah straight forward.

Tidak ada sesiapa yang mengajar saya untuk bertenang waktu tu, tu lah saya kata, I should have learnt about stress management waktu muda muda lagi.

Saya banyak risau la dulu, memang banyak risau...bodoh kan? tak baik juga.

Tapi yang baiknya sikit dengan diri saya ialah saya sensitif dengan sekeliling saya dan boleh memilih mana yang lebih baik. Yup, dulu saya ada dua boss, satu tu mengelabah tak kena tempat, yang satu lagi tu lebih relax...so...saya memilih untuk tidak menjadi boss yang mengelabah if I were ever to become a boss one day.

Hmm, dan waktu di Korporat, saya stress gila, dan saya mula belajar, dan mencari ilmu untuk menangani stress. Saya juga cuba untuk tidak buat apa yang saya tak suka orang buat dekat saya...simple...tapi tidak lah sempurna kan, saya tahu ada orang yang simply tidak suka dengan saya.

Anyway, berbalik kepada SPM tadi, saya doakan anak-anak sedara saya, sama ada yang kelulusan okay atau tidak, supaya bijak dan tabah untuk meneruskan kehidupan yang lebih mencabar. Tenangkan hati, dan sekiranya keliru, panjatkan doakan semoga Tuhan menunjukkan kita jalan yang terbaik yang patut kita pilih. Semoga kita semua di bawah petunjuknya, insya allah.



M%^$#@!

It is now 1.00 am in the morning, 23 March 2012.

I am still in a fresh mode since I just woke up and had my bath. Today was a tiring one and I had fallen asleep after my Maghrib prayer. I only woke up at aroun 11.00, sempat tengok tv pulak and only had my bath at 12.30am...so tak berdisiplin ye? hmmm, kadang kadang aja ye benda macam ni berlaku.

I attended the 'Skills for Success' course again today..the topic for today was Stress Management. Sepatutnya kursus yang sebagini sepatutnya di ajar kepada pegawai muda, ataupun pelajar.

Untuk anak anak sedara saya, boleh google and belajar fasal stress sendiri. Cari punca punca stress, symptoms dan juga cara mengatasi.

Apa yang nak saya tulis hari ni?...Aduihhhh...saya dah lama la tak lepak dengan kawan kawan saya la. Sekarang ni, waktu lunch saya lepak dlam bilik aja, buat kerja, blog hop, update blog and tidurrrrr...rasa macam tak de social life...

Tapi saya masih update lagi fasal gossip pejabat dengan Cik Z, waktu balik sama lah...kawan kawan IT saya pulak, terserempak pun takde, mungkin sebab bangunan ni besar sangat kut.

Kira hidup saya ni dah nak jadi macam membosankan lah. Balik rumah, letih...bila cuti pun, duduk rumah aja, tak keluar langsung...nothing to look forward to.

Saya rasa saya nak pergi somewhere sorang sorang laaa.....kan? hmmm








Wednesday, March 21, 2012

Recap

Semalam, saya tidak buat apa-apa pun di office sebab banyak meeting. Today, ingatkan boleh settlekan kerja atas meja, tapi rupa rupanya, kena juga attend meeting.

Anyway, I would like to recap that I have to :

1) settle on the new applications which is piling on my table

2) clear the papers submitted by my officers

3) to complete the assignments given.

Tomorrow, I have to attend the course Skills for Success for the whole day. The trainer has sent email to remind me on the assignments, dia kata :

Please be ready to deliver your reports on:

·         the application of the Enhance Relationships Principles that you committed to using with a specific person from your workplace


·         one busy day in your life


·         how to do something 
 


I encourage all of you to focus on the following success drivers as you prepare for every session:



·         Build greater self-confidence


·         Strengthen people skills


·         Enhance communication skills


·         Develop leadership skills


·         Reduce stress and improve our attitude


Macam budak budak kan?..isk...Ya allah, rajin kan lah aku buat assignment ni

Tuesday, March 20, 2012

What has got into me?

It's lunch hour now, the meetings (2 meetings) ended at 1.00pm. I have another meeting at 3.00 at M...

Something happened at the first meeting that made me confused.

Hmmm, I admit, I am very quite at meetings. I do not dare to open my mouth unless it is really necessary.

Reason? : penakut la apa lagi. Lack of self confidence and always unsure of what you know and what you don't know. Lack of experience too, since I joined the Division only 1 year plus. I am also afraid that my facts are not correct and may mislead everyone.

But this morning, I do not know what has got into me, I simply talk lah. Maybe because it is hormones kut, I am expecting my period anytime now. Or is it KKS? ha ha ha...saja aja nak tulis yang nih.

In fact, there's one question that I could not answer : what is Galvannealed steel, OMG, I don't know that one because I haven't seen the process with my two eyes, but I simply hantam...I am not sure how it effected me lah, whether the chairman was convinced or he has finally concluded that this girl just wanna talk and she can simply talk rubbish...hiks.

But I must say that my explanation was 80% true...because I know the process halfway only, so, it wasn't that sesat lah.

Adoiii...learn from your mistakes lah ye cikbib, so next time, do not talk too much and please learn more on Gavanealed Steel ye, on the process, characteristics and usage.

Have a nice day everyone!



Monday, March 19, 2012

Random

Hari ini bermula dengan mimpi ngeri...yup, mengenai saya lambat untuk attend meeting...punyelah suspens, alhamdulillah bila bangun dan tersedar yang ianya hanyalah mimpi.

Saya bangun awal, sempat mengaminkan doa awal pagi di office, and everything went on smoothly, despite of the many many challenges as usual.

Esok, ada 4 meetings, 2 di sebelah pagi, dua di sebelah petang. Saya tidak boleh hadir dua yang di sebelah petang tu kerana dijalankan serentak, I have to assign my officer to represent me lah.

Saya masih bingung memikirkan siapa yang saya mahu jadikan objek untuk assignment course saya ni. I am suppose to approach someone, get to know him/her better and improve the relationship, i.e. human to human lah ye.

I am choosing among my officers/supporting staff...tapi tak sempat lagi nak pilih betul betul.

Saya juga perlu mencari satu tajuk presentation yang simple...isk...ada ke dia bagi assignment untuk orang yang dah berumur dan sibuk ni...betul la.

Oh ye, akan ada perubahan di dalam Bahagian saya nanti di mana kami akan menerima officer baru sementara officer kami yang lebih berpengalaman akan ke Bahagian baru. Well, semoga perubahan itu akan membawa perubahan yang lebih baik untuk semua, insya allah.

Hmmm....a short one for today ye...insya allah saya akan update lagi tomorrow.

Sunday, March 18, 2012

Hari Minggu Yang Membosankan!

Itu conclusion untuk hari minggu kali ini, bosan tahap gaban. Mungkin mood pun swing, sebab memang macam dah nak mai dah period, hubby pun macam biasa is not helping, pujuk does not exist in his dictionary kan...so, I can't wait to go to work tomorrow.

Oh ye, saya perlu attend this one course..."Skills for Success" yang dibawa oleh Dale Carnegie Training, every Thursday for 4 weeks.

Menurut trainer tu, Warren Buffet has never received any diplome/degree accept one from this Dale Carnegie...saya tak sempat nak google to find our whether this claim is true or not...sape sape yang rajin boleh la tengokkan ye.

The first thing yang kami belajar, to greet people, yup  'Hello, good to see you'...lepas tu shake hand. Hikssss, haa, kalau jumpa lagi, kena cakap 'Hello, good to see you again'...ha ha ha, simple je kan.

Lepas tu, belajar untuk memperkenalkan diri...yup kena pause tau (anak-anak sedara saya better implement this waktu pergi interview nanti ye).

Macam ni...katalah nama saya Monalisa Montoya ye...

My name is (pause) Monalisa (pause) Montoya. Anddd, make sure you emphasize more on the name that you want people to call you...whether it is Monalisa or Montoya. Jangan tergesa-gesa, you must look relax and confident.

ha ha...seronok sebenarnya. Benda nya simple aja, kita pun tahu, except that it is more structured lah.

Lepas tu semua orang kena buat presentation, simple je, nanti macam malas...ha ha..

anyway, semoga minggu hadapan adalah minggu yang lebih baik untuk kita semua, insya allah




A Very Unproductive Day

Dah dekat nak pukul 1 pagi sekarang ni. Saya pun sebenarnya sudah mahu tidur.

My Saturday yesterday was a very unproductive one. Bangun lambat, mandi, tengok laptop sat. Saya bangunkan hubby, dia terus tanya, 'cikbib dah masak kari?'...mana la saya sempat masak kari lagi, anyway, hubby said 'saya nak tidur sat aja lagi'.

Hmm, I just got the message la kan, I have to cook curry lah kan...saya pun masak lah, in fact, one of my officer has given me a new curry recipe...he he, mahu try.

Siap masak semua dalam pukul 11.30, tunggu hubby mandi, pergi beli paper pulak, kami pun makan dalam pukul 12.00...anddd, hubby kata not bad, tapi dia bagi 3/5 aja...ha ha...okay lah tu sebab walaupun markah rendah, hubby makan tiga kali tau...habis nasi dan kari tuh....

Kami tak pergi mana-mana, duduk rumah, makan dan tidur...kemas rumah pun tak, basuh baju pun tak, jalan jalan pun tak...and I just don't feel good wasting my Saturday like that...

I am determine to make sure that my Sunday will be a productive one, insya allah.

Siapa tengok Majalah 3 tadi? Mengenai alumni UIA...bukan apa, salah satu cerita yang disampaikan adalah mengenai seorang UIA graduate from Gambia. The guy is a Majistrate and has got 3 wives with 11 children.

I have a friend whom was approach by a UIA Gambian student once..he he, of course she rejected it but she found out later that the guy was elected as a minister in his country...ha ha, menyesal tak sudah lepas tuh, kalu tak kalu, dah jadi isteri menteri dah dia, ha ha...

hmmm, bukan rezeki lah maknanya kan...okay lah, saya nak tidur, selamat berhari minggu, and please use the time given wisely, do not waste it with sleeping and doing nothing like I did...

Friday, March 16, 2012

What happened yesterday?

sorry semalam sekali lagi saya telah tidak sempat untuk mengemaskini blog saya ni, walaupun Boss dan Sham sudah balik.

Reason : saya perlu attend satu kursus ni, saya akan elaborate on the course later ye.

Semalam juga adalah hari dimana ada marathon meeting...hmmm..anak-anak buah saya hadir tanpa saya lah.

The course ended quite late, but once I arrived at my place, none of my officers were back yet, huh, the meeting has not ended yet. It must be a very hot one I guess.

Around 6.45pm, my officers arrived one by one...haaaaa, mengadulah, apa lagi. Lepas tu, boss pulak sampai, menambah rencah dan perisa. Lepas tu, Sham pun join sama....kami sembang sampai pukul 7.45, kena lah solat Maghrib kan, tapi best lah sembang macam tu, rasa release stress.

Balik, hubby dah tunggu nak makan. Tak sempat lagi nak masakkan dia kari kepala ikan, insya allah, hari ni, kalau sempat, saya masak lah...

Hari ni, saya ada banyak kerja untuk diselesaikan...semoga semuanya berjalan lancar

Wednesday, March 14, 2012

Waiting

Saya sepatutnya sedang menjalani training. Training ini sepatutnya bermula jam 10 pagi tetapi sekarang sudah pukul 10.51 pagi, masih belum ada apa apa. Saya punnn, mulalah update blog.

Hmmm, I am giving him another 10 minutes, kalau tak mula juga, I belah lah.

The last few days was hectic. Saya terpaksa handle semua kan, meetings pulak banyak. Bila balik bilik, banyaknya missed calls. And of course, dalam keadaan macam ini, saya prioritise, buat yang lebih penting dahulu....semoga semuanya akan selamat.

Oh yee, hari Ahad baru ni Min dan Atim sekeluarga datang, for dinner. Sebenarnya sudah lama kami merancang untuk makan makan ni, tapi banyak dugaan nya, sampai tak jadi jadi.

Tujuan dinner ; just to catch up lah, sebab dah lama sangat tak lepak sama-sama, tapi rasanya yang banyak bergebeng adalah kaum wanita...pok pek pok pek, tapi bila ada perkara rahsia, tiba tiba bisik bisik...he he, pelik sungguh.

Min dengan Atim ni kira kawan lama saya lah, especially waktu belum kahwin dulu. Rasanya kami sangat rapat, tak tahu lah kenapa, tapi memang boleh get along very well lah. Bila bersembang, selalunya yang bersembang Min dengan I aja, Atim lak, diam, tapi nak join jugak. He he. Yang paling best, kalau kami pergi mana mana dan sesat, kami boleh berkelahi dalam kereta tu, meriah kelahi...he he, ada ke seronok pulak kan bila kelahi.

Anyway, lately, bila Atim dah kahwin dan ada anak, saya pun dah kahwin...Min pun sibuk juga...so, kuranglah dapat berjumpa...tapi insya allah nanti kita create activity ye..pergi mana mana ke

Orang kata friends are family which we can choose...insya allah, semoga hubungan kami ini akan berlanjutan...

Tuesday, March 13, 2012

Kawan Datang, Nak Makan

Baru baru ni kawan saya datang, hee, for dinner
haaa, itu hidangannye, simple aja

ikan bilis tumis dan sayur campur

telur dadar dan rendang ayam


 gambar tak clear sebab guna handphone...heee


dari sudut yang berlainan...

sorry, caption pendek, ada something in my mind...saya update esok ye, bila saya lebih relax

Sorry, saya sibuk

Sorry sebab saya tidak sempat nak update blog saya semalam. Bos and Sham pergi Sarawak, tinggal saya nak jaga Division..but they will be back this Thursday, and I can't wait.

Sunday, March 11, 2012

Setelah Setahun Berlalu

Tahun lepas, 11 Mac jatuh pada hari Jumaat. Pada tarikh itu kami telah meng'finalised'kan tiket kami untuk ke Jepun, bersama visa. Di pejabat, saya juga telah menyerahkan borang untuk ke luar negara pada paginya.

Hubby telah sms saya waktu tengahari untuk memaklumkan bahawa ada gempa bumi di Tokyo, tapi kami belum dapat maklumat yang lebih detail dengan kesannya.

Sewaktu balik ke rumah, Cik Z and I talked briefly about the earthquake dalam kereta, but I did not got the full picture yet. Tapi bila saya sampai di rumah, hubby sudah depan laptop, haaaa, barulah saya tahu betapa hebatnya kesan daripada gempa bumi itu, yeap, another Tsunami.

Cuma kali ini, bencana yang menimpa itu memberi kesan yang lebih sedikit kerana abang saya dan keluarganya menetap di Tokyo. Tapi alhamdulillah, dengan adanya teknologi, kami sentiasa dapat update dengan keadaan di sana. Yup, saya cukup berterima kasih dengan facebook waktu tu.

Heee, lepas tahu semua orang selamat, kami lega, alhamdulillah. Tapi rupa rupa nya, anak-anak saudara saya yang tinggal di sini (seorang UPM, seorang UKM), dua dua risau. Mereka datang malam tu juga, muka sedih aja. Mereka cuma risau kalau ada another earthquake. Infact, keluarga abang saya di Tokyo memang sentiasa bersedia. Pada waktu malam, mereka sudah bersedia pakai stoking bagai supaya sekiranya terjadi apa apa, mereka boleh terus lari menyelamatkan diri.

Dah setahun kan? Siapa tengok Majalah 3 semalam sempena 1 tahun Tsunami? Yup, mereka masih berusaha untuk membina hidup mereka semula but one thing for sure, they are not complaining. Memang orang Jepun adalah masyarakat yang hebat, mereka sangat terkehadapan daripada segi pemikiran dan cara hidup.

Hmmm....the Japanese survived the atom bomb attacked in 1969, and I think they will survive this Tsunami as well. Hmm, saya menulis ni sambil sambil masak rendang ayam...he he, dah masak pun, rasanya tak tahu lah lagi....






Sudah 6 Tahun

Hari ini, saya bangun pagi solat dan terus pergi dapur. Hee, saya menyiapkan bahan bahan untuk masak rendang ayam petang ni, sebab ada orang nak datang makan. Tapi ye lah, dah masuk dapur, saya masak lah juga nasi lemak...hmmm

Oh ye, sebenarnya hari ni adalah anniversary kami yang ke 6..so, kiranya breakfast tu untuk celebrate anniversary kami jugalah.

hmmm, nasi lemak, ikan bilis tumis, ayam goreng dan timun

pemandangan biasa kami pada hari minggu, breakfast, hubby with newspaper dan saya selalunya tengok laptop

Lagi satu, saya rasa, cuac hari ni cantik sekali, macam berseri seri. Saya basuh cadar dan selimut hari ni, lagi lah happy, sebab insya allah, cepat kering.


Saturday, March 10, 2012

Maggi dan Sandalwood

Sekarang saya sering membaca blog dari dapur kak jee, dan dia selalu aja post gambar masakan yang dia masak. Saya rasa, dalam banyak banyak blog yang saya ikut, this blog is the best. Ye lah, dia kan ex journalist, jadi presentation nya jauh lebih baik, tersusun, bahasa yang santai tetapi masih berkualiti, cerita nya juga menarik, dan kadang kadang memang ada info terkini yang kita boleh dapati berdasarkan network lamanya di bidang kewartawanan.

Anyway, manakan saya boleh menandingini seorang yang memang seorang penulis professional kan...juga sekarang sudah bersara and therefore ada banyak masa untuk masak (alasan).

Tapi malam ni, saya nak post gambar maggi mee santapan dinner saya. Hubby saya tidur, tak bangun bangun, dan saya lapar, jadi saya pun masak maggi lah.

Maggi saya simple aja, tapi saya suka banyak sayur dan letak cabai burung/melaka/cilipadi. Lagi satu, saya suka tambah kacang Ngan Yin tuh, he he..saja, add flavour. Haaa, untuk lebih interesting, saya suka pakai chopstick, chopstick kat bawah ni adalah stainless steel, ada co. bagi waktu saya pergi Guangzhou baru baru ni.

Haaaa, gambar maggi, pathetic kan saya nih? ha ha

Lagi satu, emak saya, sewaktu pergi naik haji dalam tahun 2006 telah membeli talkum J&J dengan haruman sandalwood. Oleh kerana dia sangat suka dengan bauan tersebut, dia telah memesan kakak saya untuk membeli bedak itu sewaktu mereka pergi naik haji dalam tahun 2008. Lepas dua tahun, dia pesan pula dengan abang saya yang pergi naik haji lagi sekali. 

Waktu abang saya pergi, dia tidak jumpa jenama J&J, sebaliknya mereka berjumpa dengan bau yang sama, tetapi jenama Yardley. Mereka pun beli untuk mak, juga untuk kegunaan mereka sendiri. They found out later that they are so much in love with sandalwood, unfortunately, it could be found here in Malaysia.

Tapi petang tadi, saya pergi Giant dan sudah jumpaaaa....he he, saya beli dua lagi. Seronok!


Friday, March 9, 2012

Mode : Merapu

Sekarang ni lunch hour, hari Jumaat.


Pagi tadi saya makan mihun goreng, heavy, jadi saya tak rasa nak makan nasi waktu lunch. Called hubby, consulted him on what to eat (pathetic nya saya!). Hubby kata makan main main aja, makan bola ping pong ke...


Haaaaa, sedihnya dapat nasihat macam tu. Anyway, saya turun bawah, jalan dulu, tiba tiba ada bazaar KO...., saya pun singgah. Hmmm, membeli sakan la pulak, beli roti untuk lunch, beli asam+kacang yang tiga bungkus harga lima ringgit, beli sambal kacang dengan kentang tuh...yang ni saja je, sebab nak bantu anak yatim dan beli tupperware. Tupperware ni untuk isi air dan di letak di dalm bilik, sekarang ni, saya selalu aja mintak tolong hubby bawa air bila dia naik tidur, sian dia, so, hopefully, dengan adanya tupperware ni, masalah akan berkurang.


Hmmm...lepas tu balik, makan sorang sorang, blog hop and update blog. Lepas ni saya nak tidur sat, pas tu solat, pastu pergi M...meeting pukul 3.


Hey, I would like to share this statement from Yusri on his new wife Lisa Surihani :


“Itulah antara sifat-sifat yang ada dalam diri Lisa yang membuatkan saya terpaut hati padanya. Kalaupun ada sebarang kekurangan dalam diri Lisa tetapi di mata saya segala kekurangan itu nampak indah"


Sweet kan? sukaaaa! 

Thursday, March 8, 2012

Kari kari

The moment I stepped out from my car this evening, there was this aroma, yup, curry and fried chicken. Isk, sapelah yang masakkan, rasa teringin aja nak makan nasi, dengan gulai kari dan ayam goreng...hmmm, kalau ada pajeri nenas pun sedap, isk!

Di kampung saya, kami panggil gulai kari, tapi suami saya orang utara ni, they refer to it as gulai...haaa, gulai tu kira gulai kari lah. Saya ada seorang kakak ipar yang akan masak gulai kari ikan untuk suami dia hari hari. Tapi saya tak nafikan, memang lah sedap gulai karinya. She uses a special type of spices and fresh fish. Sebab tu lah sedap.

Saya pulak, sampai sekarang gagal masak kari, memang boleh masak la, tapi untuk mencapai rasa yang harmoni tuh, memang susah. Tapi baru baru ni, siapa tengok rancangan NONA di tv3? Haaa, Siti Nurhaliza pun cakap, dia masak tumis petai memang Dato'K dah bagi thumbs up, tapi gulai kari, memang tak lulus...ha ha ha, macaammm saya.

