Wednesday, February 29, 2012

Skandal??

Saya tengah meniarap depan tv, tengok laptop sambil menonton 'Langit Lazuardi'. Cerita dia fasal perempuan ni, bercinta dengan suami orang. Dia tidak sanggup untuk bermadu, lalu menyuruh lelaki itu menceraikan isterinya. Isteri dia tu, Rita Rudaini, soooo, macam feel la kan. Yang berlakon jadi perempuan tu pulak, si Nabila anak Amy Search tu...so, nampak macam dia salah sangatlah kan...

He he, sebenarnya cerita ni memang sangat berpijak di bumi nyata, especially for those yang lambat sikit kahwin, ramai yang pernah terjebak dengan suami orang ke, tunang orang ke...

Hmmm, susah bila terjebak ni, bila melibatkan perasaan kan. Bukan mudah untuk jatuh cinta, dan sesungguhnya, sangat susah untuk melupakan seseorang sesudah jatuh cinta. Walau bagaimanapun, bercinta, putus, bercinta balik, adalah antara rencah hidup, yang mewarnakan perjalanan kehidupan kita.

Tidak semua orang bernasib baik untuk terus kahwin setelah bercinta buat kali pertama. Tetapi bagi mereka yang pernah melalui pengalaman pahit putus cinta, atau bercinta dengan orang yang salah, pastinya pengalaman yang dilalui akan memberi pengalaman yang amat berharga. 

Tengok cerita ni, macam tak setuju la plak dengan si Nabila tu, ye la, nak kahwin dengan suami orang tu, kahwin je la, tapi tak payah la suruh lelaki tu ceraikan isteri dia, dah la isteri lelaki tu tak kerja pulak. Tapi si Rita Rudaini tu meninggal la...ek eleh...he he he, awat saya emosi pulak kan?...hah...nak tidur lah



Fokus

Saya kat office lagi ni, tengah menengok proposal officer saya...tengok lima minit aja boleh fokus, lepas tu, saya ngantuk, decided to update my blog sat...tapi mesti setengah jam pun boleh kan...buat kerja aja yang tak larat.

Kenyataannya memang macam tu, betul tak? masa kita untuk fokus memang tidak terlalu lama. Kita perlu bijak sebenarnya, biar sedikit masa yang di allocate, but make sure ianya berkualiti.

Macam budak-budak sekarang, nak belajar, mereka pergi KFC lah, McD lah...kononnya baru ada feel.

Kita dulu pun mungkin juga teringin nak buat macam tu, tapi ye lah, mana ada duit nak makan kat KFC hari-hari kan, Mc D pun sama...so, pilihan kita pun adalah di hostel...makan biskut ke, keropok ke, dengar radio ke. Tapi saya rasa, saya bersyukur juga tidak diberikan pilihan yang semacam itu, kalau tidak, mesti jumlah kolestrol di dalam badan saya akan bertambah.

Agaknya kalau ada siapa siapa yang buat survey, result budak yang study kat KFC dan Mc D tu hebat tak agaknya ye? Ye lah, untuk menguji kebenaran kata-kata budak budak ni kan.

Saya kadang kadang stay back supaya saya dapat fokus. Waktu kerja biasa, macam pagi tadi, saya tidak boleh fokus langsung kecuali waktu makan tengahari. Meetings, phone calls, officers datang jumpa, so, kalau nak evaluate paper yang complicated, saya memang perlu stay back. Baru boleh bertenang.

Hmmmm...okaylah, kena tengok balik paper ni sebab saya nak balik pukul 6.30..selamat beristirehat semua!


Tuesday, February 28, 2012

Itu dan Ini

Hari kedua di ofis baru...yup, belum lagi seratus peratus settle, tapi boleh la..

Kerja sudah bertambah, ada officer yang sudah mula menyerahkan files, calls are coming in, emails pun dah banyak, meetings will start tomorrow.

Office baru ni okay, except that places to buy food are generally further away...hmmmm. I am trying to take it positively though, yeah, walking is good for you kan.

Oh yeah, we have found new tenant for Baiduri. Hmmm, orang Kelantan, 4 orang adik beradik. They requested for washing machine, we decided to give them ours and we will buy a new one...he he, kerja kerja membeli yang baru ni, kami memang pandailah...so, kira settle, esok kami akan dapat washing machine baru.

Semoga semuanya akan berakhir dengan baiklah sebab banyak juga kami spend untuk Baiduri ni. Kami bukanlah beli barang baru untuk mereka, tapi kami berikan barang barang yang kami ada, dan kami beli baru untuk kegunaan sendiri.....macam meja makan tuh. Emmm, insya allah, tenant baru ini akan duduk selama 3 tahun, so, if everything goes on according to plan, kami akan dapat balik modal dalam masa...5 bulan? Insya allah.

Oh ye, saya nak selit gambar waktu kami pergi bersihkan Baiduri baru baru ni :

saya makan kfc...selekeh giler...and was damn tired, belum mandi lagi..lepas makan, saya pergi bersihkan dapur pulak


alala, sopannnnyaaaaa makcik tengok, rajin pulaktu menolong, boleh dibuat menantu nih

the katil we bought

our dining table is now at Baiduri again, tempat lamanya

So, malam ni kami order washing machine, lepas order washing machine baru tu, kita orang pergi makan di pizza hut. Since ada gambar, saya insertkan lah ye :

Biasalah, kami makan set untuk dua orang, tapi kali ni, kami add on untuk air. Kami makan di pizza hut seksyen 7. Hari ni kami rasa service yang diberikan sangat baik, tidak seperti selalu yang lembab dan menyakitkan hati.

abang misai saya...ramai orang tanya kat saya sama ada saya memang suka orang bermisai...he he, saya pun tak sedar sebenarnya yang misai suami saya tu lebat.

yang ni, sepatutnya saya sudah upload semalam, tapi rupanya tidak terupload. Anyway, nak tunjuk ada frame gambar tuh. Hubby suruh saya letak gambar kita orang kat atas meja, so, kira dah letaklah tuh, he he, gambar tu samar samar aja, sebab di tangkap waktu sunset...oh ye, frame tu sebenarnya adalah hadiah daripada ex boss saya waktu di Stat dulu.

