Hari ni saya merasa lebih sihat, alhamdulillah...
And today, let us merapu a little, (kalau mak saya baca saya punya post ni, mesti dia marah, dia tak suka orang campur campur bahasa), so, let us stick to one language in on sentence at least ya, heee, anak emak kan, dalam degil degil tu, ingat juga sikit-sikit pesanan dia.
Oh ya, today is my mom's 78th birthday. Wishing her a very happy birthday.
Hmmm, mari bercerita.
Suatu masa dahulu, saya mempunyai dua orang sahabat baik. Kami pun tidak pasti macam mana kami boleh tiba tiba menjadi kawan baik, tapi kami memang sampai sekarang baik lagi...ha ha, macam ayat budak sepuluh tahun aja.
Dipendekkan cerita, kami memang kadang kadang suka berangan angan. Saya ingat satu perkara yang pernah kami angan angan kan, tapi sampai sekarang pun masih tidak tercapai, ha ha.
Kami berangan untuk travel menaiki HONDA CRV, pergi ke Terengganu, dan seterusnya ke Kelantan melalui jalan tepi laut. Kami ingin lalu di tepi pantai di Penarik, dan kami mahu menyaksikan bulan mengambang di sana...innocent wish right?...hmmm....
Sebab timbulnya angan angan itu? Sebab saya pernah memandu dari KT ke Kb ke KT balik menggunakan jalan itu dan saya rasa tempat itu tersangatlah cantik...heaven.
Kawan baik saya yang seorang ini pulak menambah yang keadaan akan jadi lebih cantik bila malam bulan mengambang...haaaa...
lepas tu, waktu tu saya pulak, gila HONDA CRV...ha ha ha, disatukan semua wish itu, jadi lah sesuatu yang agak susah mahu dicapai dalam waktu itu, tapi mungkin di masa hadapan saya mampu beli CRV? haaaa, maka mungkin lah juga boleh tercapai, tapi bilangan ahlinya bukanlah kami bertiga lagi, tapi dah jadi 8, haaa, berhimpitlah kami naik CRV tu demi untuk memenuhi angan angan lama?..pastinya tidak...
Saya ingat lagi perkara ini, I just wonder whether my other two friends remember. Mungkin angan angan itu tidak lagi relevant dengan mereka? Mungkin saya boleh menrealisasikannya dengan hubby saya saja, naik PESONA silver?...kalau sudah begitu takdirnya.
Cakap mengenai angan-angan, saya sebenarnya berangan-angan mahu mempunya kereta SX4 Suzuki. Hmm, tapi kadang kadang apa yang hati kita mahu mungkin tidak bersesuaian dengan kedudukan ekonomi juga faktor faktor lain. Tapi rasanya SX4 ni macam boleh juga dicapai sikit sikit...tapi hubby sure tak setuju. Ye lah, kadang kadang, memang rasa macam nak sangat, tapi bila dah dapat...baru macam rasa, what else?..sooo...kena berfikir banyak jugalah.
SX4 ni memang cantik, tapi space barang pun macam kecil sikit kan? Hubby pun mesti rasa Honda City lagi sesuai. Hmmm, ini lah masalahnya bila hutang kereta WIRA saya tu tahun depan habis..dah start berangan sekarang...insaf lah wahai Cikbib, mula simpan duit, sila besarkan sikit dapur tuh..
1st - Happy Belated Birthday to CikBib Mom
ReplyDelete2nd - ingat pesan LPPK jgn invest kat keta mahal2 tapi invest pada properties/gold yg lebih menguntungkan di masa akan dtg. Lgpun keta susut nilai...heheee....
tak kira, nak jugak suzuki SX4 ..hu hu
ReplyDelete