Anyway, rasanya esok saya nak makan nasi kukus, kari dan ayam kg lah...hmmm, teringin...tapi esok ada meeting di M pukul 3, so, tak boleh lah nak lepak lama lama sangat...kut tidurke, and bangun pukul 2.45 ke...kacau daun betul.

Tapi, esok masih menggembirakan sebab hari Jumaat kan...okay, selamat berjumaat lah semua di luar sana.

Old Photos

I was looking at some old photos and came across these two which I like and would like to share with all of you out there :

yang ni...kelakar...

ha ha, se tengok yang didepan tuh...ha ha ha

yang ini, soooo sweet and innocent...

Back to reality

Pagi ni, jalan sangat jam. Rupa rupanya, KL banjir ye semalam...saya tak tahu pun.

Hujan turun juga sikit sikit pagi tadi. Saya ada meeting pukul 8.30, tapi sampai ofis 8.40, officer saya dah tanya saya ada ke tak de, sampai je ofis, ambil fail, diary, pen sebatang, lari ke tingkat 29, tapi, alhamdulillah, meeting tak mula lagi, chairman tak sampai...

Hmm, sempat lah nak g toilet sat, ye lah, dah sejam kesejukan dalam kereta kan. Meeting started at 9.00, the second one started at 11.30 and ended at 1.30. Hmmm, lunch hour pun dah habis.

Balik balik ofis, terus buka email, tengok apa yang urgent, boss masuk bilik pulak, lepas tu ada discussion dengan Sham...solat and start kerja balik...tapi rasa macam nak update blog pulak, he he

Anyway, alhamdulillah meeting yang tu dah settle,tapi biasalah, ada banyak lagi benda yang perlu diuruskan. Saya berdoa semoga keadaan kerja/tempat kerja saya akan bertambah baik dan menggembirakan saya, juga officers saya, semoga semua kerja dapat diselesaikan dengan mudah...aamiin. (Fazillah Kamsah suruh berdoa selalu, so, tengah cuba mengamalkanlah ni).

Okay, back to work


Wednesday, March 7, 2012

42 Tahun

It's 7 of March again, yeah, it is my 42nd birthday. Kenapa ye, when I was younger, I thought 42 was such an old age, but now, when I am 42, I do not feel that old at all...in my heart lah.

I must admit, even though I am very young at heart, I can feel the physical changes with my body already. Yup, dulu kalau cergas semacam, sekarang memang kena slow sikit. Hmmm...semoga saya akan terus cergas dan sihat insya allah, supaya dapat saya meneruskan kehidupan dengan lebih mudah.

Saya telah mengistiharkan hari ini cuti untuk diri saya, hiksss. Tapi lepas subuh saya tertidur balik dan bangun lambat sikit. Lepas bangun, saya breakfast dan terus ke Alam Sentral, saya mahu menghadiahkan diri saya dengan spa kaki..he he, insya allah lain kali saya buat spa seluruh badan ye.

Sampai sampai, alhamdulillah saya orang kedua sampai, yang pertama sudah mula berurut di dalam, oleh kerana saya buat urut kaki aja, ianya dibuat di bahagian depan kedai.

Saya tak mahu buat urutan seluruh badan sebab saya baru aja buat waktu balik kg baru ni...so, rasanya spa kaki pun okay juga
Nama kedai ???lupa...di sini lah saya duduk, mereka sentiasa memainkan lagu lagu yang mengujudkan suasana bali...saya suka feel nya 
Ini bekal saya, kut bosan, bawa air, hpone and buku tuh...macam baca, dah lama duduk dalam handbag, tak baca baca pun. Dikedai tu ada majalah juga, so, saya habiskan baca majalah di situ sajalah. 
haaa, mula mula rendam kaki dengan air garam...

lepas tu dia gosok gosok, and letak scrub kelapa nih. Saya cakap dengan hubby yang saya sedang menimbangkan sama ada saya patut meletakkan gambar kaki saya nih...dia terus risau , dia kata " your big feet? are you sure you want it to be posted?'...haaaa, I know he is right, soooo...I decided not to show all lah ye.

Lepas tu dia urut lagi dan letak susu...macam tu lah...the whole process took around 1 hour and it cost me RM45. Okay lah tu

On my way back, I stopped to buy food and ate it at home. Hubby managed to sneak out and came home sekejap after he met one of his customers. He he, okay lah jugak, kalau tidak, memang sunyi giler rumah ni.

Malamnya, as to celebrate my bday, we went to Anggerik Coffe House..alah, gerai yang sebelah Hotel ITM tuh

I ordered this Alaskan fish burger only to find out that the burger was huge...tapi it was nice, I ate all the burger but was too full to swallow the fries. And, since it is a special day, I ordered juice belimbing instead of my usual air suam. Shuk ordered daging paprik with nasi and watermelon juice.
 

Gambar tok bomoh saya baru nak mula makan, sebenarnya dia nak tunjukkan jam dia yang saya baru belikan tuh.

So, how was my day? Biasa aja, very ordinary...and beside the present I presented myself with, I received nothing else, except lots of love from Shuk? alasan lah tu bila tak beli hadiah kan, tak pe, bday dia nanti, saya pun akan menghadiahkan kasih saya ajalah...

Esok my marathon meeting day. Semoga dipermudahkan semua urusan saya dan officer saya ya Allah, juga semua yang paper esok.Aamiiin.



Tuesday, March 6, 2012

Sabarlah Menanti

Last Saturday we went back to Chemor, my home town. We started off from Shah Alam at around 11.00 in the morning, after a lot of hesitation, bukan apa, nak update blog la, nak baca paper la, nak tengok youtube sat laaa, haaaa, langsung bertolak pukul 11.00.

Selepas melepasi Bukit Beruntung, saya sudah lelap dan tak sedar apa-apa, heeee, tapi bila jaga, hubby berhenti di Simpang Pulai untuk pergi toilet. Lepas tu, kami fikir-fikir nak pergi mana, kami tak nak pergi rumah kakak di Ipoh sebab we were informed that her daughter/son in law/cucu were coming, so, better left them alone walaupun saya sebenarnya teringin juga nak jumpa cucu kakak saya tuh.

Lepas fikir fikir kami terfikir untuk pergi satu kedai makan nih...hmmm...untuk lunch lah.

Sampai sampai di kedai tu, kami dua dua telah menukar fikiran, instead of taking rice, both of us have decided to have cucur udang, pulut and rendang plus pengat pisang dan bubur kacang...

mari tengok gambar ye

Yup, each of us ambil satu cucur udang, Shuk ambil pulut and rendang ayam and I took that pengat pisang

cucur udang...dia punya sambal/kuah kacang tu sangat sedap

my pengat pisang, sedap gakkkk

Hubby ada ambil bubur kacang lepas tu, tapi lupa nak ambil gambar

pulut and rendang, boleh tahan, not bad

nama kedai tuh, Sabar Menanti, he he, di kawasan Stadium Ipoh tuh, not bad lah, sesiapa yang interested, boleh pergi ye.

Topik Pagi Tadi

Seperti biasa, saya dengan Sinar Pagi semasa dalam perjalanan ke Office pagi tadi.

Hari ni ada Datuk Dr Fadillah Kamsah lagi. Saya tidak pasti topik dia apa, tapi lebih fokus ke alam pekerjaan..hmmm, let's share apa yang saya ingat ye:

1) Boss saya lebih muda dari saya, sangat moody dan sekarang sedang mengandung, maka bertambah moody. In Fact, bila di luar waktu pejabat pun dia menganggap semua orang macam orang bawahan dia.

DFK :  Kadang kadang boss muda ni saja tunjuk keras untuk menutup kelemahan diri dia. Oleh kerana itu, para pekerja yang lebih matang, mungkin boleh approach boss, pergi melawat rumah boss (biar betul), and jangan lupa doakan boss...hmmmm

saya : fasal doakan boss ni, saya ingat seorang boss saya ni. Tiba tiba, dia kata, tahun ini, azam dia adalah untuk melakukan ibadat solat dengan sempurna. Tak tinggal-tinggal dah (waktu tu, dia dah nak bersara pun tau, tapi ye lah, better late than never kan.)

Saya ingat lagi, di dalam satu mesyuarat tu, saya tahu boss saya ni belum solat zohor lagi, dan waktu sudah semakin lewat. Waktu tu, saya berdoa untuk dia, semoga dia boleh melakukan solat, semoga dia kuat untuk meninggalkan mesyuarat tu, and solat.

Saya nampak dia bersedia, senseng lengan baju, longgarkan tali kasut, in fact, dia ada bangun sekejap, lepas tu duduk balik...ye lah, bukan senang nak tinggalkan meeting, dia kan orang penting ..tapi alhamdulillah, dalam pukul 4, dia telah bangun dan pergi solat zuhur.

Lepas itu, saya insaf sebab selama ni saya tidak pernah berdoa yang baik untuk bosses...he he, sekarang ni, saya doa juga, semoga boss saya yang sorang ni dapat dikurniakan offer yang lebat dari organisasi lain supaya dia dapat berhijrah dan mendapat kehidupannya lebih baik, insya allah..amiiiin

2) Saya boss, tapi saya cukup menyampah dengan anak-anak buah saya yang sangat degil dan tidak mendengar arahan

DFK : Dia suruh dekati pekerja, lebih membantu, kadang kadang, belanja pekerja makan...doa juga

Saya :  Hmmm...memang macam macam masalah sebenarnya dan kalau tidak pandai untuk menghadapinya, boleh stress. Memang pendekatan yang di saran adalah bagus, tetapi perlu ada batasannya, kadang kadang, kalau baik sangat, ada juga yang pijak kepala kita balik.

Bawa banyak bersabar dan selalu doa supaya diberikan tuhan idea yang lebih untuk menghadapi satu satu masalah. Lagi satu, untuk yang ketegaq tu, haaaa, tunjuk garang sikit...it works..kadang kadang la

Conclusion : Hidup ini bukan senang, jadi orang bawah pun tak senang, jadi boss pun tak senang, dan kalau tak de kerja dan jawatan langsung lagilaaah tak senang...

wokey, chow chin chow

Monday, March 5, 2012

Sudah 10,000

Tadi, waktu sampai di rumah dari ofis saya tanya suami saya, ada baca blog saya tak?

Hubby jawab 'nope, saya busy sikit tadi'.

Saya : 'alahhh, saya update sebab ingat Syuk nak baca tau...'

Syuk : ' tapi hari ni saya busy sikit'

Saya : 'fine'...

Lepas tu, kami pun pergi MYDIN, membeli barang barang dapur sikit.

Waktu balik, tiba tiba :

Hubby : Saya pembaca yang ke 10,000 tau

Saya : mende tu?

