Thursday, August 29, 2013

Tetamu-Tetamu Saya

Saya jarang ada tetamu di rumah ni. Tapi bila ada tu, macam best juga. Oleh kerana itu, saya nak share gambar tetamu yang telah datang ke rumah saya baru-baru ni.

24 Ogos 2013, Mintot, Atim & family dia datang. 

Sebagai persiapan, kami telah pergi breakfast pagi tu untuk bincang menu. Setelah settle menu, kami pergi pasar untuk beli barang. Saya start masak awal untuk elakkan keadaan tergesa-gesa.

Mula-mula, saya settle kan ayam dan bahan-bahan untuk masak rendang ayam. Selepas itu, saya mula letak atas kuali. Sambil-sambil tu, saya siang udang dan clearkan barang-barang lain yang di beli tadi.

haaaa, rendang ayam in the making

ehhhh, dah lama tempat ini serabut tahab gaban. Hubby telah kemaskan tempat ini semalam...nampaklah kemas sikit, alhamdulillah

Haaa, rendang dah siap. 

dari sudut lain, tujuannya nak tunjukkan bekas tu, he he he. Baru first time guna bekas ni

Lepas tu, sebelum zohor, saya set up kan meja terus. Ini adalah part yang saya suka...

Lepas tu, saya tidur dan lepas Asar kami keluar. Ingatkan nak cari lemang, tengok-tengok tak ada pulak...kami pun balik dengan kecewa.

Balik rumah, saya solat Maghrib dan sambung masak. Saya masak gulai lemak udang, sayur campur dan telur dadar. Lepas tu terus hidang, macam ni :

Tengok tu, kat rumah saya ni, tak de tudung saji, jadi, saya cover makanan tu dengan penapis makanan, he he he

sayur campur

gulai lemak udang

ohhh, yang ini hubby request, udang goreng

telur dadar, ini untuk anak Atim yang tidak makan pedas

Lepas masak, saya naik semua ke atas untuk mandi. Lepas tu tetamu pun sampai. Macam kepoh-kepoh, langsung tak sempat nak tangkap gambar.

Sebab anak Atim dah heboh lapar, kita pun start la makan. Tapiiii, ada sorang tu, merajuk la pulakkkk, langsung tak makan. 

Haaaa, yang ni tengah merajuk la ni, tak nak makan

Tak pe, yang lain teruskan upacara makan 

Haaaa, yang merajuk terus tertidur

Yang ni Azyan, tidur juga. Dia ni comellll sangat dan tidak banyak songeh. Senyumm aja

Zidan, tidur dengan penuh bergaya.

Sebab anak-anak sudah tidur, barulah orang dewasa mula bersembang. Atim dengan Min balik dalam pukul 12.40 malam kut

Esoknya pulak, kami pergi kenduri pada tengahari dan ada open house waktu petang. Maghrib, kami balik rumah, anak sedara hubby, Shuhada dan Ariff telah datang beraya. Menu nya sama aja macam semalam..

Shuk bersembang apa ntah, tapi Shuk tak makan sebab dah kenyang sangat

haa, menunya...

Heeee, itu ajalah. One last photo yang saya nak letak adalah :


Gambar tangga saya, miahahahaha....Saya ada beli beberapa pasu Sarawak ni, tapi rumah saya kan tidak ada almari display, jadi saya pun displaykan di sini...hiks. Nice ape? As long as it is neat and clean kan?

Okay lah, itu aja




Urut

Pada hari dimana kami pulang ke Shah Alam setelah beraya, hubby dengan terujanya mengajak saya pergi berurut di pusat urut yang namanya My Kaki kut (dah lupa) di mana semua tukang urutnya adalah orang-orang yang cacat penglihatan.
 
Sebenarnya hubby pernah pergi ke tempat ini bersama kawan baiknya, dan, seperti biasa, hubby mesti nak ajak saya merasa apa yang dia dah rasa.
 
Mula-mula, kami plan nak buat refleksologi aja. Tapi entah macam mana, tiba-tiba, bila sampai tempat tu, terus tukar buat full body punya urutan.
 
Saya masuk satu bilik, hubby masuk bilik sebelah. Saya macam risau sikit sebenarnya, sebab tak biasa kan. Bilik urut itu tiada pintu, hanya ada tirai. Pembantu kedai tu suruh saya pakai kain batik yang dia sediakan. Saya tengok kain batik tuh...alamak, lusuhnya...he he he. Lagi satu, tempat baru kan, jadi saya memang tak confident nak buka baju kat situ.
 