Sorry lah kalau entry ni huru hara sikit, sebab saya pun memang rasa huru hara juga sikit..sedang cuba bernafas dan bertenang ni. Okay, good nite everyone!



Monday, February 27, 2012

Yang Baru Baru

Yeah, I would like to share some photos taken this morning of my new room/office. My room is located between my boss's room and my colleague Sham... 

My room is on the right. Bilik ni memang semuanya cermin, jadi, soal privacy jangan ditanya, memang tidak ada

inside...boxes were everywhere 

from the other angle, yeah, I have this big almari for storage and my room is facing the morning sun...tengok cahaya masuk melalui tingkap di belakang tu

The almari....

my table is rather small though. Tengok dekat cable yang serabot tuh...geram betul, tapi lepas tu saya kemaskan lah, semua letak ke belakang

the view, my room is facing KL Sentral. No more KLCC and KL Tower view for me. But I know my cactus would love this location

the new telephone which I do not know how to use yet

I finally managed to finish unpack by 12.00 o'clock...semoga bilik ini akan memberi semangat baru kepada saya, juga team saya, insya allah


New Office

The first day in new office, new room.

I was determined to go earlier to office today since I am not sure on the place yet and also the period of time taken walking from the parking place to my room. The new parking place is quite challenging with narrow turns, yucks. Anyway, I am thankful that I am driving my PESONA which is not so big. I can see scratches on the walls though, indicating that it was hit by quite a number of vehicles. I think it will be even cooler if I were to drive SX4 kan, tak besar sangat, pendek sikit, just nice...hiks...

Finding the parking place was not a problem, yeah, level 6, lot 14. After I parked my car, I took a lift which is not far from my parking lot. I reached office pretty early, but somehow I have left my punch card at home, damn!..sobarrrrrr

Once I reached my room, 5 of my boxes are there, and the other one is still missing. Insya allah, nanti jumpalah tu. aaamiiin.

Decided to go and buy breakfast first, than I started unpacking. Before lunch, semuanya sudah ready, alhamdulillah.

How do I feel? Somehow I feel not settled. Rasa macam di tempat orang....mungkin sebab emosi tak stabil kut, sebab tak boleh solat kan. Nanti okay lah tu.

I have taken photos, but my PC does not have bluetooth service, maybe I will upload it tonite. Ok, till next time, cheerio!

Sunday, February 26, 2012

Aktiviti Hari Ni : Ahad, 26 Feb 2012

Hari ni, basuh cadar la, basuh selimut la...lepas tu masak nasi goreng, bfast dengan hubby atas lantai sebab meja makan sudah tak de, hantar ke Baiduri...

Lepas makan, baca surat khabar, haaaa, tertidur la plak...he he.

Tapi hari ni kami memang tak de plan. Cuma, kami perlu pergi beli set meja makan baru lah...haaa...so, petang, dalam pukul 4 kita orang pergi ke SACC mall. Tengok tengok orang punya lah ramai, rupanya ada  anugerah artis popular punya roadshow...ramai artis datang.

Sampai sampai, ada Aznil, kami intai aja, lepas tu terus pergi MAC Y di tingkat 2. Kami memang sudah tengok sebelum ni sebenarnya, tengok design macam okay, tapi tak sure on the budget kan, so, we went back, done some calculation and came up with the decision lah... he he, mampu, jangan tak mampu.

So, kami pun orderlah, tapi delivery will only be done next Monday. While waiting for hubby finalising the order, I spotted this storage cum tempat duduk and decided to buy...isk...senang aja nak abis kan duit ni. Tapi kami memang memerlukan storage tu untuk mengelakkan kami letak barang berselerak.

Waktu hubby pergi hantar barang ke kereta, saya pergi tengok show di bawah, yup, ada Jacqueline Victor..hmmm, ada gambar :
putih la Jacqueline Victor ni, and the body is the very slim....lawa

Lepas tu ada sape ntah, tak kenai...tapi ada nampak Johan Juvana tu, ada Diana Danielle yang sangat lah cantik, ada Didie Alias juga, yang boleh tahan cantik...ada Fafau, tak la gemuk sangat dia tu, okay aja sebenarnya...

Lepas tu kami pergi Uncle K lagi..makan. Hubby ordered mee goreng mamak and teh panas, saya ordered bihun goreng dan air suam. Malangnya, hubby dapat teh o...ha ha, anak sedara saya Ari silap dengar, dia yang amik order...tak pe lah, sebab anak sedara yang amik order, kita kira okay je la.



Kami dua dua tak lunch, so, memang lah lapar, oleh sebab rasa tak kenyang, hubby order pulak roti bakar...


Ari kata semalam Neelofa ada datang makan kat sini, ha ha ha...mesti comel kan

waktu dalam perjalan ke Lift, kami nampak sape yeee....ala anak ND lala tuh...haaa, Shila Amzah...hmmmm, tinggi jugak. Waktu tu Zizan tengah buat show, tapi sebab Shuk belum solat Asar kita orang decided to balik ajalah dulu....

Itu ajalah untuk hari ni, rasa tak sabar nak tunggu meja sampai sebab sekarang ni, saya terpaksa meniarap untuk update blog... semoga meja baru kami tu sesuai dan tahan lama untuk kami gunakan, insya allah.

Saturday, February 25, 2012

Hari Sabtu, 25 Feb 2012

Selepas makan pagi tadi and update blog, we went to A E O N Bukit Tinggi. Tujuan ? : membakar kalori dari nasi lemak yang telah dimakan tadi.

Sebab tiada objektif khusus, kami pun pusing aja di JJ. Tengok kasut, lepas tu pergi cari tong sampah untuk bilik baru saya. Lepas tu cari towel rack, tapi tak jumpa yang berkenan. Cari gak benda lain...tapi tak beli apa apa pun.

Lepas tu, cari tempat lepak..cari yang tak ramai orang, akhirnya kami singgah Starbuck...tengok tengok, saya order hot choc dan hubby ordered latte..ha, penuh dengan kalori, tak pe lah, sekali sekala kan.

sebab ada gambar, saya nak letak juga gambar ye...

my hot choc, finger sandwich and shuk's latte

shuk tengok internet la tu.

on our way back, we stopped at Valencia and a few other furniture shops. We are looking for a new dining set now since ours was sent to Baiduri. Now we are without dining table/chairs and therefore meals  are taken on the floor lah....macam tak biasa kan...

Hmmm, that is my update for today!

Minggu yang sudah berlalu

Burpppp...alhamdulillah. Heeee, hari ni hari Sabtu dan saya sudah breakfast + lunch. Saya masak nasi lemak hari ni, dengan sambal tumis udang, ikan bilis goreng dan timun. Seronoknya dapat masak. Hubby sebenarnya skeptikal bila saya nak masak nasi lemak sebab saya pernah masak and it was not according to his standard. Hmmm, lepas tu, saya terus tak nak masak nasi lemak dah, he he

Tapi, semalam, bila saya buka peti ais, saya nampak ada pokok bawang yang telah membesar. Ya allah, insaf rasa, lamanya tak tengok betul betul peti ais tu, lamanya tak masakk!!...kalau tunggu lama lama, mahu ada kebun bawang kat rumah ni...that is when I decided to cook the next day (today).

Pagi tadi, saya bangun, sidai baju yang sudah dibasuh semalam, lepas tu basuh lagi satu round and started cooking. Lepas tu kemas rumah sikit, mandi, bangunkan hubby dan kami makan

Minggu lepas hubby dan saya dua dua dalam mode tak larat. Sampai rumah, kami solat, lepas tu dinner, balik aja dari dinner, saya mandi, dan akan lelap depan tv...sampai tak sempat nak update blog, tengok facebook pun jarang.

Saya ada update blog on Monday kan? Hmmm, hari rabu ada visit ke Pulau Indah dan petangnya saya kena pergi M... sebab ada meeting pada pukul 6.00 petang. Meeting habis pukul 7.30 petang, saya balik ofis untuk solat Maghrib, lepas tu pecutlah balik rumah. Sampai rumah, dinner, lepas tu balik je, pengsan.

Hari Khamis, balik rumah, hubby kata malamnya kami kena pergi Baiduri sebab katil yang kami order tu sampai. Kami keluar rumah lepas Maghrib, pergi beli KFC, dan berkelah di Baiduri. Lepas makan, kami pasang langsir, lepas tu, saya bersihkan kabinet dapur. Tenant lama tinggalkan banyak sangat barang di dapur dan apparently hubby tak buat apa apa. Saya pun apa lagi, ambil plastik hitam, masukkan semua barang tu ke dalam plastik tu dan lap balik kabinet tu bagi bersih.

Hmmm, macam tu lah kan, saya bukan apa, kabinet dapur tu saya buat dengan titik peluh saya kan, siap buat personal loan yang pertama, jadi, rasa sedih ajalah bila orang tak jaga dengan baik. Saya ingat lagi, bila kabinet tu siap, hubby sekejap sekejap masuk dapur, sekejap sekejap masuk dapur untuk tengok cabinet tuh...heeee...lepas tu, senyumm, puas hati.

Cabinet tu adalah projek pertama kami berdua. Kami siap kira-kira lagi sama ada mampu atau tidak nak bayar loan tu. Lepas tu sama-sama cari kontraktor, lepas tu cari material, haaaa, ada masalah dengan contractor laaaa, tapi alhamdulillah, akhirnya semua siap and we were so in love with the cabinet, he he..

Well, I guess itu adalah sejarah kan, dan ada banyak benda yang kita let go. Tapi saya tetap bersihkan juga kabinet tuh, dan semoga tenant selepas ni akan jaga kabinet tu dengan lebih baik. Tapi kalau tidak pun, saya akan menerima perkara itu sebagai rezeki saya lah.

Laaa, sorry la berleter...you all skip la yang atas tuh, tak penting, saya tulis untuk journal saya sajalah...

Hari Jumaat...saya rasa tak sihat, macam ada tanda benda bulanan tu nak datang. But life has to go on lah kan. Saya perlu pergi M... lagi, meeting, waktu nak pergi ke kereta, kaki terpeleot pulak...sabar je lah. Rasa tak larat, duduk office pun, tak boleh buat kerja sebab semua barang sudah di hantar ke office baru, PC pun tak boleh buka...saya minta balik awal, pukul 4.00, saya chow...

api pagi tadi, selepas bangun, saya rasa sihat aja...doakan saya sihat, supaya boleh update blog ni ya...insya allah


Monday, February 20, 2012

Monday Again

Baru semalam saya kata saya macam excited nak kerja balik..daser, bila tulis macam tu aja, semua perkara jadi kelam kabut.

Saya telah bersedia sebenarnya untuk pergi kerja awal hari ini. Baju telah di iron untuk mengelakkan saya dari tergesa-gesa.

