Thursday, September 19, 2013

Macam-macam

Semalam, seperti biasa, saya telah bertanya dengan hubby, "dah baca tak blog saya? What do you think?"

Hubby jawab macam ni "kalau saya cakap pendapat saya, Cikbib nangis nanti. Jadi saya rasa tak penting lah, Cikbib tulis ajalah sebab bila menulis, Cikbib happy kan?".

I was confused with the statement but somehow I didn't manage to ask further. I decided to read my entry again but could not really understand how my post is relevant to the "sacarstic" statement made. Maybe I have missed something.

I was not happy with the statement and rasa macam nak merajuk. But what's the point kan...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi ni pulak, tiba-tiba kena chair another meeting sebab boss tiba-tiba ada hal. Saya selalu kena macam ini lah lately, tapi meeting kali ni hanya dengan orang-orang sama office lah. Mungkin tuhan sengaja suruh saya belajar chair meeting kut supaya saya pandai, atau mungkin boss saja nak buli saya kut...ekekekeek....tak kut, mungkin boss saya saja nak train saya kut. Boss saya tu baik aja orang nya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam, sebelum balik ke rumah, saya dapati seorang kawan saya telah balik lebih awal. Saya tanyalah, macam mana dia boleh balik sebelum jam 5.30 ni? Kawan-kawan office kata, dia memang masuk jam 8.00 dan balik jam 5.00.

Saya pun "ooooo". Kawan saya ni memang sampai awal kat office dan terus buat kerja. Saya pulak, kalau sampai awal, saya tidur dulu dan main Candy Crush...heee.

Saya juga telah diberitahu yang kawan saya ni nak pergi gym.

Saya sangat terkejut bila diberitahu yang kawan saya ni nak pergi gym. Langsung saya terus bersiap untuk balik sebaik solat asar. Sampai aja kat rumah, saya pun terus naik trademill saya...dapatlah 3 km.

Saya assume statement yang kawan saya ni pergi gym telah menjadikan saya jealous dan seterusnya menjadikan saya bermotivasi untuk exercise...jealous yang positive lah tu kan?

Semoga saya boleh istaqamah, insya allah

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam juga, saya perlu hadir satu mesyuarat. Mesyuarat di adakan di organisasi lain yang masih terletak di KL Sentral, oleh kerana itu, kami perlu berjalan ke office ini. Mesyuarat bermula jam 2.30 petang dan bagi mengelakkan saya tercungap-cungap bila sampai, saya dah plan untuk mula berjalan jam 2.00 petang.

Walau bagaimanapun, boss saya tiba-tiba nak join meeting ni. Tetapi, dalm jam 2.00 petang, dia ada terima pelawat. Lepas tu, boss sibuk-sibuk print apa menda ntah dan kami hanya mula berjalan jam 2.23 petang.

Boss saya ni kecik orang nya dan dia berjalan sangat laju...saya pulak, boleh tahan laju bila berjalan, tapi tak terlawan boss saya ni, sebab dia macam berlari.

Lepas tu, bila sampai di escalator di KL Sentral tu, orang penuh la pulak, tapi boleh aja la kan naik escalator tu kan. Tapi boss saya ni kan, tak tahu lah sama ada nak show off ke, atau nak test saya ke, dia telah lompat-lompat naik tangga. Huwaaaaaa, saya pun, dengan berat hati, terpaksa lah naik tangga juga, dan terpaksa pretend lompat-lompat juga dengan heels saya tu.

Tapi lepas tu dia tanya "hubby you athletic jugak ke?" Waktu tanya tu, saya tengok dia senyum jugak.

I dalam hati "baru naik tangga lompat macam you dikira athletic ke boss? Haih"

Waktu balik, saya siap-siap cakap dengan boss saya "boss, boss jalan dululah, saya nak jalan relax-relax sikit lah kali ni".

heeee...tapi boss saya pun tak larat jugak kut nak speed. Dia siap offer belanja minum lagi...tapi saya biasalah, "tak pe la boss, kita kan dah minum mesyuarat tadi"...tapi sebenonya, saya nak balik cepat...

Okay, itu aja

No comments:

Post a Comment