Kakak saya akan datang esok untuk menghadiri convocation anaknya, jadi hubby dan saya sudah excited...yup, ada tetamu nak mai.
Semalam, saya telah sibuk-sibuk tanya apa perancangan kakak saya. Dia cuma mention satu benda iaitu dia nak menziarah cucu kembar (langsung tak mention Irfan i.e. cucu sulung dia tu, kalau Irfan tahu, mesti dia sedih...he he he). Kakak saya ni bukan apa, tapi bila datang KL, hubby dia memang trauma betul dengan jalan kat KL ni sebab penah sesat yang amat teruk pada satu masa dahulu.
Saya pun jadi penyibuklah. Kalau nak jumpa, nak pergi rumah anak dia ke, atau suruh anak dia mai rumah kami ke...lepas tu anak-anak dia yang lain nak join tak? Ye lah nak budget masak kan, dah lah tak pandai sangat nak masak ni.
Dalam sibuk-sibuk tu, kakak saya yang di Terengganu pulak call nak bercakap fasal anak dia Sarah yang belum dapat rumah sewa lagi. Masalah ni semestinya besarlah untuk Sarah kan, tapi sebenarnya ada aja pilihan sementara, yup, dia kan ada dua orang mak sedara di Shah Alam tuh...so, sementara nak dapatkan rumah tu, boleh la tumpang dulu...jangan risau-risau ye Sarah, doa banyak-banyak, insya allah akan dapat rumah dan member serumah yang baik. Aamin!
Tapi akhirnya kami dah confirmkan semalam di mana, kakak and her family will be having lunch at our house lah. The challege now is for me to cook lah...miahahahaah.....
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pagi ini pulak, tiba-tiba boss suruh saya join dia ke Melaka pada hari Isnin dan Selasa sebab ada retreat. Mula-mula saya tak pergi, tapi sebab officer yang sepatutnya pergi tu MC sebab sakit mata, saya pun kena pergi lah.
Sebab last minute, sekaran ini saya tengah buat preparation lah...tapi boss ada, soooo, less worries lah.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Lamanya tak jumpa kawan-kawan saya, baik kawan IT, kawan Metal, ataupun Cik Z...Kak F pun tak de sekarang sebab pergi haji...saya ni kurang berkawan kut...haihhh...feeling lonely lah pulak..
No comments:
Post a Comment