Sejak dewasa ni, hati saya memang hati batu. Semua benda memang berdasarkan rasional aja, soal hati memang kurang diberi perhatian.
Haaaa, walau bagaimanapun tadi saya menonton Vanilla Coklat, ha ha, rasanya saya sentiasa senyum ajala tengok cerita tu...he he, macam sweet and innocent kan? Cinta orang muda muda.
Waktu kita muda, hati memang senang/selalu berbunga kan? Bercinta juga lebih manis...saya pernah bercinta waktu muda, walau bagaimanapun, cinta itu tidak tercapai, maksudnya tidak berakhir dengan perkahwinan. Oleh kerana itu, saya tidak dapat bercerita tentang betapa manisnya sekiranya sekiranya cinta kesampaian dan berakhir dengan perkahwinan.
Hubby dan saya tidak bercinta sebelum kahwin. Kami kawan sikit-sikit aja, dalam 3 tahun. Tiba-tiba, agaknya bila datang serulah kut, kami decided to simply bulldozed and got married. So, hati berbunga tu, memang jarang/kurang/ilek, especially hubby ni the very straight forward kan. Kalau saya merajuk pun tak pernah pujuk, nak mengayat pun tak pernah, nak bagi bunga? Saya mintak pun dia kata dia memang tak nak bagi...bagi hadiah? never...sweet talk? tak de jugak, kalau kami nak buat pun, selalu tak jadi, selalu jadi kelakar.
hikss...tapi saya pun salah juga kut, infact, kalau anda semua menonton Vanilla Coklat tadi dan melihat macam mana Zara menyuap suaminya waktu sakit tu, hubby gelak berdekah, dia kata " just like you, cikbib".
Hmmm, saya pun sama juga, direct, tidak berapa melayan orang, dan tidak setuju dengan idea yang suami perlu dilayan bagai raja sebab saya percaya dengan kesamarataan...tapi bila jadi isteri ni, teringin pulak kalau suami boleh membungakan hati saya, tapi dah dekat 6 tahun kahwin ni, belum lagi lah sampai ke tahap itu.
But then, what you give, you get back lah kan? Agaknya saya pun kurang memberi, therefore, what right do I have to request more kan? he he...saya okay aja, tak pe lah, tengok Vanilla Coklat tu, dapat lah hati ni berbunga-bunga sikit.
Mungkin itulah yang terbaik untuk saya, kutlah kalau banyak ayat ayat cinta untuk saya, nanti saya terlebih pula hormon gembira yang menggalakkan saya makan ke, langsung menjadi semakin gemuk ke kan? haaaa, mana tahu...
Saya terima seadanyalah pasangan saya dan saya juga amat berterima kasih sebab saya tahu, pasangan saya memang menerima saya seadanya...mungkin yang terbaik untuk saya adalah hubungan yang straight forward, semuanya "matter of factly"...no flowers, no flowery words, no presents..
Okay lah, sorry sekiranya saya telah membosan kan anda...haaaaa, esok, ibadah kerja akan bermula semula, semoga semuanya akan berjalan lancar, insya allah.
No comments:
Post a Comment