Alarm berbunyi pada pukul 6.00 pagi, tapi seperti biasa, tangguh tangguh, pukul 6.30 baru bangun. Pukul 7.10, saya telah bersedia untuk ke Pejabat, kiranya, masa tu dah cukup cun dah, mesti boleh sampai sebelum 8.30.

Masuk masuk kereta, tengok tengok minyak tak de...alamak!!!

Saya pun pergi Petronas Seksyen 7, nak guna credit card, tak boleh pulak, saya pun amik purse, nak guna cash..huk aloh, tak dah satu pong duit RM10. Tinggal seringgit seringgit aja...nak nangis dah, orang nak cepat, ada ada aja masalah kan.

Duit saya tak ada sebab semalam saya dah guna untuk belikan barang anak saudara saya yang nak pergi Jepun. Lepas tu saya bagi lah dia cash sikit...hiks...sebenarnya, waktu bayar nak beli barang pun duit saya dah tak cukup, kena guna duit hubby. Lepas tu, minta lagi duit hubby untuk bagi belanja budak tuh...tak sedar pulak yang rupanya dalam purse memang dah sangat kurang duit. Itu lah masalahnya bila perbelanjaan banyak hubby yang uruskan...

Hmmm, tapi alhamdulillah ada ATM, keluarkanlah duit...pup pap pup pap, saya keluar dari Shah Alam pada pukul 7.28 pagi pada hari Isnin...hmmmm, manalah nak sempat, saya punch pukul 8.44  pagi...isk....saya berazam untuk datang awal esok, insya allah.

Sampai ofis, meeting pukul 9.00, so, breakfastnya dalam meeting room lah. Dalam meeting tu, saya discover yang saya telah membuat sedikit kesilapan...sedih...sebenarnya tak besar sangat, tapi tak tahu lah, hari ini mood swing...sedihhhh

 Lepas tu, ada brief fasal solar industry,  tapi sebelum pergi brief, officer saya bagi tahu yang satu kotak barang saya is missing in action...hmmm...sedih lagi, terus call hubby, minta dia tolong doakan, yang baca blog ni pun, tolong doakan kotak saya tu jumpa balik ye, insya allah.

Lepas tu, sebab geram kotak hilang dan tak ada mood, saya bawa officers saya pergi melawat office baru saya, haaa, rombongan cikbib sudah menyerbu tingkat 23 dan 16. Yay...nampak la bilik baru saya, nanti saya upload ye.

Office baru ni banyak warna putih dan kaca. Dinding bilik saya semuanya kaca, saya nak buat scandal memang lah tak boleh. Tapi officer yang kat luar pun tak happy gak, sebab depa kata, kalau depa buat scandal, saya nampak...ha ha...takut dengan tuhanlah sepatutnya kan.

Anyway, hari ini belum berakhir, semoga semuanya akan berakhir dengan baik Ya Allah. Have a productive week everyone!

Sunday, February 19, 2012

Cerita Baiduri Lagi

Semalam, kami telah menempah tiga buah katil, tiga 'underbed' dan 6 tilam. Total : RM1,770.00. Kami beli di Perabot Naza, Seksyen 7, Shah Alam. Insya allah katil katil tersebut akan sampai pada hari Jumaat, minggu depan. Semoga katilnya okay dan dapat bertahan lama, juga tilam itu. Semoga kami akan dapat penyewa yang lebih baik kali ini, insya allah, yang cuba akan menjaga aparment kami tu sebaiknya.

Kerja-kerja mengecat sudah selesai, kami telah bawa balik semua curtain untuk dibasuh, dan tinggal untuk dipasang semula. Lepas ni, Shuk kena buat promotion, ye lah untuk cari tenant baru.

Hari ini, kami tak de buat apa-apa, hanya duduk rumah, tengok tv dan tidur...tak de mood nak buat apa apa sebenarnya. Hmmm, esok kerja....rasa macam excited pula nak bekerja balik...he he, betulla.

Okay lah, tengah blank, hilang idea, shall write again once I come out with something.

Nasi Ayam P A K M A L

Semalam, saya keluar dengan dua orang anak saudara saya, Izzat dengan Iyal. Mula mula pergi Empire, lepas tu pergi Sunway Pyramid, dan lepas tu makan. Fikir punya fikir, akhirnya kami pergi makan nasi ayam di Seksyen 10...
kedai ini memang famous di Shah Alam, so, tidaklah perlu diperkenalkan...ini nasi ayamnya, sepinggan RM4.50

Yang ni, Iyal dengan Izzat, kira itu lah lunch depa.

Malamnya kami pergi Viccuda, tapi lupa nak amik gambar...

Kami dan H a r d R o c k

Waktu kami di Jepun tahun lalu kami ada melawat kedai menjual cenderamata HRC. Satu tu terletak di salah satu train station dan yang satu lagi ni terletak di Roppongi. Tempat ni cantik kalau bergambar...
Tengok gambar Shuk di atas. Walau bagaimanapun, kami tidak membeli apa apa barang sebab sesungguhnya, semuanya mahal dan kami pun tak la rasa relevantnya antara kami dengan HRC.

Walau bagaimanapun, waktu pergi Hong Kong baru baru ni, saya telah beli key chain ni, saja je la. Harganya dalam 50 HK$ kut...mahai gak bila convert.

Masalahnya, bila tunjuk dekat Shuk, tiba tiba pulak dia menyesal sebab tidak beli tshirt waktu kami pergi
Tokyo dulu. Hmmmm, nasib baik Izzat pergi Tokyo baru baru ni, so, rezeki Shuk la, pesan la dekat Izzat suruh beli...Izzat datang semalam kan...so, dia pun bawak lah


ini baru bagi dia...hi hi

Ini baru label atas baju tuh...he he, suspens

ini harga dia, tolong convert sendiri...

ini Tshirt dia. Tak tau la kenapa semua orang nak beli kan, mahai pulak tuh...tak pe lah, asalkan hati senang...

