Wednesday, February 15, 2012

Merajuk?

Sebenarnya saya sekarang ini merajuk sikit-sikit dengan suami saya, tapi dia tidak tahu pun saya merajuk Saya mula merajuk sikit hari Ahad, lepas tu Isnin,  Selasa dan hari ini. Punca? Saya pun tak pasti, tapi rasa macam perlu merajuk sikit sikit.

Teruknya perangai? Dah memang macam itu lah perangai saya, dulu lagi teruk, sekarang ni dah kurang sikit. Saya ada baca somewhere yang antara sebab kenapa Yusri KRU sangat menyenangi Lisa  Surihani adalah kerana dia sangat kurang karenah. Menurut Yusri, Lisa sangat mudah di bawa berbincang, tidak menimbulkan banyak masalah dan belum pernah lagi merajuk...

Untung lah Yusri, dah la cantik (saya pun come gak...), slim pulak tu (saya pun, come gakkkk cuma dalam isipadu yang berlainan...tak boleh kalah), bijak orang nya Lisa tu (saya pun bijak gak, deputy)...ha ha...tapi Lisa tidak merajuk...hmmm, kagum.

Ye lah, rezeki masing masing kan, dek dah kahwin, terpaksa lah suami saya terus berusaha menerima saya seadanya, walaupun dia asyik ulang ulang yang dia rasa dia lebih sesuai untuk menjadi pasangan Lisa dari Yusri sendiri....ini perasan tahap transformer dah ni, ha ha.

Anyway, hari ini saya akan berusaha jadi baik jugak lah. Saya merajuk tiga hari dah pun, tapi suami tak perasan pun, ha ha, tak ke buang masa. Sian dekat diri saya, sian juga dekat suami saya...okay lah, kena mula kerja balik.




No comments:

Post a Comment