Wednesday, September 18, 2013

Tentang Perception

Saya baru berbual ditelefon dengan kawan baik saya yang sekarang agak dekat tetapi jauh. Kami ada bercakap mengenai seseorang, yup, kami dua-dua bersetuju yang "seseorang" ini mungkin kelihatannya agak independent dan cekap, tapi bila kita tahu dia betul-betul, dia sesungguhnya agak "slow".
 
Perception...
 
Setengah orang nampak hebat di luar, menyebabkan orang membuat harapan yang agak tinggi, tapi bila tahu yang sebenar, you may be dissappointed.
 
Saya pernah dulu, waktu di tingkatan 2-5, mungkin sebab saya tinggi kut, dan muka serious kut, mata pun bulat kan, dan eyebrow pun tebal macam Ina Naim kan...haaaa...ramai juga orang yang beranggapan yang saya ni hebat sebagai pemimpin.
 
Saya pulak...heeee....kurang keyakinan diri dan agak Malas dan Maluuu...jadikkkk....ramailah yang dissapointed!
 
Pernah dulu waktu saya belajar, saya telah melawat asrama kawan saya di blok sebelah. Bila sampai dan lepak-lepak, saya perasan ada satu meja ni yang amatlah berseleraknya, di tambah dengan bekas makan maggi yang tidak berbasuh juga mug yang tidak berbasuh.
 
Saya tanya kawan saya, siapa punya meja tuh, kawan saya pulak, sebab sangatlah baiknya, tak nak bagi tahu. Tapi saya tahu lah juga kemudiannya siapa punya tempat tuh dan saya sangatlah terkejut kerana "budak" itu di luar sangatlah "flawless". Dengan pakai baju kemas nak mampus, muka setiasa berbedak...bergaya tahap gaban lah orangnya...tapi bila tengok meja dia...hmmmm...
 
Tapi perception tetap penting kan? Untuk diri saya, setiap kali saya jumpa orang untuk kali pertama, saya akan ada perception, tapi saya akan simpan dahulu perception tu dalam diri saya sahaja sebab saya lebih yakin kepada "tak kenal maka tidak cinta". Perception saya banyak yang tidak betul, tapi "evaluation" saya tentang orang, I would say 80% adalah betul.
 
Untuk orang yang bekerja seperti saya, perception sangatlah penting. Bila orang tengok aja, orang dah judge, boleh percaya ke tidak officer nih...masalah betullaaaa
 
Baru-baru ni, saya terpaksa ke Ipoh bila boss ada komitmen lain di saat-saat akhir...haaa, kena chair meeting tau, dalam meeting tu, ada 5 orang Datuk...puhhhh...poloh dingin den. In fact, salah satu participant berkelulusan Oxford...langsung pengsan den!
 
Waktu tu, saya pun fikir, mesti Datuk-Datuk tu ada buat "perception" mengenai saya. Saya tahuuuu, salah satunya mestilah depa rasa "she's too young and inexperienced!" . How I wished I looked old at that point of time...
 
Tapi dah kerja kan, kena lah buat. Saya berikan yang terbaik dari apa yang saya ada sajalah. Saya juga doa banyak-banyak semoga kalau ada pun kecacatan/kekurangan, janganlah nampak sangat Ya Allah. Saya minta hubby doakan juga...
 
Tapi bila habis ajaaaa....ALHAMDULILLAH. Jom kita pergi lunch!!!  Seronok tak terkira.
 
Tapi apa-apapun, saya percaya dengan keikhlasan. Saya mungkin tidak berapa pandai, tapi saya cuba sedaya upaya. Saya ambil berat dengan perkara yang dibincangkan dan insya allah akan cuba melakukan sesuatu untuk menarik perhatian mereka yang sepatutnya untuk mengambil perhatian/tindakan.
 
Dalam mendapatkan "perception" yang baik juga, saya suka bersederhana dan buat apa yang saya rasa selesa aja. Tapi saya pentingkan perkara-perkara basic seperti kebersihan, bau dan sopan santun. Lagi satu, saya kena senyum lebih sebab kenyataannya saya memang dilahirkan dengan muka seorang ibu tiri.
 
Saya juga tidak terlampau berusaha untuk kelihatan pandai...takut terperangkap pulak dengan kepandaian sendiri.
 
Saya juga semakin yakin dengan pentingnya pengalaman. Semakin banyak kita bergaul, semakin pandai kita untuk "handle" keadaan-keadaan yang genting...
 
Okay lah...itu saja untuk hari ini...doakan saya ada masa untuk update blog ini lagi esok, juga hari-hari seterusnya







No comments:

Post a Comment