Saturday, February 18, 2012

Bersiap Untuk Pindah

Saya akan pindah ofis. Sebenarnya tak jauh pun, di kawasan KL Sentral juga, tapi blok yang lain. Dari tingkat 6 sekarang, saya akan ditempatkan di tingkat 23 di bangunan baru. Saya belum berkesempatan untuk melihat bilik baru saya, tapi untuk post kali ini, saya letakkan gambar bilik sekarang sahaja. 

Saya ni kan tidak berapa rajin dan saya juga tidak bercadang untuk menghabiskan masa yang terlampau lama untuk pack...therefore, semuanya dilakukan last minute. Saya hanya mula mengemas pada hari Khamis, selepas meeting pada sepanjang pagi. Pada hari itu sahaja, I would say that I have actually cleared 80% of my things...lega...tapi penat lah...angkat barang, jadi shredding machine pun ada. Sebagai kenangan, saya ada ambil gambar bilik saya :

pintu...saya tidak mendapat bilik Deputy di sini sebab memang tidak cukup bilik

hmmm, tu dia, berterabur...

another angle...baru balik meeting kan, saya main letak aja dulu fail fail tu.

Lepas itu, saya mula mengemas...ada beberapa item lama yang buat saya sentimental sikit..he he. Benda benda ni saya dapat/beli semasa saya waktu mula bekerja, di dalam tahun 1997 agaknya

tulisan khat ni telah diberikan oleh anak-anak sedara saya, Anis dan Amirah. Waktu tu, Anis dalam darjah 2-3 kut, Amirah pulak, belum sekolah lagi kut. Heeee, simpan lagi tu, Anis sekarang dah kahwin pun. Teringat waktu mereka kecil and innocent dulu...sedih la pulak

yang ni, saya beli sendiri, di Ipoh rasanya...rasa macam suka apa yang ditulis tu kan.

Saya berkemas pada petang Khamis dan Jumaat sahaja dan tengok tengok, hanya dua kotak sahaja yang saya mahu hantar terlebih dahulu. Saya rasa, barang barang yang tinggal akan hanya memerlukan 1 kotak sahaja lagi. Alhamdulillah, oleh kerana saya baru duduk di Bhg/Bilik ini selama setahun lebih sikit, jumlah barang/sampah tidaklah terlampau banyak.

dua kotak...kertas yang saya buang adalah seguni dan ada sampah lain sikit dalam satu kotak...not bad, sebab waktu nak pindah dari IT ke Korporat dulu, ada lebih 10 guna sampah yang saya buang

yang ini label...tengok tu, saya duduk tingkat 23, bilik 34.

Tangan saya lenguh juga sikit sebab banyak mengoyak kertas, he he. Tapi at least, banyak juga lah yang clear. Saya berazam untuk mempunyai bilik yang lebih kemas dan cantik selepas ini, saya akan cuba, insya allah.

Balik rumah, hubby telah bagitahu saya yang dua orang anak saudara lelaki saya akan datang dan tidur di rumah saya malam nanti. Alhamdulillah sebab semua bilik memang sudah dikemas kan, so, tak de menda nak buat sangat.

Lepas solat Maghrib, kami pergi makan malam di Kedai Kopi di Tasek Shah Alam. Kedai ini adalah antara dapur saya juga, ha ha .

Shuk ordered nasi goreng Melayu, sangat sedap, macam di masak di rumah

saya ordered this, cantonese mee, saya suka sebab banyak sayur.

Hmmm, hari ni budak-budak tu ada, tapi tak de menda pulak di dalam fridge and malas nak pergi pasar sebab hujan....alamat saya akan bawa mereka makan di luarlah kalau macam ni..sekarang, dua dua pun tak bangun lagi.

Okay, sorry tak update dua hari, saya ponat lah. Enjoy your weekend !

Wednesday, February 15, 2012

Merajuk?

Sebenarnya saya sekarang ini merajuk sikit-sikit dengan suami saya, tapi dia tidak tahu pun saya merajuk Saya mula merajuk sikit hari Ahad, lepas tu Isnin,  Selasa dan hari ini. Punca? Saya pun tak pasti, tapi rasa macam perlu merajuk sikit sikit.

Teruknya perangai? Dah memang macam itu lah perangai saya, dulu lagi teruk, sekarang ni dah kurang sikit. Saya ada baca somewhere yang antara sebab kenapa Yusri KRU sangat menyenangi Lisa  Surihani adalah kerana dia sangat kurang karenah. Menurut Yusri, Lisa sangat mudah di bawa berbincang, tidak menimbulkan banyak masalah dan belum pernah lagi merajuk...

Untung lah Yusri, dah la cantik (saya pun come gak...), slim pulak tu (saya pun, come gakkkk cuma dalam isipadu yang berlainan...tak boleh kalah), bijak orang nya Lisa tu (saya pun bijak gak, deputy)...ha ha...tapi Lisa tidak merajuk...hmmm, kagum.

Ye lah, rezeki masing masing kan, dek dah kahwin, terpaksa lah suami saya terus berusaha menerima saya seadanya, walaupun dia asyik ulang ulang yang dia rasa dia lebih sesuai untuk menjadi pasangan Lisa dari Yusri sendiri....ini perasan tahap transformer dah ni, ha ha.

Anyway, hari ini saya akan berusaha jadi baik jugak lah. Saya merajuk tiga hari dah pun, tapi suami tak perasan pun, ha ha, tak ke buang masa. Sian dekat diri saya, sian juga dekat suami saya...okay lah, kena mula kerja balik.




Tuesday, February 14, 2012

Kisah Rumahtangga, Macam Macam Ada

Dengar Sinar FM pagi ni, dan topik hari ini adalah seperti di atas, rasanya, bilik konti macam nak meletup la, especially sebab Fadillah Kamsah ada..antara topik yang saya ingat/sempat dengar :

1) suami saya tidak suka berjalan. Kalau berjalan pun, dia moody aja. Dia lebih suka duduk rumah. Anak-anak pun lebih suka berjalan dengan emaknya sahaja, sebab if the dad is to join them, he will spoil the mood.

ulasan Datuk : Ada 2 kemungkinan, yang pertamanya mungkin kerana keluarga suami memang tidak biasa/tidak suka berjalan dan kemungkinan kedua adalah kerana dia berjimat dan apabila berjalan, dia merasa risau kerana duit adalah digunakan ke atas perkara yang tidak penting.

ulasan saya : suami saya pun sangat suka duduk rumah. Kalau pergi shopping, saya baru nak warm up, dia dah nak balik. Alasan :" rumah kita cantik cikbib, saya suka duduk rumah". Haaaa, tapi kalau melancong yang real, macam pergi Langkawi ke, Singapore dulu ke, dia okay aja, dia ikut juga rentak saya...


2) Lelaki ni cakap : Saya ada dua orang isteri dan saya sangat menyayangi kedua-dua orang isteri saya. Saya juga suka memeluk mesra suami saya pada masa-masa tertentu seperti sewaktu dia sedang masak, walau bagaimanapun, isteri saya akan kata " awak ni dah.....apa ke perkataannya yang saya tak boleh ingat ni...haaaa, buang tabiat ke?" . Walau bagaimanapun, isteri kedua saya okayyyyy, saya boleh menunjukkan kasih sayang dengan dia bila bila aja.

Ulasan Datuk : Ada beberapa kemungkinan juga, yang pertama, again due to family upbringing. Mungkin di dalam keluarga isteri pertamanya tidak dipraktikkan kaedah peluk/cium nih, dan punca yang lainnya...dah lupa la pulak, ha ha. Tapi Datuk did highlighted that it may due to the fact that wife is shy, ye la, depan anak-anak kan.

Ulasan saya : Saya rasa saya memang dilahirkan di dalam keluarga yang tidak mengamalkan peluk/cium . Tidak ada di dalam ingatan saya yang emak/ayah/kakak/abang saya yang peluk cium saya waktu saya kecil (serius). Walau bagaimanapun, sekarang ni, saya rasa emak saya macak nak peluk/cium saya, tapi saya pulak yang macam macho semacam.

Tapi emak/ayah/kakak/abang saya ada lah menunjukkan sayang dengan cara yang lain kut. Macam abang saya yang sorang ni, sebelum tidur, dia suka baring dulu dengan saya, bercerita, tapi cerita perang dan politik la pulak dengan budak 5-6 tahun. Abang saya yang lagi satu tu...haaa, dia ada buatkan pistol kayu untuk saya, yang guna peluru terung kecil warna hijau tuh (tahu tak? orang kg saya panggil buah rimbang). Kakak/kakak saya...haaa, adalah buatkan saya baju untuk anak patung kertas saya (tau tak anak patung kertas ni?)...yang macam-macam itu laaaa

Tapi hubby tetap kata saya ni waktu kecil KKS (kekurang kasih sayang - ikut Hishamuddin Rais punya term, hi hi). Tapi semua itu menjadikan saya sebagai saya sekaranglah yang Garang, Tegas sangat, Suka Marah, Kurang boleh di bawa berbincang...tapiiii, kalau la suami saya peluk saya dari belakang waktu saya masak, saya tetap suka lah..haaaaaaaaa

Monday, February 13, 2012

Just Another Manic Monday

I just wish that it is Sunday...tapi Monday memang dah nak habis punnnn

Hari ni, meeting pagi, meeting petang. Balik bilik, macam macam message dari officer yang saya terima, rasa macam ibu yang mengabaikan anak pulak saya ni, terlalu mementingkan kerja...ha ha

Hari ini juga saya telah membuat satu keputusan, tapi tak boleh mention lah di sini...malu

lagi satu, saya baru tahu jumlah yang telah digunakan sewaktu trip kami ke Singapore baru baru ni. Jumlahnya, banyakkkkkkkkk....untuk dua malam tiga hari kan...mula mula panik juga, tapi sebab hubby kata dia happy, rasa macam lega...cari balik la duit lepas ni.

Malam ni juga, kerja kerja mengecat di Baiduri diteruskan. Lepas ni, kami perlu mencari katil dan tilam pulak. Mungkin juga lain-lain benda juga...itu pun perlu duit jugak tu.

Okay lah, saya sudah mengantuk sebenarnya...goodnite!!



Sunday, February 12, 2012

W h i t n e y H o u s t o n Passed AwaY?

Maybe many of you all out there do not even know why should I care if this person passed away. The fact is, this person, was very popular during my younger days.


I am not really a fan of Whitney though, unlike Michael Jackson, ha ha ha..but many of her songs remind me of certain time/places/situations during my younger days


One very popular song sang by her was ..I am not sure of the title, but I think it is "I will always love you". I remember when I lived in BBS, there's one Chinese guy who will sing this song everyday...punya lah. And this fella loved to vibrate his voice tau, punya lah tak larat nak dengar.

Due to her popularity, she was given the lead role in the film "Bodyguard", with Kevin Costner and he was also very very popular at that time.

Hmmm, Whitney passed away at the age of 48..and the caused and location is still unknown. I am sure she will be missed her family and her fans... Well, Rest In Peace Whitney

Saturday, February 11, 2012

To Rent Out : Baiduri

Our old tenants have moved out and I just would not dare to visit the house right after they moved. Scary! In fact, hubby asked me to stay in the car instead when we went to get the keys from the tenant. He understood me too well and knew that I may not be able to handle it if I were to see the condition of the house.