Anyway, lepas tu tukang urut tu pun datang. Dia memang buta dan seorang India. Saya macammmm..."heh, inilah kali pertama saya jumpa tukang urut India..." saya pun pelik dengan diri saya...heee.
 
Dia masuk, dia pun tanya "akak sudah buka baju ke?"
 
Saya jawab "belum, saya takut".
 
Dia pun jawab "akak buka baju ye, saya nak basuh tangan sekejap"
 
Saya pun pergi betulkan langsir yang bagi saya sungguhlah bahaya sebab memang boleh mengintai kalau orang mahu.
 
Bilang tukang urut tu datang, saya cakap dekat dia, "cuba betulkan langsir tu, orang boleh intai"
 
Dia pulak jawab " mana boleh akak"
 
Langsung saya cakap dalam hati "mana tak nya, dia kan buta, she has got any idea how people can peep on others"
 
Anyway, tukang urut tu mencadangkan supaya tutup lampu ajalah...ye lah, dia memang tak nampak pun kan, so, lampu tu on ke, off ke adalah irrelevant.
 
Saya pilih package 1 jam. Ada satu lagi adalah package 1 jam setengah. Tukang urut ni asyiklah suruh saya panjangkan setengah jam lagi. Saya kata kat dia, nanti saya tengok lepas ni, kalau okay, saya sambung (jawapan diplomatik tu namanya).
 
Dia pun mula lah mengurut. Mak aiii...what an experience lah.
 
Saya sebenarnya mengharapkan yang saya boleh relax tapi kali ni memang lah tak boleh relax. Dia ni kasaq sikit kut, hiks, saya rasa macam diuli...he he he.
 
Mak aiiii, tangan dia juga agak kasar dan kuat...sesuailah untuk badan saya yang besar ini.
 
Tapi dia buat laju, macam orang uli roti cari tuh...ha ha ha.....sakit juga tu siki-sikit. Lepas tu, ada masanya dia siap naik atas meja urut tuh, nak mengurut belakanglah kononnya, yang saya, siap toleh ke belakang untuk tengok apa pulak yang dia ni nak buat ni, dah lah keadaan kita tidak akan membolehkan kita berlari keluar laju-laju kan...
 
Saya siap tanya juga, "you buat apa tu?" Dia pun jawab "akak jangan risauuuu, saya tak buat apa-apa"
 
Hadoiii...stress gue.
 
Tapi semuanya berakhir juga. Saya pun punyelah lega dan duduk atas meja tu. Si tukang urut ni pun tanya "akak rasa ringan tak? akak rasa sedap tak?"
 
Saya dalam hati "tak de la saya nak buat full body massage kat sini lagi dahhhhh, hinsap la teman"
 
Waktu saya duduk dan baru nak relax tu, tiba-tiba si tukang urut tu telah pegang kepala saya dan PRAPPPPPPPP! haaaa, sekali! Macam yang tukang gunting rambut selalu buat tuh.
 
Saya pun apa lagi, menjerit kuat-kuat la..dia gelak aja. Dalam tak sempat nak hilangkan terkejut yang pertama tu, tiba-tiba dia buat lagi sekali, berlawanan arah PRAPPPPPP!
 
Ya Allah...takutnya saya, takut urat tengkuk saya putus.
 
Tapi si tukang urut ni terus tanya juga "sedap tak akak"
 
Saya tak tahu nak jawab apa, saya cakap "beraninya awak ni"...
 
Lepas tu, saya pakai baju dan tunggu hubby kat luar. Hubby pulak, bila keluar, saya tengok mata merah, dia kata, di lena through out the session...mesti dia boleh relax tu...dia kata best.
 
Saya cakap kat hubby, lain kali, kita buat refleksologi aja cukup lah. Rasanya saya lebih selesa untuk beurut di rumah aja, dengan tukang urut biasa saya tuh...
 

M i c h a e l D o u g l a s & C a t h e r i n e Z e t a J o n e s

Hari ini, saya dengar berita, confirmed yang pasangan Michael Douglas dan Catherine Zeta Jones bercerai. Saya suka pasangan ini sebenarnya. Handsome dan lawa kan? Tapi tu lah, bercerai juga akhirnya.
 
