Kelmarin, saya balik kampung saya di Chemor (31 Ogos 2013). Sebelum balik, kami ke Sungai Penchala dahulu sebab ada kenduri kahwin.
Kami balik sebab ada perjumpaan "Halaq Mandailing" di kampung saya. Mungkin akan ada satu post khas mengenai "Halaq Mandailing" kemudian, jadi kita simpan dulu cerita ini ye.
Kami bertolak ke Shah Alam dalam jam 5.30 petang. Selepas masuk tol Ipoh, saya telah tidurrrrr, jadi saya tidak berapa tahu apa yang terjadi sewaktu perjalanan tuh. Tapi waktu saya tidur tu, saya perasan yang hubby ada banyak kali brek-brek kereta yang power punya, jadi saya boleh agak lah yang keadaan traffic adalah tidak bagus. Saya juga tahu yang hubby mesti mengantuk sebab dia telah buka tingkap dan hisap rokok which he hardly does whenever I am with him in the car. Tapi mata saya tetap tutup...hiks.
Tapi saya telah terjaga dalam jam 8 sebab Abg saya telefon dan ajak jumpa di hentian Ulu Bernam...kami pun apa lagi, set.
Abang saya dengan anak-anak perempuannya singgah solat dulu, tapi sebab ramai sangat orang, hubby decided to solat di hentian Guthrie aja kemudian.
Kami singgah di kedai Pak Tam, makan mee rebus. Siapa-siapa yang singgah di hentian Ulu Bernam, boleh la juga try mee rebus Pak Tam ni, not bad at all. Tapi kadang-kadang, sebab tak de ISO kut, rasa dia kurang sikit, tapi most of the time, memang sedap.
Lepas tu, kami pun teruskan perjalanan. Dekat Rawang, jam lagi, nasib baik la hubby yang drive...
Lepas tu, kami singgah untuk solat di Guthrie (hentian Elmina kut). Saya juga pergi toilet. Perasan tak sejak dua menjak ni toilet di lebuhraya kita sudah tidak sebersih dulu? Ada sesetengah tempat tu, saya tak nak masuk langsung kalau di beri pilihan?
Sebenarnya toilet di hentian Elmina ni baru saja di upgrade, oleh itu, ianya adalah agak baru. Tapi mungkin sebab waktu saya singgah tu adalah hari Ahad malam, dan tukang pembersih sudah balik, keadaan toilet adalah agak menyedihkan.
Saya akan katakan di sini bahawa sebenarnya keadaan "basic" tandas tersebut sebenarnya adalah bersih, tetapi sifat pengguna sendiri yang "pemalas" atau "kurang sensitif" atau "memang dah macam tu depa punya level of cleanliness" menyebabkan tandas tu jadi hiruk pikuk sikit.
Sebab saya cakap macam tu ialah masalahnya adalah bungkusan kertas tisu yang terjatuh di lantai tak berkutip (mesti yang terjatuh tu rasa lantai tu kotor, langsung tak nak kutip), lepas tu, pampers budak-budak letak atas tong yang diletakkan untuk isi "used pads' tu...dan "used tissues" di sumbat-sumbat juga dalam tong sampah...sedih saya tengok.
Saya rasa sebenarnya banyak kemudahan yang telah disediakan untuk rakyat, tapi pengguna sendiri yang tidak pandai menggunakannya. Sampah yang diri sendiri jatuhkan, tak nak ambil dan masukkan dalam tong sampah. Pampers tu, kadang-kadang ada najis anak kan, bila letak di bilik air tu, habis satu bilik air berbau, tolonglah do something about it. Kalau you tak larat nak bawa benda tu dalam kereta you sebab busuk, do you expect other people to breath the smell after you left it in a public toilet?
Saya ingat lagi waktu saya mula-mula menjejakkan kaki di Malaysia setelah pulang dari Tokyo, perkara pertama yang menyebabkan saya sedih balik ke Malaysia adalah toilet di LCCT. Keadaan toilet adalah begitu menyedihkan, tukang cuci toilet pulak sedang seronok bertelefon dalam nada yang tinggi di bilik di hujung toilet tu...aishhhh. WTH! Pergi lah buang kertas tissue yang dah menimbun tu, maintain it lah, it's you job, you are paid for doing it.
Kalau di Jepun, mereka telah diajar untuk sentiasa memastikan toilet adalah bersih setelah digunakan. Kalau mereka menggunakan sink dan ada air yang terpercik di sekeliling sink tu, they will wipe it first, to make it clean and dry for the next person to use.
Setengah orang kata, untuk menilai kebersihan suatu keluarga tu, lihatlah toilet rumah keluarga itu...saya rasa ada asas juga statement ni..
Panjang dah saya tulis fasal toilet nih. Mesti you all boring kan? Stop lah kat situ, lagipun I cannot change the world kan.
Anyway, lepas tu kami terus balik. Kami sampai ke Shah Alam dalam jam 11.00 malam, antara masa terpanjang dari Chemor yang pernah kami ambil. Sebab penat, kami terus tidur...itu aja dulu, nanti saya sambung lagiii..
No comments:
Post a Comment