He he, sebenarnya cerita ni memang sangat berpijak di bumi nyata, especially for those yang lambat sikit kahwin, ramai yang pernah terjebak dengan suami orang ke, tunang orang ke...
Hmmm, susah bila terjebak ni, bila melibatkan perasaan kan. Bukan mudah untuk jatuh cinta, dan sesungguhnya, sangat susah untuk melupakan seseorang sesudah jatuh cinta. Walau bagaimanapun, bercinta, putus, bercinta balik, adalah antara rencah hidup, yang mewarnakan perjalanan kehidupan kita.
Tidak semua orang bernasib baik untuk terus kahwin setelah bercinta buat kali pertama. Tetapi bagi mereka yang pernah melalui pengalaman pahit putus cinta, atau bercinta dengan orang yang salah, pastinya pengalaman yang dilalui akan memberi pengalaman yang amat berharga.
Tengok cerita ni, macam tak setuju la plak dengan si Nabila tu, ye la, nak kahwin dengan suami orang tu, kahwin je la, tapi tak payah la suruh lelaki tu ceraikan isteri dia, dah la isteri lelaki tu tak kerja pulak. Tapi si Rita Rudaini tu meninggal la...ek eleh...he he he, awat saya emosi pulak kan?...hah...nak tidur lah
No comments:
Post a Comment