Sewaktu muda-muda dulu, waktu masih belajar lah, saya banyak juga baca novel-novel Mills and Boon tu. Selalunya, saya dapati, hero dalam novel Mills & Boon tu adalah lebih berumur (dalam 35 tahun ke atas), dan keadaan ekonominya adalah stabil dan sangatlah machonya dan romantik.  Heroin pula mesti lebih muda, lebih cantik, macam sempurna lah.
 
Jangan di lupa, satu perangai yang memang ada dalam diri saya sejak kecil adalah suka berangan!
 
Jadi, bila membaca novel-novel cinta ini, sayapun akan beranganlah. Berangan-angan ada pakwe handsome, bijak, romantik, kaya dan saya juga selalu berangan yang pasangan saya itu adalah lebih tua/dewasa/incharge.
 
Hmmmm...itu yang saya pernah sekali tu tersuka dengan pensyarah saya tu...he he he. Sampai bila jumpa, rasa segannnnnnn la sangat....iskkk.
 
Saya juga pernah suka dekat seorang mamat ni yang makan satu dewan makan di ITM. Saya selalu aja tengok dia dari jauh, tapi dia tak tahu lah yang saya suka dia. Saya tahu dia buat degree in Engineering tapi saya tak tahu nama dia pun. Satu hari tu, selepas grad, saya telah terjumpa dan bertentang mata dengan dia di satu cafetaria ni. Mak oiii, rasa dub dab dub dab jantung...nasib baik la saya ni pemalu, kalau saya ni jenis berani, mesti saya boleh pergi approach dia ni terus waktu tu juga, he he he he.
 
Sepanjang hidup ada la dalam 4-5 kali orang approach saya. Tapi saya ni jenis tidak menunjukkan minat sangat...which was sooo silap. Bila saya kurang menunjukkan minat, orang lelaki pun mulalah takut nak approach saya...dah la memang secara fizikalnya saya memang macho...miahahahaha...takutlaaaa semua lelaki, nasib baik la ada seorang lelaki yang bermisai gondrong seorang ni yang telah berani menyahut cabaran.
 
Hmmmm...tapi semuanya adalah jodoh kan? Setengah orang tu, bercinta berbelas tahun, tapi kahwinnya hanya tak sampai pun setahun dah bercerai...yup, it takes more than just love to maintain a marriage.
 
Okay lah, saya juga tahu ramai daripada pembaca blog saya ini adalah mereka yang sedang mengharapkan jodoh mereka sampai. Saya doakan jodoh mereka akan sampai pada masa yang tepat, dengan orang yang tepat...insya allah. Yang penting, jangan putus ada, teruskan usaha dan jangan berhenti berdoa!





Wednesday, August 28, 2013

28 Ogos 2013-tentang puasa dan sakit kepala

Saya sepatutnya berpuasan hari ini, walau bagaimanapun, saya telah sakit kepala dan terpaksa berbuka puasa. Setelah makan, saya tanya dekat EO sama ada dia ada panadol, dan dia bagi activfast. Buat pertama kalinya saya makan activfast dan memang fast pun, dalam jangka masa 15 minit, kepala sudah agak lega, tapi memang rasa nak ter kentt sikit...hmmm
 
Sebab kepala dah okay, sayapun pergi lah meeting dengan senang hati. Ada meeting dengan delegation daripada South Africa.
 
Bila saya masuk bilik meeting, saya perasan ada masalah. Rupa-rupanya, mesin projektor yang ada diceiling tidak mahu turun. Haaaa, macam mana nak buat presentation kan? Tak ke panic. Dah pukul 2.00 dah pun waktu tu.
 
Hmmm, nasib baik lah Director Division lebih cool dan tidak jerit-jerit. Saya sian aja menengok budak-budak tu panic....budak-budak technician pun panic gak...
 
Tapi tu lah, saya harap perkara sebegini tidak perlu terjadi kepada saya, atau siapa-siapa pun. Sila pastikan siap awal, test semua benda awal dan semua benda sudah diset up 30 minit sebelum mesyuarat bermula. Kalau seminar, lagi lah kena awal.
 
Kadang-kadang tu, kita siap awal pun, jadi juga perkara-perkara yang macam ni.. that is beyond us lah kan. Tapi good preparation akan membuat hati kita lebih tenang dan stress pun kurang. Selain itu, bawa berdoa semoga semua urusan dipermudahkan tuhan.
 