Hubby : Blog cikbib la, bila saya buka, number of visitor tu, 10,000, maksudnya saya yang ke 10,000 la.

Saya : ye ke?...bestnya, bestnya....bestnya..(siap tepuk tangan lagi)


Pasai apa best ye? tapi memang saya dah target kalau 10,000 visitors, saya nak celebrate...ha ha.Saya tahu la blog orang lain juta juta, tapi ini blog saya kan,  blog kecil kecilan aja.

Saya tahu lah blog saya ni banyak kelemahannya, bahasa pun macam bercakap aja, isi pun ringan sangat,  hmm, sometimes saya risau yang blog ni ada syndrom SS (syok sendiri). Anyway, blog ini adalah santai, baca untuk happy happy...tapi satu yang pasti, saya ikhlas, semua yang saya tulis ni, ikhlas...

okay lah...jangan stop baca ye, sebab walaupun saya kata, suka hati sayalah nak tulis apa, ini blog saya, kalau tak nak baca sudahlah...tapi kalau kita tulis, orang tak baca, tak best juga...kena balance...bubaiiii

Terjawab Sudah

Perkara Paling Romantik Yang Pasangan Anda Pernah Lakukan?

Soalan ini telah dikemukakan oleh FBI kepada Memey di dalam satu rancangan talk show baru baru ini. Memey menjawab, her husband, Norman Hakim telah meminta band yang bermain pada malam itu di Restoran Berpusing KL Tower untuk meminang Memey on his behalf...oooo...romantik bangat kan?

Soalan soalan seperti itu juga sering ditanya di dalam rancangan kuiz suami isteri...haaa, sebab kami macam terfikir kut kami masuk kuiz suami isteri ke apa kan, and to get ourselves prepared, so, saya pun tanya, kat hubby, 'kalau kita, nak jawab macam mana ye?'.

Ha ha, kenyataannya kami memang kurang sikit romantika diamo ni kan, so hubby pun jawab 'errrrrr...' haaaaaa, takkan macam tu jawapan yang kami bagi kalau kami masuk kuiz kan?...ha ha, macam la kami betul betul nak masuk kuiz...he he, dasar orang suka berangan.

Anyway, semalam hubby tak berapa sihat, kaki lenguh lenguh sikit. So, kalau sudah tidak sihat tu, selalunya nak bangunkan pagi untuk solat subuh tu boleh tahanlah susahnya.Kebetulan waktu saya nak kejutkan dia, hujan mula turun mencurah-curah, serious lebat, so, bila terbangun aja, hubby terus tanya, 'hujan ye?'

Saya pun jawab 'yup'. Lepas tu ingatkan nak cium tanganlah kan, dan suruh dia g solat subuh, sebab saya memang kena bertolak cepat sikit kalau hari Isnin.

Tiba-tiba dia kata ' saya hantar cikbib pergi kereta lah, kereta cikbib kan park kat luar hari ni, mesti susah sebab hujan lebat sangat, nanti demam pulak'. Bukan apa, hubby selalu cakap, kalau saya demam dia malas nak jaga, therefore, dia kena pastikan saya sihat je lah...daserrrr!

Tapi saya, tetap rasa terharu sikit sikit...he he

Hujan memang lebat sangat, Shuk tolong buka gate dan hantar ke pintu kereta. Waktu saya masuk ke kereta tu, kena juga hujan sikit, memang tidak boleh elak pun.

Anyway, sebab tergesa-gesa, lepas saya masuk, Shuk pun lari masuk ke dalam rumah, tak sempat pun salam, tak boleh lah nak merealisasikan lagu 'kiss me in the rain'..haaa...terkejut badak pulak jiran jiran saya nanti kan, he he...

Tapi saya dah dapat jawapan untuk soalan di atas kalau saya masuk kuiz lah...ha ha...tapi lepas ni, solve satu masalah (masalah??)..tapi Shuk kena cari jawapan untuk diri dia pulak, saya ni ada buat apa yang romantik ye?...hmmm, cari idea




Sunday, March 4, 2012

Supper

It's Sunday night, and hubby and I just came back from supper, yup, at O l d town W hite Coffee, the one located not far from Jakel. Actually it is not a norm for us to have supper since hubby do control my food intake, he he, even though it has not shown any positive effect just yet.

Andd, OTWC is not a place we often visit, but if we do go there, we will have some drinks and roti la, that's all. And tonight, we had teh tarik, white coffee, roti bakar and garlic bread, since I did take photos, I post lah ye..

hubby, tengok internet lah tu

we ordered this, the nice handwriting is of course mine...hua hua hua

hubby's teh tarik and toast. Toast tu sedap laaa

nyum nyum

my white coffee

my coffee and garlic bread.

hmmm, kan ada cerita fasal kaki katak dalam one of the dish di OTWC kan? heeee, oleh sebab itu, sampai sekarang, kami tak gamak lagi nak makan benda lain kat sini. Tapi no doubt, tempat ni best untuk lepak lah, selesa. Boleh la kalau nak pergi sekali sekala. Total cost adalah RM14, kira okay lah juga.

okay, selamat kembali bertugas esok ye untuk semua yang bekerja. Untuk anak-anak sedara saya yang belajar, selamat menuntut ilmu, jalankan lah amanah untuk menuntu ilmu itu sebaiknya. Untuk yang masih beristikharah untuk mengetahui apakah yang terbaik untuk dilakukan selepas ini, semoga ikhlas untuk berdoa supaya ditunjukkan jalannya oleh Allah. All the best!

