Wednesday, January 25, 2012

Mode : Macam Nak Demam

Haaaaa....insya allah esok saya akan sihat..he he

Hari ni, kepala rasa berat, hidung berair, badan sedikit panas...mood kerja pun kurang...so, not so productive today..

tapi, sempat juga pergi browse tempat bercuti...haaaa...sakan...cari kut ada apartment di Teluk Batik ke, Pulau Kapas ke...kut boleh bawa emak berjalan...

saya gelap sikit sekarang sebab baru ni pergi Singapore berpanas di USS, lepas tu, pergi PD pulak...lagi lah panas...kena cari fair and lovely lah, macam cerita Sivaji the Boss.

Sepatutnya saya masukkan cerita fasal family day belah hubby yang telah diadakan di The Regency PD. Tapi rasa tak larat pulak, so, lain kali lah ye.

Tapi semalam saya masak..he he, bukan senang saya nak masak kan, so, tersnaplah gambar...

yang ni, sambal belacan dengan ikan bilis...Shuk bagi bagi markah penuh 4, ha ha ha, selalu dia bagi sikit aja, kadang kadang 2 aja, dia asyik puji sambal ikan bilis yang Abang Hab saya buat, walhal abang saya tu sebenarnya, tolong tumbuk aja, ramuannya isteri dia kak ina yang buat. Oh ye, ulamnya, timun dengan tomato

yang ni, orang Perak panggil gulai lemak, ada letak ikan kerisi. Saya baru tahu yang nama ikan tu kerisi, waktu kecik, saya ingat, nama ikan tu, ikan merah...tapi warna dia merah juga. Suami saya suka makan gulai kari, tapi kari yang saya masak, tidak memenuhi citarasa dia, so, saya sudah pencen masak kari, merajuk. Tapi, kalau masak gulai lemak kuning macam di atas, suami saya kata, boleh la, sedap gak, especially kalau ada ketam

gambar di atas, gambar hidangan complete...haaa, ada ikan goreng kerisi juga...hmmmm...seronok juga makan semalam. 

Hari ni, hubby tanya juga, "Cikbib tak nak masak ke malam ni"...sebenarnya saya tak larat, tapi saya bagi alasan "Ikan tu keras, sebab tak keluarkanm dari fridge, so, tak leh masak"...ha ha

Malam ni, saya makan tosai dengan air barli. Hubby pulak, makan roti bawang dengan teh tarik. Saya mahu mandi lepas ni, and tidur...insya allah, esok saya akan sihat, saya hanya perlu berehat..good nite guys.



No comments:

Post a Comment