Setelah mesyuarat bermula, tengok-tengok penyakit mengantuk masih ada,  he he he...teringinnya nak tidur, tapi kerja melambak la plak...

Tuesday, August 27, 2013

I will write then!

Semalam, saya jumpa seorang kawan lama. Dia kata, dia buka blog saya hari-hari. Dan sekiranya saya tidak "update" blog saya, dia macam tidak happy. Selain dari itu, topik yang paling dia suka adalah sekiranya saya bercerita tentang kisah saya dan suami saya sebab bagi dia, adalah kelakar.

Saya pulak, rasa best. Ye lah, at least adalah juga orang yang appreciate my writing kan, walaupun seorang, heeee. Alhamdulillah.

Rasanya saya ni suka menulis sebab secara peribadinya saya ni suka bercakap kut. Saya juga selalunya ada pendapat saya sendiri yang tidak semestinya akan sama dengan pendapat orang lain. Bila ada pendapat tu, you tend to speak up lah kan, tapi saya tidaklah jenis yang cakap bising-bising sangat, tapi saya bercakaplah juga.

Tapi bila bercakap, kadang-kadang orang tak suka dengar kan? Baik tulis blog kan? Lagipun, bila tulis blog, kita akan fikir lebih banyak sebelum menulis...hmmm, kuranglah sikit buat kesilapan.

Saya faham aja sebenarnya kalau ada orang yang tak nak dengar bila saya cakap nih, tapi bila ada rasa faham tu, lagi lah sedih perasaan kan. Tapi saya mengaku juga, saya selalu aja macam malas nak layan bila mak saya bercakap, makaaa, what you give, you get back lah kan, mesti sebab tuhan balas lah kut, jadi saya diam aja, saya tak boleh nak marah bila orang tak nak dengar saya bercakap.

Tapiiiiii, waktu kerja, saya perlu membina skill bercakap ni, sebab kalau tidak, sampai bila pun saya tidak akan jadi lebih baik. Walau bagai manapun, pada masa sekarang, saya masih senyap waktu meeting...he he he, unlike when I was in my old Division, where I know the subject matter better

Hmmm...hari ini saya puasa. Kalau boleh habis, cukuplah 4 hari, insya allah. Rasa nak masak hari ni, sebab ada benda yang boleh di masak dalam peti ais tu, tapi sekarang ni dah 5.30 petang pun, bila ntah boleh balik...tulis blog ni pun lompat-lompat...

okay lah...jumpa lagi di lain masa

Monday, August 26, 2013

CIK BIB COMEL TAK?

Pernah pada satu masa, seorang clerk ni telah ditanya oleh seorang cleaner sebegini "awak rasa, umur saya berapa?", di dalam toilet, dalam loghat Indonesia.
 
Yang clerk saya ni, muda lagi budaknya dan agak naive, diapun menjawab "56?"...hmmmm, terkejut cleaner tu.
 
Sebenarnya cleaner tu adalah cleaner favourite kami semua. Dia rajin, buat kerjapun kemas dan pada waktu makan tengah hari, dia bagi servis mengurut badan...
 
Ramai yang memuji cleaner tu, dia pun sebenarnya agak cantiklah sebab berkulit lebih putih, juga agak bergaya.
 
Dengan puji-pujian yang selalunya sampai, pastinya cleaner ini telah membina keyakinan dirinya sehingga dia dengan yakin telah bertanya kepada clerk saya tu tentang umurnya sendiri. Pastinya dia mengharapkan clerk itu meneka umurnya dalam 40 tahun begitu, sebab umur sebenarnya adalah 49 tahun.
 
Saya diam aja. Tapi clerk itu kemudiannya bercerita semula tentang apa yang terjadi kepada saya. Dia selamba aja cakap "saya memang rasa yang rupa cleaner itu macam muka orang 56 tahun, saya jawab ajalah".
 
Heee. Tapi saya rasa, dalam keadaan ni, tidak ada salahnya bermulut manis. Tidak ada mudharatnya kan kecuali anda seperti mendoakan semoa dia kelihatan muda dan cantik selalu. Kalau anda rasa umur dia 56 tahun, kurang kan sahaja lah umurnya kepada 46 tahun, haaaaa, dia pasti gembira dan anda pula pasti disukai. Senang kan?
 
Oleh kerana itu juga, janganlah terlampau teruja apabila anda dipuji kerana kelihatan muda. Heee, menasihat orang pandai kan saya ni? Saya pun pernah juga teruja apabila dipuji...
 
