Minggu lepas, kakak saya datang untuk upacara graduasi anak keduanya, Ajim. Kakak saya datang hari Sabtu, 21 September. Mereka sampai dalam jam 11.00 pagi., waktu saya tengah masak. Lepas tu, anak-anaknya Faiz, Ajim dan Pijah datang...tiba-tiba, jadi family gathering pulak hari itu. Semua family kakak saya ada, kecuali menantunya yang terpaksa bekerja.
Okay, yang ni banyak gambar...heeee
gambar atas...semua orang bersembang-sembang sebab tukang masak nya lembab sikit hari tu, masak tak siap siap sampai kena sound dengan tok bomoh
Irfan duduk atas riba atuk...selepas sejam baru dia nak duduk atas riba atuk dia, mula-mula jual mahal
salah sorang kembar...tak tahu yang mana satu
Haaa, menu of the day. Ada ikan siakap tiga rasa la kononnya, udang/sotong bakar, air asam
sayur mayur dan telur dadar. Tengok tu, pukul 2 lebih baru makan...kalau mak saya ada, dah bising dah dia sebab lambat
Irfan makan, bertambah tau
Suasana meriah di meja makan, saya dengan kakak saya jaga kembar waktu ni
kakak saya dengan one of the kembar
depa ni pandai sembang tau...kalau kita cakap, dia mesti response
Lepas makan, Pijah, Ajim dan anak-anaknya balik. Sebelum balik, kami buat group photo dulu
Kakak saya dan anak-anak serta 3 orang cucu
Saya dengan my Tok Bomoh pun tumpang sekaki...he he he
Lepas itu, sebab cuaca panas sangat, kami semua masuk bilik dan tidur. Mula-mula janji nak keluar dalam jam 5.30 macam tu, tapi semua orang tak bangun..makanya, kami postpone aja ke malam. Kami dinner, kemudian balik, tengok tv dan tidur lagi sebab kami kena keluar rumah awal pagi esoknya untuk ke PICC Putrajaya.
Kami keluar dari rumah dalam jam 7.00 pagi. Kami tak sempat pun jumpa Ajim, tapi kami tunggu waktu gambar dia keluar di tv kat luar dewan tu...
Haaaa....jadilahhh
Lepas tu kami jalan-jalan...ni gambar Tiha dengan Shuk
Lagi satuu...
Lepas tu kami pergi Alamanda. Kami beli barang sikit dan makan aiskrim.
Lepas tu, kami balik semula ke PICC untuk pick up Abang Hatta, Kakak dan Ajim. Keluar aja dari building tu, Abang Hatta sudah komplen lapar. Kami bukan pandai sangat nak makan kat Putrajaya tu, tapi kan baru-baru ni kami ada pergi kenduri kat sana, jadi kami pun bawa lah ke tempat yang sama...
Setelah perut di isi
Satu lagi
cantik kan pemandangan di sini
Tiha dan kakak saya
Kami...
Tiha, kakak saya, abang hatta dan ajim
Lagi satu.
Lepas makan, kita orang berpecah. Kakak saya pergi rumah Pijah pulak Bukit Jalil. Depa nak balik cepat...
Okay, itu aja dulu
No comments:
Post a Comment