Once back in the car, hubby's remark was : Teruk!! Macam bukan orang perempuan yang tinggal. Lantai penuh dakwat, sawang merata, fridge macam tak pernah basuh!

That is the challenge in renting out your house, you could not ensure that your tenants would take care of the house like you did! I remember during my days in Baiduri, it was such a nice house. Although it was rather small, it was very comfortable. I love  the small kitchen and I was really disciplined then, I made sure that the kitchen was cleaned at least once a month (thorough one, beside the usual weekly cleaning). Everything about the house was a okay except that it was slightly in a smaller size.

We left the house in a very good condition, and of course we have to rent it out even though we were very worried that our tenant may not be able to take care of the house. Actually, the only thing we ask is actually to love the house like we used too, and I am sure if you love something, you will take a good care of it.

But with this experience, we just have to have some rule which our tenant will just have to follow. One of them is maybe to limit the number of people to 6-7 only.

During my bachelor days, I used to rent houses too. I used to live in 3 different houses in Sek 17 Pj, and one apartment in Bangsar. I loved all houses except the first one, yeah, we have some problems with the owner. As for the other 3, I tried my best to make sure that the houses were neat and clean. I guess it is normal right? You should love and take care of the place where you live.

In fact, when I decided to moved out from my apartment in Bangsar, the owner has pleaded me to stay, hikss, ye lah, I was a good tenant. Hmm, what you give you get back? Tapi kalau tak dapat pun, mesti lah yakin dengan kerja Allah kan.

But I pray that I would get good tenants after this. I am willing to compromise on a lot of things actually, in fact, I do think that I am obliged to help these kids to have a good place to stay, like how I want others to treat my nieces/nephews accordingly when they rent houses. This is a challenge, insya allah, everything will be better after this, aamiinn.

Nak Tulis Apa?

Saya ada sepuluh minit sebelum hubby balik rumah dan ambil saya untuk dihantar ke Kompleks PKNS, nak potong rambut...dah lama nak buat sebenarnya, tapi kalau tak de pushing factor, selalu tangguh tangguh...so, hari ni, hubby sudah paksa..

Oh ye, it's Saturday today, and I did not tell how my Friday was. It was okay though, yeah, I started off early, fortunately it was not a problem because I was woke up by a bad dream, ha ha, with Dato' A in it. I told hubby about the dream and he had a good laugh.

My morning was gone with two meetings back to back and in the afternoon, there's a short discussion with this company and the rest was spent doing many things that I could not recall, and everything ended at 6.30..kena la balik, hubby tak kerja kan.

Sampai rumah, hubby looked better though. Lepas tu, mandi and solat Maghrib. I found out that hubby has cleaned the bathroom, alhamdulillah, that is an indication that he is feeling much better. After that I went to Qaseh for dinner.

I skipped lunch today..tapi macam tak perasan. Only after I came back for dinner that I realised I was feeling damn tired, could not open my eyes...tidur depan tv sampai pukul 12, lepas tu bangun solat and hit the bed..

Today, cuti...bestnya. Tak bawa files balik pun sebab was abled to clear everything before I went back. Seronok...Hubby is back...gotta stop..bubai.

Thursday, February 9, 2012

Esok Jumaat

Hubby is still not fully recovered. Migraine! Baru lah saya tahu bagaimana keadaannya bila migraine menyerang. But he is recovering, just need more rest at home.

Hubby sakit kepala and tidak boleh makan, makan aja, muntah, makan aja, muntah...hmmm, sian dia..tak pe, insya allah esok sihat lah kan...

How's my day? Okayyyy...hi hi. Meeting started at 8.30 and there's breakfast served, seronok! There were two meetings back to back, and ended at 12.00 pm. Tak larat dah nak kerja, so I chatted with my officers till 12.30, and break for lunch.

Since I have had bihun for breakfast plus some kueh, I decided to skip lunch and try to do some work, visited some blogs and took a short nap. In the afternoon, I tried to clear my table, managed to clear some files but I had to go back early, ye la, hubby tak sihat kan, so, there's still many files waiting for me on my tables.

Waktu nak balik, was held back to discuss on one issue, but I was already on my way home at 6.15. I promised hubby that I will cook today, masak tauchu...tahu tak? he he, since hubby asyik muntah aja, so, decided to masak yang berair macam tu aja. Saya letak banyak sikit halia, so that angin boleh keluar kan, haaaa, tu dia, siap terkent..lagi..tapi, alhamdulillah, hubby berselera sikit, siap tambah dan so far, belum muntah balik.

Esok, saya ada meeting di M... pada jam 8.30. Saya perlu berada di office before 8.00 then..masaalah tu, saya ni selalunya, sampai office dalam pukul 8.29, 8.30 macam tuh...haaaa....masak gue nak sampai office before 8.00.

Tonite, saya dah solat isyak, sudah iron baju dan baru nak tengok komputer. I have brought back some work, if I can, I would try to clear it. Anddd, esok adalah hari Jumaat, yippy!


Wednesday, February 8, 2012

Bila Pasangan Anda Tidak Sihat

Hari ini, suami saya kurang sihat, jadi mood saya pun kurang lah sikit. Hmmm, saya tulis esok aja boleh? atau kalau sempat, tengah hari eso, insya allah



Bila Hati Berbunga-Bunga

Sejak dewasa ni, hati saya memang hati batu. Semua benda memang berdasarkan rasional aja, soal hati memang kurang diberi perhatian.

Haaaa, walau bagaimanapun tadi saya menonton Vanilla Coklat, ha ha, rasanya saya sentiasa senyum ajala tengok cerita tu...he he, macam sweet and innocent kan? Cinta orang muda muda.