Sewaktu saya di Sabah, ada seorang wanita muda yang memuji dengan menyatakan bahawa kulit saya kelihatan seperti kulit orang muda. Saya pun apa lagi, terus terawang dan bercerita tentang my beauty regime. Siap cerita yang saya tengah guna produk Korea sekarang  yang ada company ni hadiahkan etc etc etc.
 
Mesti perempuan tu gelakkan saya kan? Mesti dia kata "aku bermanis mulut aja sebenarnya, tapi dia ni sudah feel lebih".
 
Sesetengah tu, siap buat post facebook lagi bila orang puji dia muda...heeee...sikap positif tu bagus, tapi janganlah berlebih-lebihan.
 
Berhati-hatilah bila menerima pujian. Kalau ada orang puji pun, senyum dan berterima kasih ajalah. Janganlah bila orang puji, siap pula cerita rahsia yang kita ada rahsia tersendiri seperti menggunakan produk Korea saya tuh. Atau pun siap bagi tahu yang : "rahsia saya adalah senyum. Saya selalu senyum kerana saya pasti bahawa senyum akan membuat anda sentiasa muda" . Bukan apa, kerana yang berkata itu mungkin hanyalah untuk bermulut manis sahaja. Bila orang bermulut manis, kita pun jawablah dengan mulut manis sahaja, tidak perlu berlebih-lebihan.
 
Hmmm...kalau saya buat post kat facebook macam ni "CIK BIB COMEL TAK?" haaaa, you all rasa you all akan response apa?....HIKssss...
 
Sesungguhnya cerita di atas hanyalah satu cerita khayalan semata!

Isnin, 26 Ogos 2013

Pagi tadi, saya terjaga dalam 10 minit lagi jam 5 pagi, sebab kena pergi toilet. Lepas tu, alarm mula berbunyi, sebab saya plan nak bangun sahur, untuk suami.
 
Tapi, sebagai isteri yang solehah, saya ambil keputusan untuk tidur balik dan bangunkan suami dalam jam 5.30 pagi untuk minum air, cukup lah kan. Sebab saya tak larat nak bangun, dan mahu sambung tidur. Tapi tak boleh juga tidur sebab terdengar perut suami berbunyi. Suami juga macam tidur tak nyenyak, asyik merengus.
 
Agaknya dia sedar yang saya malas nak siapkan dia makanan sahur kut, tu yang saja buat bising, tapi buat-buat macam tidur juga.
 
So, saya pun, dengan separuh ikhlas, telah bangun juga dalam jam 5.16 pagi, dan siapkan sahur untuk suami...5.30, hubby turun. Saya baru aja telefon dia  sebentar tadi, dalam pukul 3.00 petang, dan dia masih berpuasa, alhamdulillah.
 
Saya pulak hari ini telah menerima banyak jemputan majlis hari raya. Tapi saya ada meeting paginya, dari jam 9.00 sehingga jam 12.00. Hmmmmm....

Ada orang bagi tahu saya yang Jamuan Raya di IT meriah sangat dan ramai orang. Saya malas orang ramai ni jadi saya pergi Metal dulu. Makan sate, lemang dan rendang serta laksa. Laksanya sedap.
 
Lepas tu pergi IT, haaaa, mula-mula makan kuzi Cikmin, lepas tu makan mihun soto dan lepas tu, dalam perut tegang tu, ambil juga nasi dagang...tak leh tahan.
 
walaupun ambil sikit-sikit, tapi banyak-banyak, tetap jadi bukit kan?
 
Sekarang ni, saya sedang mengantuk tahap gaban. Saya juga baru tahu yang boss saya juga puasa. Saya juga baru tahu yang CEO saya, waktu meeting dengan saya pagi tadi puasa juga rupanya, tetapi kemudiannya telah berbuka puasa di salah satu Jamuan yang dia hadiri...miahaahahah
 
Saya tidak pergi ke Jamuan yang lain sebab tidak larat. Malam ini juga, saya rasa saya perlu ER....Encik Hubby, tolong monitor ye.

Friday, August 23, 2013

Raya Di Rumah Abang Hab : 16 Ogos 2013

Ternampak gambar ini tadi, teringat nak update cerita ini di dalam blog...heee

Abang saya jemput kami beraya di Sg Buaya

Saya ada 2 orang abang. Yang ini adalah abang saya yang lebih muda. Saya dengan abang saya ni waktu kecik asyik lah berkelahi, tapi sekarang ni okay ajalah.

