Hari ini hari Ahad, 29/9/2103.
Tarikh ini macam familiar la...ada hari jadi orang yang saya kenal...yuppp, hari jadi anak sedara saya Anis rasanya, ...sat, saya nak buka facebook sat....heeee....dah post bday wish di wall Family Opah Chemor...
Sekarang ini hubby dah lena balik selepas lunch. Saya masak tau hari ini, yup, menunya adalah kacang buncis masak lemak cili api, ikan goreng, sambal belacan dan timun. Saya dah warn hubby awal-awal, "kalau tak sedap pun, makan juga"...miahahhaha, susah dapat isteri yang brutal ni.
Kami pergi pasar pagi tadi, yup, alhamdulillah hubby menyokong 300% hasrat saya untuk memasak. Kalau ada sokongan ni, selalunya kita akan kuat sikit kan...soooo...let's hope for the best lah. Waktu saya pergi pasar tadi juga, saya nampak banyak jenis daun-daun yang saya tidak pernah guna untuk masak...mungkin selepas ini saya boleh explore lebih-lebih sikit kan.
Pagi ini juga saya telah berjaya ER sejauh 4 km, Alhamdulillah. Semalam, hubby dan saya telah pergi ke Taman Tasik and completed a 3.2 km walk.
Saya telah mengabaikan ER sejak bulan puasa sebenarnya dan saya rasa badan macam berat...I better do something about it lah kan jadi I berazam untuk kembali istiqamah, insya allah.
Saya nak buat target baru yang lebih realistik iaitu hanya 15 km seminggu (sebelum ini target saya adalah 20 km seminggu). Heeee....tengok lah, kalau badan jadi ringan ke pulak dan saya boleh tingkatkan dari 4 km setiap sesi kepada 5 km pulak...why not kan?
Lagi satu, saya kena kurangkan food intake pada waktu malam....semoga dikuatkan iman saya...heeeee.
Okay lah, itu ajalan buat kali ini...nanti saya tulis lagi
No comments:
Post a Comment