Monday, September 2, 2013

Birthday Yong Yang Ke 56

31 Ogos selalunya mengingatkan saya yang hari jadi kakak sulung saya sudah dekat. Menurut emak saya, dia mula rasa sakit untuk melahirkan sewaktu dia dan ayah saya keluar makan malam di Taiping untuk meraikan hari Merdeka dan Yong akhirnya lahir pada 2 September 1957.

Kalau Yong masih hidup, mungkin kami semua akan hantar sms mengucapkan selamat hari jadi. Ataupun sekarang ni, mungkin kami akan hantar message di facebook.

Sebagai seorang Islam, saya sentiasa yakin yang pergi lebih awal adalah yang terbaik untuk Yong saya, anak-anaknya serta kami semua. Walau bagaimanapun, kami juga tidak menafikan bahawa sehingga kini, rahsia di sebalik apa yang terjadi, masih belum kami temui.
Dalam keadaan keliru dan merasakan yang kami gagal untuk melaksanakan yang terbaik,  kami hanya mampu berdoa semoga kami yang tinggal sentiasa diberi petunjuk oleh Allah.

Mungkin ada kesilapan yang kami lakukan, tapi sesungguhnya, niat kami adalah ikhlas, demi tanggungjawab yang telah di tinggalkan kepada kami.

Sekiranya satu hari kami melihat kembali ke belakang, kami akan ada satu jawapan iaitu "sesungguhnya kami telah mencuba sebaik mungkin".

Semua yang terjadi ada sebab di sebaliknya. Semoga kita semua akan menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan!

Doa saya semoga diampunkan segala dosa Yong dan dipermudahkan semua urusannya di akhirat. Al-fatihah!

No comments:

Post a Comment