Baru semalam saya kata saya macam excited nak kerja balik..daser, bila tulis macam tu aja, semua perkara jadi kelam kabut.
Saya telah bersedia sebenarnya untuk pergi kerja awal hari ini. Baju telah di iron untuk mengelakkan saya dari tergesa-gesa.
Alarm berbunyi pada pukul 6.00 pagi, tapi seperti biasa, tangguh tangguh, pukul 6.30 baru bangun. Pukul 7.10, saya telah bersedia untuk ke Pejabat, kiranya, masa tu dah cukup cun dah, mesti boleh sampai sebelum 8.30.
Masuk masuk kereta, tengok tengok minyak tak de...alamak!!!
Saya pun pergi Petronas Seksyen 7, nak guna credit card, tak boleh pulak, saya pun amik purse, nak guna cash..huk aloh, tak dah satu pong duit RM10. Tinggal seringgit seringgit aja...nak nangis dah, orang nak cepat, ada ada aja masalah kan.
Duit saya tak ada sebab semalam saya dah guna untuk belikan barang anak saudara saya yang nak pergi Jepun. Lepas tu saya bagi lah dia cash sikit...hiks...sebenarnya, waktu bayar nak beli barang pun duit saya dah tak cukup, kena guna duit hubby. Lepas tu, minta lagi duit hubby untuk bagi belanja budak tuh...tak sedar pulak yang rupanya dalam purse memang dah sangat kurang duit. Itu lah masalahnya bila perbelanjaan banyak hubby yang uruskan...
Hmmm, tapi alhamdulillah ada ATM, keluarkanlah duit...pup pap pup pap, saya keluar dari Shah Alam pada pukul 7.28 pagi pada hari Isnin...hmmmm, manalah nak sempat, saya punch pukul 8.44 pagi...isk....saya berazam untuk datang awal esok, insya allah.
Sampai ofis, meeting pukul 9.00, so, breakfastnya dalam meeting room lah. Dalam meeting tu, saya discover yang saya telah membuat sedikit kesilapan...sedih...sebenarnya tak besar sangat, tapi tak tahu lah, hari ini mood swing...sedihhhh
Lepas tu, ada brief fasal solar industry, tapi sebelum pergi brief, officer saya bagi tahu yang satu kotak barang saya is missing in action...hmmm...sedih lagi, terus call hubby, minta dia tolong doakan, yang baca blog ni pun, tolong doakan kotak saya tu jumpa balik ye, insya allah.
Lepas tu, sebab geram kotak hilang dan tak ada mood, saya bawa officers saya pergi melawat office baru saya, haaa, rombongan cikbib sudah menyerbu tingkat 23 dan 16. Yay...nampak la bilik baru saya, nanti saya upload ye.
Office baru ni banyak warna putih dan kaca. Dinding bilik saya semuanya kaca, saya nak buat scandal memang lah tak boleh. Tapi officer yang kat luar pun tak happy gak, sebab depa kata, kalau depa buat scandal, saya nampak...ha ha...takut dengan tuhanlah sepatutnya kan.
Anyway, hari ini belum berakhir, semoga semuanya akan berakhir dengan baik Ya Allah. Have a productive week everyone!
No comments:
Post a Comment