Tuesday, September 3, 2013

Naik Minyak

Akhirnya, berita-berita angin tentang kenaikan minyak telah terjawab semalam. Bagi yang kurang faham, seperti emak saya di kampung, kenaikan 20 sen seliter itu adalah terlampau kecil untuk di bisingkan. Tapi bagi mereka yang berbelanja dalam RM380 sebulan untuk minyak kereta seperti  saya, (RM280 untuk ke office dan another RM100 untuk balik kg dan lain-lain), kenaikan itu adalah agak signifikan. Dannn, setiap kali isi minyak, adalah dalam 50 litre kut, jadi, kenaikan 20 sen itu, perlu didarab dengan 50 litre ye...sila lah kira kenaikannya sekiranya saya isi full tank.
 
Saya okay aja dengan situati ini sebenarnya. Saya kurangkanlah kat mana-mana seperti meminta hubby berhenti merokok ke...he he he, atau kurangkan makan mewah ke, kurangkan beli baju ke, ada macam-macam cara, tapi mungkin pada mereka yang berpendapatan rendah yang duit yang ada sekarang pun memang sudah cukup-cukup aja, dan perlu membawa kereta/kenderaan sendiri, ini akan memberi cabaran kepada mereka.
 
Selain daripada itu, akan adalah kesan-kesan yang lain seperti kenaikan harga barang yang seterusnya akan menaikkan kos kehidupan rakyat.
 
Bagi yang mampu, bolehlah berjimat, tapi bagi yang sebelum ini memang sudah susah, keadaan ini pastinya adalah cabaran yang besar. Saya tidak pasti bagaimana kerajaan boleh membantu mereka yang kurang berkemampuan ini dengan BRIM, tapi mereka memang patut dibantu...
 
Saya juga ada sedikit risau kerana rata-rata pemimpin negara kita sekarang ni, adalah orang kaya dan mereka tidak akan faham tentang bagaimana kesusahan orang-orang miskin ni, they just don't understand. Macam mana orang yang yang tidak faham nak membantu rakyat yang susah ini... 
 
Laaa, introduction saya panjang sangat sehingga saya lupa dengan topik sebenar yang saya nak tulis, he he he. Saya kena stop ni sebab nak mula bekerja...itu saja dulu..


No comments:

Post a Comment