Waktu kita muda, hati memang senang/selalu berbunga kan? Bercinta juga lebih manis...saya pernah bercinta waktu muda, walau bagaimanapun, cinta itu tidak tercapai, maksudnya tidak berakhir dengan perkahwinan. Oleh kerana itu, saya tidak dapat bercerita tentang betapa manisnya sekiranya sekiranya cinta kesampaian dan berakhir dengan perkahwinan.

Hubby dan saya tidak bercinta sebelum kahwin. Kami kawan sikit-sikit aja, dalam 3 tahun. Tiba-tiba, agaknya bila datang serulah kut, kami decided to simply bulldozed and got married. So, hati berbunga tu, memang jarang/kurang/ilek, especially hubby ni the very straight forward kan. Kalau saya merajuk pun tak pernah pujuk, nak mengayat pun tak pernah, nak bagi bunga? Saya mintak pun dia kata dia memang tak nak bagi...bagi hadiah? never...sweet talk? tak de jugak, kalau kami nak buat pun, selalu tak jadi, selalu jadi kelakar.

hikss...tapi saya pun salah juga kut, infact, kalau anda semua menonton Vanilla Coklat tadi dan melihat macam mana Zara menyuap suaminya waktu sakit tu, hubby gelak berdekah, dia kata " just like you, cikbib".

Hmmm, saya pun sama juga, direct, tidak berapa melayan orang, dan tidak setuju dengan idea yang suami perlu dilayan bagai raja sebab saya percaya dengan kesamarataan...tapi bila jadi isteri ni, teringin pulak kalau suami boleh membungakan hati saya, tapi dah dekat 6 tahun kahwin ni, belum lagi lah sampai ke tahap itu.

But then, what you give, you get back lah kan? Agaknya saya pun kurang memberi, therefore, what right do I have to request more kan? he he...saya okay aja, tak pe lah, tengok Vanilla Coklat tu, dapat lah hati ni berbunga-bunga sikit.

Mungkin itulah yang terbaik untuk saya, kutlah kalau banyak ayat ayat cinta untuk saya, nanti saya terlebih pula hormon gembira yang menggalakkan saya makan ke, langsung menjadi semakin gemuk ke kan? haaaa, mana tahu...

Saya terima seadanyalah pasangan saya dan saya juga amat berterima kasih sebab saya tahu, pasangan saya memang menerima saya seadanya...mungkin yang terbaik untuk saya adalah hubungan yang straight forward, semuanya "matter of factly"...no flowers, no flowery words, no presents..

Okay lah, sorry sekiranya saya telah membosan kan anda...haaaaa, esok, ibadah kerja akan bermula semula, semoga semuanya akan berjalan lancar, insya allah.


Tuesday, February 7, 2012

Hari ini dan Semalam

Being not so 'rajin' person, when I cooked yesterday, I decided to cook more, so that there will be some leftover for today, haaa, tak payah la masak malam ni

Hmm, tersedap lah pulak tuh...tapi yeah, after dinner, memang ada nasi dan lauk lebih untuk hari seterusnya.

Walau bagaimanapun, pagi tadi, saya dapati jumlah nasi yang tinggal, adalah kurang, tidak seperti yang saya tinggalkan semalam.

Waktu sarapan, saya cakap la dengan hubby

saya : "saya rasa nasi semalam saya tinggalkan banyak, tapi pagi ni, saya tengok sikit pulak..."

Hubby : dengan selamba cakap "Agaknya ada orang minyak makan semalam kut, dia lapar kut"

Iya lah orang minyak, yang pasti, orang minyak tu mesti misai dia tebal!

Monday, February 6, 2012

Girls Day Out 2

Today we went to Putrajaya since my mother has personally requested to go after attending Anis's wedding last year.

We started off from Jalan Ferum at around 10.00 am. We reached Putrajaya around 40 minutes after that and the first spot was Perbendaharaan (MOF)..hiksss, nak gelak, bukan apa, ntah berapa kali saya pergi MOF, tak pernah pun tangkap gambar kan...tapi tak pe la, bukan senang nak suruh mak datang kl...
yang atas ni, di depan fountain

gambar ni ditangkap untuk capture perkataan PERBENDAHARAAN on the building's wall

one more, tengah duduk



lepas tu, kami pergi ke ...Mahkamah Kehakiman kut...cantik building ni

ini ntah idea sape ntah di, setiap orang di setiap tiang...ha ah

kembar....asyik silap panggil aja depa nih, susah nak nampak tahi lalat tu

kat tiang, rasa macam melancong ke luar negeri aja

lepas tu, kami pergi ke masjid Besi

mekyah sempat beli baju encik ghaz, mak pun beli baju kurung satu

Lepas tu, budak berdua tu mula merungut lapar, we decided to go to somewhere with air condition lah since it was very very hot...apa lagi, Alamandalah yang saya tahu, itu pun selepas berapa kali ntah pusing Putrajaya tu. Once arrived at Alamanda, we decided on the venue, hmmm, Secret Recipe once again

But we like the place very much with very few people and nice view since the restaurant is facing the garden with pool and fountain. The food selection was also perfect plus we were given 2 slices of free cake since Mekyah paid using her Credit card...suka!

Let's enjoy the photos again...

my mother trying mekyah's lamb shepherd pie


the twin enjoying the free cake

mine, fish, mediterranean style 

Imaan's, fried rice with satay

Imaan with her food

macaroni and cheese

Ainaa with her food

mom's was pasta...Thai's style..lupa la namanya, but she loved it

After lunch, we went to Carrefour to buy mom's stuff since she's going back later that afternoon. I tried to convince her to stay till Saturday, but she refused, as usual..he he...

Okay lah, itu saja, next time, kalau opah datang, kita jalan jalan lagi..