Monday, September 30, 2013

Saya, V I D A dan Titanic

Hari terakhir di bulan September tahun 2013....

Tadi ada rancangn tv baru di Astro Prima, talk show yang di hostkan oleh Datuk Dr Hamiza Osman yang lebih dikenali sebagai Vida. Saya sedih la tengok rancangan tu. Saya rasa Vida ni kena consult professional lah bagi memastikan rancangan itu boleh jadi lebih menarik. A lot of work...mungkin boleh tukar host juga kut...makkkk, kejam tak statement tu? Tapi saya rasa Datuk ni memang seorang yang hebat, tapi mungkin kerja-kerja hosting a talk show ni bukan dia punya bakat kut...dia stick to doing business cukuplah.

Saya buat ER hari ini, saya buat 4 km, alhamdulillah

Semalam juga saya telah menonton filem Titanic buat pertama kalinya, walaupun filem itu sudah diterbitkan di dalam tahu 1997. Saya bukan apa, bila tahu yang filem itu pengakhirannya adalah menyedihkan, saya telah memilih untuk tidak menonton movie tu.

Tapi semalam, hari Ahad, 29/9/2013, selepas lunch, waktu hubby sudah lena dan saya sorang-sorang tengok laptop dan kemudiannya penat dan tengok tv...haaaa...buka-buka, tengok ada cerita Titanic di Fox Movies.

Mula-mula macam takut nak tengok, tapi sebab HD  dan gambar cantik, langsung intai-intai. Lepas di intai, rasa best pulak...langsung tengok sampai habis.

Baru lah saya tahu kenapa orang kata cerita tu best...Presentation nya menarik, ceritanya cepat dan tidak meleret-leret, heroin nya cantik dan barulah saya tahu kenapa orang kata Leornado de Caprio tu handsome. Personally saya tidak rasapun yang dia tu handsome, tapi watak dia di dalam filem tu memang saya suka...free spirit!

Tetapi, seperti dijangkakan, saya menangis lah di akhir-akhir filem tu...tapi saya tetap rasa best, dan kalau disiarkan balik, saya rasa saya akan tengok lagi lah.

Hari ini pulak, saya tersangatlah sibuknya di office...sampai tak sempat nak buat benda-benda peribadi...semoga dipermudahkan semua urusan aku Ya Allah.

Okay lah...saya nak tidurdah ni...gnite!

No comments:

Post a Comment