Esok adalah hari pertama bekerja dalam tahun 2012. Adakah saya rasa teruja? Tak tahu nak cakap la, tapi saya berdoa semoga ada perubahan yang positif di dalam kerja yang saya lakukan sekarang. Perubahan positif ini meliputi mereka yang mengetuai seluruh operasi juga metodologi di mana kerja-kerja dilakukan. Sesuatu perlu di lakukan untuk memudahkan semua urusan demi kebaikan industri, para pelanggan serta pegawai-pegawai yang menjalankan kerja, tu dia, saya serius betul di atas nih...ha ha ha.
Hmmm, esok kerja balik selepas tiga hari bercuti. Hmmm, saya ada bawak fail balik, ada sepuluh fail kut, tapi memang tak sentuh langsung...esok, perlulah saya bekerja dengan kuat.
What are the things that I look forward to :
1) Pergi Singapore...yay....doakan semuanya berjalan seperti yang dirancang, insya allah
2) Cuti raya China...yay...family hubby akan datang, and we will spend one night at the Regency PD.
Yang dua tu aja dulu. Kami ada juga plan untuk ke Terengganu dalam bulan March. Kena pergi juga kut sebab emak sudah asyik tanya.
Hmm, perkara-perkara yang menggembirakan ini memang sangat perlu untuk mengurangkan stress. Saya suka bercuti/berjalan sedangkan sang hubby suka berlenggeng di rumah. He he, okaylah tu kan, complement each other.
New Year Resolution?...hmmm...nak kurus? menambahkan ibadat? nak sihat? nak happy? kurang stress? nak kaya?....huh...belum sempat fikir lagi, saya akan fikir dan luah kan di sini nanti? ha ha ha, mungkin...
Apa-apa pun, life goes on, buat masa ni saya akan maintain momentum yang ada. Wishing everyone a happy new year!
No comments:
Post a Comment