Kalau balik kampung, saya akan rasa sangat lega kalau abang saya ni ada sebab dia super cekap. Dia hands on, pandai merancang dan lebih tenang. Saya suka tengok dia buat kerja, sangat sistematik dan kemas...dia askar kan. 

Tapi tu lah, sebab askar, kena careful sikit dengan dia ni. Dia sangatlah berdisiplin...tak macam saya...heee...Dia juga sangat punctual, kalau pukul 7 tayar bergolek, 5 minit sebelum pukul 7 tu, haaaa, bersedialah. Kalu tidak kalu, kena tinggal lah anda...heee...

Anyway, hari Jumaat lepas, kami telah ke rumah beliau di Crocodile River. Somehow Shuk and I started off a little late, around 6.30.pm. (majlisnya dalam jam 8  malam).  Tapi waktu kami dah sampai tengah jalan, Mek Yah telefon, tengok-tengok, dia pun baru nak bertolak...punye lah.

Anyway, kami singgah solat Maghrib di Exit Bukit Beruntung and arrived on the dot 8.00pm, and you know what, we were the first to arrive...he he he he.

Lepas tu Mekyah sampai, belum solat Maghrib pulak tuh...tapi sempatlah nak solatnya. Yang lain belum sampai, ada yang dekat Sungai Buloh la, yang satu lagi on the way. Yang paling dekat pulak, macam biasa, adalah yang paling lambat sampai...macam yang biasa berlaku antara saya dan Mekyah di Shah Alam.

Sambil tunggu orang, saya pun tangkap gambar.



                   hmmm, rumah abang saya....dah kemas dah. Atas meja kecil tu ada banyak kerepek...

Saya suka tumpi tu..sampai kakak ipar saya bekalkan sebungkus untuk saya bawa balik...

Ini meja main dish

Menu utama adalah Mee rebus

Ini kuah mee rebusnya

ada pasta goreng

ada sosej

Ini kek, Mekyah yang beli. Saya sukalah kek ni

Sambil tunggu orang, kami sembang dulu sambil makan kerepek

orang lelaki kat luar, makan buah dulu. Yang baju hitam tu, abang ipar saya, En Ghaz. Yang berketayap tuh, abang Hab saya, yang ada misai tu, Tok Bomo lah

Tok Bomo rasmikan mee rebus

Banyak dia amik, tomak!! tapi tak pe, habis

Lepas tu, Makcik Fizah and famili sampai. Mula-mula budak-budak ni macam tak excited, lepas main bunga api lepas lepas tu, barulah panas sikit enjinnya

Kat luar, Afiq dan Akmal bakar ayam

pandai depa bakar ayam ni, just nice masakannya

Kak Ina request nak bergambar dengan Akmal

Lepas lepas tu, baru lah orang yang paling dekat sampai, abang saya yang lagi satu, yang baju petak tu.
Lepas tu, biasalah kan, makan, sembang, budak-budak main bunga api. Lepas tu budak perempuan book satu bilik untuk depa lepak, book bilik pulak, mestilah yang ada aircond kan.

Orang dewasa pulak bersembangggg

Yang baju cokelat dan hijau tudung putih tu kakar ipar saya. Yang tudung biru dan duduk tu kakak kakak saya. 

Mekyah

Mike, Makcik Fizah dan Abang Hab

Kat luar, budak-budak tu lepak di wakaf

Ketua main bunga api adalah budak perempuan nih, namanya Najihah

Jiha dan Akmal, depa ni sangat rapat

Lepas sembang/makan, kena lah balik sebab esoknya semua orang ada bermacam hal lain kan. Kami balik dalam jam 11 macam tu. Sebelum tu, kami ambil group photo...




Lepas tu, salam-salam


Heeee...di luar, sempat melepak lagi

Biasalah kan...tapi tak la lama sangat, dalam 10 minit aja kut kami sembang-sembang kat luar


tangkap gambarrr....lepas tu kami balik.....

Sampai kat rumah, solat, tidur dan esoknya, saya demam, hi hi hi

ehhhh...ada gambar lagi lah kat bawah ni...tengok ajalah ye sebab dah malas nak bercerita....chow dulu


Aina dengan Akmal..kawan baik ini, especially sebab Iman tak de

budak budak tu melepak di wakaf

Imtiyaz

lagi sesi bersembang