Saturday, March 3, 2012

Nak cerita hantulah

Yippie, it is now almost 10.00 am, Saturday, and just had breakfast on the floor, he he, since our dining table has not arrived yet. We plan to go back to my home town after this.

I have not done the laundry yet, have not tidied up the house yet...he he he, buat esoklah, after I come back from Chemor. Hari ini adalah hari untuk bermalas malas.

Malam tadi, saya mimpi fasal office. Heee, sebab banyak sangat masalah kan, sampai terbawa bawa dalam mimpi.

Once, when I attended this BTN course at Meru Kelang, I had the scariest dream ever, serious. In fact, during my stay there, every night, I will be woken up by my dreams. Most of the dreams were very vague though that I could not remember it clearly, but somehow, it interrupted my sleep.

I was having my period, so I could not perform my prayer, so, I was a little weak lah.

Anyway, the scariest dream was on my second last day there. In that dream, I saw a group of people doing some gathering, like a parade. Haaa, at first I was looking at it from far, but somehow I managed to zoom in and saw one of the person/creature clearer.

OMG, I woke up immediately after I was able to see the creature. The face of this creature was scary...urgh, rasa macam muka syaitan kut (macam pernah tengok syaitan)..ha ha. Hmm, what else that I remember... yeah, the ears were long and like pointed. Heyyy, maybe this is not scary enough to any of you out there but I have never experienced this hantu hantu okay, so, this was scary enough for me that I can remember it until now.

The next day, I found out that other members of the room were not able to sleep the whole week and apparently many scary things happened and they have even located their bed next to the door to stop it to be opened by someone every night. And all of them were wondering how could I sleep so soundly..ha ha, I wonder, but I used to joke that maybe the hantus were scared of me lah...

We found out later that we were not the only group who experienced those scary thing. Ramai dah group lain yang experienced the same thing there, in the same room.

I also found out later that the characteristics of the creature I have seen in my dream was similar to the characteristics of a jin...yeah, the long and pointed ear...betullah kut kan, since jin memang wujud, only that we are not supposed to be afraid of them, Yeah, have faith, God is greater and no other can be greater than him.

Heee, teringin nak cerita hantu pulakkk. Tapi saya telah diajar bahawa hantu/jin/syaitan itu, hanyalah makluk tuhan. Mereka mungkin boleh menakutkan sedikit, but they cannot hurt you. Kalau takut, baca doa, kalau lupa/panic, baca aja allahuakbar, yup, God is Great...

Sooo...itu lah cerita seram saya yang tidaklah terlampau seram, ha ha, have a nice weekend.







Friday, March 2, 2012

5 days at the new building

Saya baru tengok stats tadi and 49 persons have visited my blog today! Yay!

Ada jugak orang yang baca blog merapu saya ni. Semuanya silent reader pulak tu...he he, tak pe.

Saya pun tak tahu lah kenapa, tapi macam happy aja kalau ramai orang baca blog nih. Tapi that's not the only reason why I write, this is my journal, I would like to document what ever happened in my daily life.

For those who have been reading my blog, thank you very much! Please do continue to read, I really appreciate it.

Esok cuti, bestnyaaaaa. My week went on busy as usual. But I happened to be free for lunch this whole week, unfortunately, except for today, I found myself feeling so lonely without friends to go lunch with...ha ha ha , pathetic betul.

No doubt sometimes I prefer to have lunch alone so that I could plan the one hour according to how I want it to be. There are three important things that I would love to do during the short period. The first one is of course to have lunch, the second one is to update my blog and the third one is to take a short nap.

Haaaa, ambitious ha? Mana sempat. That's why I prefer to have lunch alone sometimes so that everything is done very fast, without having to wait for other people. So that I could manage my time wisely. But than, I will loose my friends...tak ke sedih

But being normal, of course I would like to socialize. Ye laaa, rindu nak bersembang. Dah la bilik sekarang ni kaca, macam mana nak tidur...isk.

Anyway, the week has passed, and next week I am sure I would be very busy and will not have that much time to enjoy my lunch hour again...and, today I simply slept in my glass room, ha ha ha...pedulik apa aku...tidur tengah hari tetap tidur...

In other words, I am adapting, I am getting used to the glass room, to the complicated new telephone, the narrow turns at the parking place, the not so proper toilet...and everything else...life goes on.

Oh yeah, I had lunch with cik min today...since I did snap a few pictures, I would like to share it here...


yang ni min punye, menu apa ni ye, fish and chips kut, tapi chips tu bukan kentang, macam goreng ubi macam tu, tapi sedap. 

mine, pasta..olio apa ntah...boleh la, tapi secret recipe/Zen punya lagi sedap kut

mintot tengah kusyuk makan

okay lah, enjoy your weekend ye..insya allah esok saya balik kg kut..



Go away

I have just directed my clerk to do some one task, urgent.

The immediate answer was 'Saya mana tahu puan'.

And my blood pressure terus naik, I can feel it.

I know the task is very easy, I know he can do it. Even if he do not know, it will take him less than 5 minutes to learn.

I am disappointed. Not a good way to start your day. Please go away...let my day be a cheerful one.

Thursday, March 1, 2012

Genap 4 Tahun Yong Meninggal



Di ofis saya sekarang, PA Bahagian saya adalah berumur sama dengan kakak saya, so, kadang kadang saya bayangkan juga kalau kakak saya tu masih hidup. But of course god knows what is best for her, her children, family, friends and the people around. She was loved and will always be remembered but what she needs most now is our dua'. Al fatihah untuk aruah kakak saya, Rahimah Enok.