Saturday, February 4, 2012

Menu baru kita orang

Hari ini hari Sabtu..yay, tonight, we have birthday celebration for opah, yay, haaa, apa lagi nak di yay kan.

Hari ni, sekali lagi hubby did not stick to his word to go and jog..hmmm. I did though, haha, on my treadmill la. Alhamdulillah, managed to complete 30 minutes with a distance of 3.2km, okay lah tu, kena lebih istiqamah selepas ini.

Kami sudah breakfast dan selepas ini, saya mahu kemas balik bilik-bilik di atas. Dekat bawah ini saya sudah kemas sikit pada hari Rabu, cuti hari Wilayah, tapi kat atas, tidak bersentuh langsung, cuma saya sudah basuh semua cadar dan sarung bantal, cuma nak pasang semula, sapu sikit dan kemaskan...insya allah rajin..jangan dah mula baca blog lepas tu tak berganjak dari laptop ni, sudah. Selalu macam tu sebenarnya.

Semalam, saya dan hubby pergi dinner di luar, seperti biasa lah kan. Kami pergi Restoran China Muslim di Seksyen 9. Kami telah diperkenalkan dengan satu menu baru di kedai itu iaitu udang masak telur masin. Haaa, pernah cuba tak?

Memang sedap menu tu, kami kalau pergi kedai tu, memang itu lah yang kami order. Masaalah sikit adalah, harganya amatlah mahal. Harga untuk hidangan kecil adalah RM19. Aduhai...tapi puaslah, ada dalam 14 ekor kut...udang tu dilumur dengan telur masin, lepas tu dia letak daun kari, lepas tu ada cabai burung sikit..sedap!!

Total cost of our dinner yesterday was more than RM30. Selain udang, kami order baby kailan with ikan masin, yang juga sedap tapi juga mahai, R8.50, nasi putih dua, teh panas dan air suam satu...

Tapi jika kami maintain lah lifestyle dinner RM30 dua orang hari-hari, haaaa, bukan masak lagi, rentung kita orang. Rasanya, lain kali, saya nak buat sendiri ajalah udang tuh..kena berjimat..nak simpan duit besarkan dapur kan.

Sesiapa yang belum try, boleh lah try menu ni. Infact, waktu saya di Sarawak, memang ada company yang suggest supaya kami try ketam goreng telur masin, saya rasa,  mesti lagi sedap..ye lah, benda yang cholestrol banyak ni, memang sedap, miahhhaaaaaa




No comments:

Post a Comment