Petang tadi saya berpeluang sekali lagi mendengar CD bercakap. Kalau di sesi yang dahulu jumlah yang hadir adalah sangat ramai, sesi yang ini pula rupanya adalah dalam format high tea...heee...nasib baik saya telah skip lunch tau, boleh la saya makan.
Saya pergi sorang, drive kereta saya lah. Sebelum pergi tu, saya ada lah cek peta dulu. Tengok-tengok macam tak susah sangat kan..soooo....
Fokus hari ini adalah mengenai dasar pandang ke Timur. CD cerita balik macam mana dia mula tertarik dengan orang Jepun ni semasa dia melawat Jepun di dalam tahun 1961. Dia dapati Jepun sewaktu itu terus maju walaupun mereka baru kalah perang.
Menurut CD, antara sikap yang membawa kemajuan kepada orang Jepun adalah sifat tahu malunya. Bagi mengelak perasaan malu itu, orang Jepun akan berusaha bersungguh bagi memastikan apa yang mereka buat itu akan berjaya supaya mereka tidak perlu berasa malu kerana gagal.
Orang Jepun juga adalah orang yang sangat mementingkan maruah. Orang Jepun juga adalah orang yang sangat mementingkan kehormatan. Orang Jepun tidak suka meminta dan menurut CD, orang demi maruah, orang Jepun tidak menerima tips. Hmmmm
Menurut CD juga orang Jepun adalah sangat pembersih di mana, untuk membuang sampah sekalipun, mereka akan melipat kertas/sampah itu sehingga kecil-kecil, baru di buang.
CD juga berkata yang dia sesungguhnya telah mencuba untuk mewujudkan masyarakat Malaysia seperti Jepun...tapi dia mengaku yang dia sudah gagal....
Menurut saya pulak, yang cuma baru sekali pergi ke Jepun...
Saya rasa kita sesungguhnya sangat ketinggalan jika dibandingkan dengan Jepun...sangat jauhhh ketinggalan. Saya bukan membandingkan kemajuan fizikal, tetapi lebih kepada sikap. Walaupun tidak beragama Islam, masyarakat Jepun telah berjaya melaksanakan banyak ajaran yang telah dianjurkan oleh Islam.
Daripada segi kebersihan, daripada segi sopan santun/menghormati orang tua, daripada segi mengutamakan orang lain sebelum diri sendiri, daripada segi disiplin dalam menjalankan tugas, daripada segi bertolak ansur lebih-lebih lagi di jalan raya, daripada segi kesabaran dan lemah lembut bila berurusan dengan orang lain...
Dimanakah kita? Kita ketinggalakan lebih 50 tahun ke belakang
Saya ingat di mana Chedet ada cuba menerap beberapa perkara yang telah dilakukan di Jepun seperti bersenam sebelum bekerja dll. Tapi saya tidak pernah dengar di mana kanak kanak di serapkan dengan ciri-ciri mulia ini sejak kecil...yup, di Jepun, kanak kanak telah diserapkan dengan budi pekerti mulia, cara menggunakan toilet dengan betul, cara basuh tangan ...semua....
Hmmm...tidak senang untuk melahirkan generasi yang baik kan?
tidak senang juga untuk menjadi pemimpin....
Kali ini saya nampak Tun lebih tua, tapi dia tetap naik tangga without any difficulties...
No comments:
Post a Comment