Lepas makan, baca surat khabar, haaaa, tertidur la plak...he he.
Tapi hari ni kami memang tak de plan. Cuma, kami perlu pergi beli set meja makan baru lah...haaa...so, petang, dalam pukul 4 kita orang pergi ke SACC mall. Tengok tengok orang punya lah ramai, rupanya ada anugerah artis popular punya roadshow...ramai artis datang.
Sampai sampai, ada Aznil, kami intai aja, lepas tu terus pergi MAC Y di tingkat 2. Kami memang sudah tengok sebelum ni sebenarnya, tengok design macam okay, tapi tak sure on the budget kan, so, we went back, done some calculation and came up with the decision lah... he he, mampu, jangan tak mampu.
So, kami pun orderlah, tapi delivery will only be done next Monday. While waiting for hubby finalising the order, I spotted this storage cum tempat duduk and decided to buy...isk...senang aja nak abis kan duit ni. Tapi kami memang memerlukan storage tu untuk mengelakkan kami letak barang berselerak.
Waktu hubby pergi hantar barang ke kereta, saya pergi tengok show di bawah, yup, ada Jacqueline Victor..hmmm, ada gambar :
putih la Jacqueline Victor ni, and the body is the very slim....lawa
Lepas tu ada sape ntah, tak kenai...tapi ada nampak Johan Juvana tu, ada Diana Danielle yang sangat lah cantik, ada Didie Alias juga, yang boleh tahan cantik...ada Fafau, tak la gemuk sangat dia tu, okay aja sebenarnya...
Lepas tu kami pergi Uncle K lagi..makan. Hubby ordered mee goreng mamak and teh panas, saya ordered bihun goreng dan air suam. Malangnya, hubby dapat teh o...ha ha, anak sedara saya Ari silap dengar, dia yang amik order...tak pe lah, sebab anak sedara yang amik order, kita kira okay je la.
Kami dua dua tak lunch, so, memang lah lapar, oleh sebab rasa tak kenyang, hubby order pulak roti bakar...
Ari kata semalam Neelofa ada datang makan kat sini, ha ha ha...mesti comel kan
waktu dalam perjalan ke Lift, kami nampak sape yeee....ala anak ND lala tuh...haaa, Shila Amzah...hmmmm, tinggi jugak. Waktu tu Zizan tengah buat show, tapi sebab Shuk belum solat Asar kita orang decided to balik ajalah dulu....
Itu ajalah untuk hari ni, rasa tak sabar nak tunggu meja sampai sebab sekarang ni, saya terpaksa meniarap untuk update blog... semoga meja baru kami tu sesuai dan tahan lama untuk kami gunakan, insya allah.
No comments:
Post a Comment