Friday, September 27, 2013

Masak di Rumah

Lamanya saya tak update blog ni sebab saya sibuk sikit di ofis dan bila balik rumah, saya macam penat...huh, macam mana nak buat tu?
 
Balik dari Melaka pada hari Selasa, sehingga hari ini, saya belum lagi buat ER sebab balik aja dari kerja, mata tu dah rasa macam bersedia untuk lena aja. Cuaca pula, sangatlah panas dan berjerebu. Semoga hujan akan turun dalam sehari dua ni, insya allah.
 
Saya ada baca satu blog ini yang menceritakan bagaimana, seorang ibu yang bekerja ini, mampu untuk memasak setiap hari walau pun tiada pembantu rumah. Selain memasak, ibu ini juga perlu mengemas rumah, membasuh/jemur/lipat baju untuk dirinya, suami dan dua orang anak. Anak2 serta suami adalah membantu sedikit-sedikit dan perlu diingat, rumah wanita ini sangatlah kemas/tiptop!
 
Wanita ini sentiasa mencari cara untuk memudahkan kerjanya di rumah dan antara perkara yang telah dikongsikan adalah bagaimana dia membeli bahan-bahan mentah yang telah diproses daripada pasar. Bahan mentah yang dimaksudkan adalah cili/bawang putih & merah/halia dll yang telah di kisar. Hmmm...itu dah save banyak masa kan?
 
Selain daripada itu, baru-baru ini dia juga telah beli "air-fryer" yang memudahkan kerja-kerja menggoreng. Selain memudahkan, penggunaan "air-fryer" juga adalah lebih sihat kerana minyak yang digunakan adalah minimum. Kalau tak silap dia juga ada membeli "iron" yang lebih effisien bagi memudahkan kerja-kerja menggosok baju.
 
Saya sedang meng "consider" secara serious untuk makan di rumah dan masak makanan sendiri sekarang ini.
 
Sebab utamanya adalah kerana hubby adalah lebih serius membantu untuk membuat banyak kerja rumah sekarang yang membuatkan saya rasa saya should contribute more dari segi masak memasak ni. Iye la, rumah sudah tidak perlu kemas, kain pun tidak berapa perlu di basuh kecuali pada hari Ahad ataupun sesudah balik dari trip mana-mana dan jumlah kain yang perlu di masak adalah lebih banyak.
 
Selain daripada itu, saya semakin sensitif dengan jumlah MSG yang digunakan di Restoran/Warung. Agaknya sebab umur sudah semakin bertambah kut, saya macam tak larat dah dah makan benda yang macam itu.
 
Lagi satu sebab adalah kerana restoran kegemaran saya, iaitu Restoran Kasih di Seksyen 13 tu sudah tidak buka pada malam hari..heeee
 
Lagi satu, saya cuba nak makan benda yang lebih sihat lah.
 
Tapi banyak juga cabarannya seperti :
 
1) Malas....the big "M"
 
2) Kadang-kadang hubby nak makan lain, saya nak makan lain
 
3) Benda yang hubby nak makan adalah termaktub dan "limited" . Dia nak saya masak sama ada kari, gulai lemak cili api tu atau masak merah/tumis. Jangan lah cuba untuk menjadi kreatif, he is not interested.
 
4) Tidak sempat atau terlampau penat
 
So, setelah tahu kenapa saya nak makan di rumah dan juga cabaran-cabaran yang ada, saya perlu lah menyusun strategi bagi memastikan saya boleh merealisasikan perkara ini. Antara yang perlu saya buat adalah :
 
1) Menyediakan bahan-bahan seperti blend cili/bawang dan segala bendanya pada hari Sabtu/Ahad. Benda ini penting bagi menjimatkan masa.
 
2) Pastikan bahan-bahan mentah sudah diproses dan di letakkan di dalam bekas-bekas kecil sesuai untuk setiap kali memasak..so that, bila nak masak, keluarkan satu bekas aja...hmmm
 
3) Macam mana tak suka pun, kena dahulukan selera suami sebab saya ni tak makan pun tak apa...stok dalam badan ni kalau sebulan tak makan pun tak apa...miahahahaahah
 
4) Kena belajar masak supaya ada variety lah sikit, hubby pun kena kerja sama dan buka sikit selera tu ke juadah selain daripada apa yang dia biasa makan.
 
Rasanya boleh tak saya merealisasikan perkara ini? Apa pandangan tok bomoh?
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment