Dengar Sinar FM pagi ni, dan topik hari ini adalah seperti di atas, rasanya, bilik konti macam nak meletup la, especially sebab Fadillah Kamsah ada..antara topik yang saya ingat/sempat dengar :
1) suami saya tidak suka berjalan. Kalau berjalan pun, dia moody aja. Dia lebih suka duduk rumah. Anak-anak pun lebih suka berjalan dengan emaknya sahaja, sebab if the dad is to join them, he will spoil the mood.
ulasan Datuk : Ada 2 kemungkinan, yang pertamanya mungkin kerana keluarga suami memang tidak biasa/tidak suka berjalan dan kemungkinan kedua adalah kerana dia berjimat dan apabila berjalan, dia merasa risau kerana duit adalah digunakan ke atas perkara yang tidak penting.
ulasan saya : suami saya pun sangat suka duduk rumah. Kalau pergi shopping, saya baru nak warm up, dia dah nak balik. Alasan :" rumah kita cantik cikbib, saya suka duduk rumah". Haaaa, tapi kalau melancong yang real, macam pergi Langkawi ke, Singapore dulu ke, dia okay aja, dia ikut juga rentak saya...
2) Lelaki ni cakap : Saya ada dua orang isteri dan saya sangat menyayangi kedua-dua orang isteri saya. Saya juga suka memeluk mesra suami saya pada masa-masa tertentu seperti sewaktu dia sedang masak, walau bagaimanapun, isteri saya akan kata " awak ni dah.....apa ke perkataannya yang saya tak boleh ingat ni...haaaa, buang tabiat ke?" . Walau bagaimanapun, isteri kedua saya okayyyyy, saya boleh menunjukkan kasih sayang dengan dia bila bila aja.
Ulasan Datuk : Ada beberapa kemungkinan juga, yang pertama, again due to family upbringing. Mungkin di dalam keluarga isteri pertamanya tidak dipraktikkan kaedah peluk/cium nih, dan punca yang lainnya...dah lupa la pulak, ha ha. Tapi Datuk did highlighted that it may due to the fact that wife is shy, ye la, depan anak-anak kan.
Ulasan saya : Saya rasa saya memang dilahirkan di dalam keluarga yang tidak mengamalkan peluk/cium . Tidak ada di dalam ingatan saya yang emak/ayah/kakak/abang saya yang peluk cium saya waktu saya kecil (serius). Walau bagaimanapun, sekarang ni, saya rasa emak saya macak nak peluk/cium saya, tapi saya pulak yang macam macho semacam.
Tapi emak/ayah/kakak/abang saya ada lah menunjukkan sayang dengan cara yang lain kut. Macam abang saya yang sorang ni, sebelum tidur, dia suka baring dulu dengan saya, bercerita, tapi cerita perang dan politik la pulak dengan budak 5-6 tahun. Abang saya yang lagi satu tu...haaa, dia ada buatkan pistol kayu untuk saya, yang guna peluru terung kecil warna hijau tuh (tahu tak? orang kg saya panggil buah rimbang). Kakak/kakak saya...haaa, adalah buatkan saya baju untuk anak patung kertas saya (tau tak anak patung kertas ni?)...yang macam-macam itu laaaa
Tapi hubby tetap kata saya ni waktu kecil KKS (kekurang kasih sayang - ikut Hishamuddin Rais punya term, hi hi). Tapi semua itu menjadikan saya sebagai saya sekaranglah yang Garang, Tegas sangat, Suka Marah, Kurang boleh di bawa berbincang...tapiiii, kalau la suami saya peluk saya dari belakang waktu saya masak, saya tetap suka lah..haaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment