Minggu lepas, pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, saya ada hal...
Hari Jumaat, saya telah minta untuk balik cepat kerana perlu pergi menghadiri majlis akad nikah sepupu suami saya di Masjid Besi, Putrajaya.
Mari tengok gambar ye...
Oh ye, sebelum pergi, kami pun cuba lah nak berposing, kononnya nak buat gambar raya...tapi tak ada pun yang lawa, mungkin itulah kenyataannya kan
inilah yang terbaik kut...hiksss
akad nikah...sekali aja sudah lepas, alhamdulillah
pasangan pengantin. Yang perempuan tu adalah sepupu hubby, yang lelakinya adalah orang Ipoh
Yang ni adalah ahli keluarga lelaki belah hubby. Depa ni patuh bila disuruh berbaju Melayu, kalau keluarga saya, soheh tak berjaya, semua pemalas nak pakai baju Melayu
family photo, theme colour nya adalah pink
Lepas tu, pergi makan kat Seri Ampangan Putrajaya. Tempat ini pemandangannya cantik :
Sebab kami sampai awai, kami snap snap dulu
Jambatan ni tidak boleh dilalui oleh kereta ye, untuk paip air aja rasanya
tempat makan
tengok saya tu, dah lah tembss, lepas tu anti social pulak tu, leka aja tengok handphone
Makanannya adalah simple sahaja..so, no photos..
Lepas makan, tangkap gambar sat...ini hubby dengan anak sedara dia, Faisal
Saya dengan hubby....ini baju raya kami nih...kami tak plan pun tau, tapi jadi sedondon..
Balik rumah, kami dah letih, tak larat nak pergi tengok parade dan bunga api di Dataran Shah Alam, oleh kerana itu, kami pun tidurrrrrrrr
No comments:
Post a Comment