Thursday, January 26, 2012

Mode : Bertahan

Bangun pagi, saya rasa saya demam lagi. Baru ni, waktu berfamily day dengan keluarga hubby, ada dua orang misi (nurse, ha ha). Depa kata, kalu demam kalu, and pergi jumpa doktor, doktor mesti suruh mandi banyak-banyak...haaa, kerana ingat akan kata kata itu, saya pun bangun dan mandi basah rambut, saya juga cuba memujuk diri untuk kuat, kerana hari ini ada dua meeting panjang yang back to back...so, stay strong ye cikbib.

Sampai di ofis, telefon berbunyi, encik A telefon ajak breakfast sama dengan cik M...terus setuju, walaupun banyak kerja dan meeting will start at 9.oo. Bila pergi, baru perasan, sepanjang saya di KL Sentral, itulah kali pertama saya breakfast di Sooka Sentral tuh...punya lah bagus...tapi rasa best. Bukan apa, saya ni, sampai ofis, kalau before 8.30 atau 8.30 sharp tu dah cukup baik, soooo, mana sempat nak pergi breakfast di luar. Hari ini, sebab jalan clear sikit, maka sempatlah saya breakfast di luar.

Meeting mula...alhamdulillah, kira okay lah juga...ada satu aja yang KIV

break for lunch? haaaa, tak sempat, buat itu, buat ini, buat itu, buat ini...tiba tiba dah pukul satu...I better take a nap...takut lagi tak larat...lena la lima minit kut, lepas tu solat, lepas tu pergi meeting balik...

Seperti biasa, meeting JPC2 ni menakutkan sikit...tapi, okaylah juga.

Habis meeting dalam pukul 5.30, solat, tengok fail bertimbun atas meja. Rasa macam nak cuti esok sebab tak larat, tapi tengok fail bertimbun, rasa macam kena kerja juga...

Sampai rumah, solat maghrib, lepas tu tu pergi dinner...saya makan cantonese mee, hubby ordered sandwich...

Sekarang ni di rumah, tengok facebook sat, tengok blog sat, update blog sendiri sat, lepas ni, saya mandi and will go straight to bed...saya nak berehat, and insya allah, esok saya akan lebih sihat untuk menjalankan tanggungjawab saya mencari rezeki...if not, maybe I have to take leave...kena rehat...bubaiiiii

No comments:

Post a Comment