Saturday, September 7, 2013

H A L A Q M A N D A I L I N G (HM)

Okay, cerita yang agak lambat ni..tapi hubby tetap suruh saya masuk kan...

Cerita ini adalah sambungan setelah kami pergi kenduri di Sg Penchala pada 31 Ogos. Daripada rumah kenduri tu, kami telah terus balik kampung, sebab ada HM. 

Balik aja kampung, tengok-tengok, abang saya dan family sudah berada di kampung. Kakak saya juga. Kakak saya Mekyah dan Abang Hab pula akan tiba esok. Terima kasih lah HM kerana telah menjadi penyebab kami sekeluarga berkumpul pula.

Sampai di Chemor, tengok-tengok sudah ada bau durian, heeee. Abang Ipar saya, abang Hatta telah belikan.

Malamnya, kami pun ada sesi makan durian.  Ada buah durian yang amat susah nak buka, nasib baik lah ada orang lelaki sebab kalau saya yang buka, soheh tak terbukak laaa. 


Haaa, tengok gambar atas ni, heee, syabas lah abang saya yang telah berusaha bersungguh-sungguh membuka buah durian tu demi untuk ahli keluarga tercinta...

Lepas tu, kami pun sembang dan tidur.

Esok paginya, kami telah menerima pelawat seawal jam 6.45 pagi. Mereka yang datang ini sebenarnya adalah performers yang akan perform di HM. Mereka tiba dari Gombak. Sepatutnya mereka telah disediakan homestay somewhere di Kelebang, tapi mereka telah tersesat dan terus main ketuk aja rumah kita orang. 

Tapi tak pelah. Abang saya yang cekap tu pulak, telah terus beli nasi lemak untuk tetamu dan kami semua. We started the day early , by 7.00am, semua orang dah bangun and had breakfast while our guests were all trying to catch some sleep. Depa main landing aja kat mana-mana.....Let's share some photos ye...

Haaaaa, ada poster. Horas tu maksudnya macam "salam"


Majlis di adakan di rumah hijau ini, yang lokasinya adalah di sebelah rumah kami. Rumah ini adalah kepunyaan datuk saudara kita orang (kami panggil nenek kocik). Rumah ini ada nama tau, namanya Pondok Perlis

Waktu saya kecik-kecik dulu, rumah ini sangat cantik, tapi sekarang, sejak nenek kocik dah meninggal dan tiada lagi orang tinggal kat sini, rumah ni terbiarlah sikit.

Sebab malam sebelumnya hujan, tanah pun basahlah. Saya dengan kakak saya berusaha menyapu kawasan supaya nampak bersih dan lebih menarik, he he 


Haaa, lagi satu gambar


Hubby tangkap gambar ini sebab dia dengan anak sedara saya Izzat telah tolong susun kerusi dan meja

haaaa, yang ni sibuk turunkan gendang

anak sedara saya Imtiyaz was enjoying himself jadi budak kampung 

Pagi itu juga kakak ipar saya buat lepat pisang dan kuah durian. Oleh kerana itu, by 10.30 macam itu, kami sudah minum kali ke  2 pulak. Itulah masalahnya bila tinggal di kampung, ada macam-macam untuk dimakan.

Kakak dan abang saya juga sudah sampai dari Shah Alam dan Sungai Buaya, jadi rumah sudah meriah. Saya pulak, baru lah nak mandi dan bersiap.

Tiba-tiba, saya telah diberitahu yang pihak penganjur memerlukan pasangan untuk jadi model pengantin...ntah lah macam mana, tapi  anak-anak sedara saya Faiz dengan Tiha telah bersetuju jadi model...he he he

Faiz kena make up

kena pakai baju macam pengantin

finally, Faiz kena pakai topi lilit tu

Sebab depa ni jadi pengantin, kita orang terus jadi meriah...heeeee



Haaa, dah siap, pengantin dalam perjalanan ke rumah sebelah, tempat majlis berlangsung

lagi satu....belakang tu rumah saya

Mereka berarak ke rumah sebelah diiringi para penari yang datang khas dari Gombak tu...saya suka la gambar ni, dari belakang, credit to my Tok Bomoh untuk gambar ni, nice one!

Lepas tu depa kena macam bersandinglah kut.

Ada lah tarian yang saya kurang faham tuh...he he he he (ada orang HM yang baca ni, habis lah saya)

Tiha, kagum betul bila dia sporting habis, senyum aja

Faiz, haaa, tengok penari kat belakang tu...

Pastu ramailah yang nak bergambar. Belakang tu adalah Zazmi Zain, bekas juruhebah di Radio...yang perempuan tu adalah Maksu Nadimah, salah satu orang kuat yang organize majlis ni. Yang mengipas tu adalah anak-anak sedara saya, yang tinggi tu Huda, yang petite tu Malena...anak sedara saya ramaiiii, ada 30 orang lebih.

 Program ini dapat coverage dari RTM tau, tapi ntah bila nak keluar kat tv, kami pun tak pasti...tengah tunggu-tunggu juga ni, nak tape kan

Ini gambar orang yang mengambil gambar pengantin, they were the main attraction lah (the pengantin)

Mak saya pun sama sibuk juga...he he he, tapi hari tu rasanya saya memang la jadi minah kepoh sikit....ke sana ke sini


ni gambar gendang (gondang), kononnya di hadiahkan oleh Ahmad Tarmimi Siregar. Ahmad Tarmimi came tau, and he danced with the dancers, tapi gambar kat handphoneee...soooo

Haaa, yang ni VIP, YB. Dato' Husni Hanadzlah....betul tak ejaan tu?

Lepas tu, pengantin  cepat-cepat tukar baju sebab panassss. 

Kami pulak pergi makan lah, apa lagi.

depa ni cepat makannya, cekap belaka. Tak pe, saya tangkap gambar dulu

haaa, tengok Imtiyaz makan, lepas tu, dia muntah...mungkin sebab makan banyak sangat kut

Haaa, pinggan saya ni, lauknya adalah gulai daun ubi tumbuk, sambal belacan dan ikan masin. Pedasss dan sedap..ini makanan istimewa org maindailing. 

Ada kambing juga...makanannya adalah sgt banyak sebenarnya....ada macam-macam, tapi tak ambil gambar pulak

Untuk air, Abang Hab dengan Hubby ambil contract. Abang Hatta, Izzat dan Huda pun tolong. Hubby kata, dia buat 7 bekas air, abang Hab lagi, abang Hatta lagi...maksudnya banyaknye lah orang minum

Kakak saya beli buku dan minta signature dari pengarang buku tentang sejarah org Maindailing esp yang reside di Chemor kut...sebenarnya kami dah ada a copy of the book, but Mek Yah would like to keep  a copy of her own...he he he he

Lepas habis majlis, kami adik beradik tangkap gambar

ini waktu persediaan bergambar, Izzat insist nak buka tingkap kat tingkat atas tu, baru la cantik kononnya


Haaaa...group photo. Abang Hatta pulak tak de, dia pergi solat Asar kut. Macam askar kan kami semua? Heeeee, serious serious kami ini, memang macam askar.

Lepas tu, kami pun mandi, kemas bilik dan balik kampung....saya tidur sepanjang perjalanan sebab penat...sian hubby drive, tapi saya memang tak larat nak buka mata pun

Last sekali, saya nak letak gambar rumah saya kat kampung.....

dari kiri

Dari depan

dari kanan.


 Wokeh...itu saja dulu























2 comments: