Saturday, February 25, 2012

Minggu yang sudah berlalu

Burpppp...alhamdulillah. Heeee, hari ni hari Sabtu dan saya sudah breakfast + lunch. Saya masak nasi lemak hari ni, dengan sambal tumis udang, ikan bilis goreng dan timun. Seronoknya dapat masak. Hubby sebenarnya skeptikal bila saya nak masak nasi lemak sebab saya pernah masak and it was not according to his standard. Hmmm, lepas tu, saya terus tak nak masak nasi lemak dah, he he

Tapi, semalam, bila saya buka peti ais, saya nampak ada pokok bawang yang telah membesar. Ya allah, insaf rasa, lamanya tak tengok betul betul peti ais tu, lamanya tak masakk!!...kalau tunggu lama lama, mahu ada kebun bawang kat rumah ni...that is when I decided to cook the next day (today).

Pagi tadi, saya bangun, sidai baju yang sudah dibasuh semalam, lepas tu basuh lagi satu round and started cooking. Lepas tu kemas rumah sikit, mandi, bangunkan hubby dan kami makan

Minggu lepas hubby dan saya dua dua dalam mode tak larat. Sampai rumah, kami solat, lepas tu dinner, balik aja dari dinner, saya mandi, dan akan lelap depan tv...sampai tak sempat nak update blog, tengok facebook pun jarang.

Saya ada update blog on Monday kan? Hmmm, hari rabu ada visit ke Pulau Indah dan petangnya saya kena pergi M... sebab ada meeting pada pukul 6.00 petang. Meeting habis pukul 7.30 petang, saya balik ofis untuk solat Maghrib, lepas tu pecutlah balik rumah. Sampai rumah, dinner, lepas tu balik je, pengsan.

Hari Khamis, balik rumah, hubby kata malamnya kami kena pergi Baiduri sebab katil yang kami order tu sampai. Kami keluar rumah lepas Maghrib, pergi beli KFC, dan berkelah di Baiduri. Lepas makan, kami pasang langsir, lepas tu, saya bersihkan kabinet dapur. Tenant lama tinggalkan banyak sangat barang di dapur dan apparently hubby tak buat apa apa. Saya pun apa lagi, ambil plastik hitam, masukkan semua barang tu ke dalam plastik tu dan lap balik kabinet tu bagi bersih.

Hmmm, macam tu lah kan, saya bukan apa, kabinet dapur tu saya buat dengan titik peluh saya kan, siap buat personal loan yang pertama, jadi, rasa sedih ajalah bila orang tak jaga dengan baik. Saya ingat lagi, bila kabinet tu siap, hubby sekejap sekejap masuk dapur, sekejap sekejap masuk dapur untuk tengok cabinet tuh...heeee...lepas tu, senyumm, puas hati.

Cabinet tu adalah projek pertama kami berdua. Kami siap kira-kira lagi sama ada mampu atau tidak nak bayar loan tu. Lepas tu sama-sama cari kontraktor, lepas tu cari material, haaaa, ada masalah dengan contractor laaaa, tapi alhamdulillah, akhirnya semua siap and we were so in love with the cabinet, he he..

Well, I guess itu adalah sejarah kan, dan ada banyak benda yang kita let go. Tapi saya tetap bersihkan juga kabinet tuh, dan semoga tenant selepas ni akan jaga kabinet tu dengan lebih baik. Tapi kalau tidak pun, saya akan menerima perkara itu sebagai rezeki saya lah.

Laaa, sorry la berleter...you all skip la yang atas tuh, tak penting, saya tulis untuk journal saya sajalah...

Hari Jumaat...saya rasa tak sihat, macam ada tanda benda bulanan tu nak datang. But life has to go on lah kan. Saya perlu pergi M... lagi, meeting, waktu nak pergi ke kereta, kaki terpeleot pulak...sabar je lah. Rasa tak larat, duduk office pun, tak boleh buat kerja sebab semua barang sudah di hantar ke office baru, PC pun tak boleh buka...saya minta balik awal, pukul 4.00, saya chow...

api pagi tadi, selepas bangun, saya rasa sihat aja...doakan saya sihat, supaya boleh update blog ni ya...insya allah


No comments:

Post a Comment