Sunday, February 19, 2012

Cerita Baiduri Lagi

Semalam, kami telah menempah tiga buah katil, tiga 'underbed' dan 6 tilam. Total : RM1,770.00. Kami beli di Perabot Naza, Seksyen 7, Shah Alam. Insya allah katil katil tersebut akan sampai pada hari Jumaat, minggu depan. Semoga katilnya okay dan dapat bertahan lama, juga tilam itu. Semoga kami akan dapat penyewa yang lebih baik kali ini, insya allah, yang cuba akan menjaga aparment kami tu sebaiknya.

Kerja-kerja mengecat sudah selesai, kami telah bawa balik semua curtain untuk dibasuh, dan tinggal untuk dipasang semula. Lepas ni, Shuk kena buat promotion, ye lah untuk cari tenant baru.

Hari ini, kami tak de buat apa-apa, hanya duduk rumah, tengok tv dan tidur...tak de mood nak buat apa apa sebenarnya. Hmmm, esok kerja....rasa macam excited pula nak bekerja balik...he he, betulla.

Okay lah, tengah blank, hilang idea, shall write again once I come out with something.

No comments:

Post a Comment