Saya akan pindah ofis. Sebenarnya tak jauh pun, di kawasan KL Sentral juga, tapi blok yang lain. Dari tingkat 6 sekarang, saya akan ditempatkan di tingkat 23 di bangunan baru. Saya belum berkesempatan untuk melihat bilik baru saya, tapi untuk post kali ini, saya letakkan gambar bilik sekarang sahaja.
Saya ni kan tidak berapa rajin dan saya juga tidak bercadang untuk menghabiskan masa yang terlampau lama untuk pack...therefore, semuanya dilakukan last minute. Saya hanya mula mengemas pada hari Khamis, selepas meeting pada sepanjang pagi. Pada hari itu sahaja, I would say that I have actually cleared 80% of my things...lega...tapi penat lah...angkat barang, jadi shredding machine pun ada. Sebagai kenangan, saya ada ambil gambar bilik saya :
pintu...saya tidak mendapat bilik Deputy di sini sebab memang tidak cukup bilik
hmmm, tu dia, berterabur...
another angle...baru balik meeting kan, saya main letak aja dulu fail fail tu.
Lepas itu, saya mula mengemas...ada beberapa item lama yang buat saya sentimental sikit..he he. Benda benda ni saya dapat/beli semasa saya waktu mula bekerja, di dalam tahun 1997 agaknya
tulisan khat ni telah diberikan oleh anak-anak sedara saya, Anis dan Amirah. Waktu tu, Anis dalam darjah 2-3 kut, Amirah pulak, belum sekolah lagi kut. Heeee, simpan lagi tu, Anis sekarang dah kahwin pun. Teringat waktu mereka kecil and innocent dulu...sedih la pulak
yang ni, saya beli sendiri, di Ipoh rasanya...rasa macam suka apa yang ditulis tu kan.
Saya berkemas pada petang Khamis dan Jumaat sahaja dan tengok tengok, hanya dua kotak sahaja yang saya mahu hantar terlebih dahulu. Saya rasa, barang barang yang tinggal akan hanya memerlukan 1 kotak sahaja lagi. Alhamdulillah, oleh kerana saya baru duduk di Bhg/Bilik ini selama setahun lebih sikit, jumlah barang/sampah tidaklah terlampau banyak.
dua kotak...kertas yang saya buang adalah seguni dan ada sampah lain sikit dalam satu kotak...not bad, sebab waktu nak pindah dari IT ke Korporat dulu, ada lebih 10 guna sampah yang saya buang
yang ini label...tengok tu, saya duduk tingkat 23, bilik 34.
Tangan saya lenguh juga sikit sebab banyak mengoyak kertas, he he. Tapi at least, banyak juga lah yang clear. Saya berazam untuk mempunyai bilik yang lebih kemas dan cantik selepas ini, saya akan cuba, insya allah.
Balik rumah, hubby telah bagitahu saya yang dua orang anak saudara lelaki saya akan datang dan tidur di rumah saya malam nanti. Alhamdulillah sebab semua bilik memang sudah dikemas kan, so, tak de menda nak buat sangat.
Lepas solat Maghrib, kami pergi makan malam di Kedai Kopi di Tasek Shah Alam. Kedai ini adalah antara dapur saya juga, ha ha .
Shuk ordered nasi goreng Melayu, sangat sedap, macam di masak di rumah
saya ordered this, cantonese mee, saya suka sebab banyak sayur.
Hmmm, hari ni budak-budak tu ada, tapi tak de menda pulak di dalam fridge and malas nak pergi pasar sebab hujan....alamat saya akan bawa mereka makan di luarlah kalau macam ni..sekarang, dua dua pun tak bangun lagi.
Okay, sorry tak update dua hari, saya ponat lah. Enjoy your weekend !
No comments:
Post a Comment