Wednesday, April 1, 2015

To KK

Semalam adalah hari-hari akhir di HQ yang sibuk buat saya. 

Saya perlu menghadiri satu "brief" pada paginya. Selepas itu, saya sibuk membuat backup untuk fail-fail di dalam laptop saya. Saya juga perlu menyempurnakan kerja-kerja mengemas bilik dan menyediakan nota serah tugas saya....

Saya juga tetap mengambil masa untuk berjumpa Min dan Atim, kawan lama saya. Sian Min, dia nak belanja saya makan, tapi tak sempat. Tak pe Min, nanti aku belanja hang kat KK. Tapi ekau kenalah doa kan aku selamat kat sini...doakan aku cepat dapat rumah yang baik. Aaamiin.


Gambar saya, Min dan Atim...dulu kami gang sangat-sangat, sekarang ni masing-masing sibuk, sampai tak sempat nak bergang.

Hmmm...sebab banyak sangat benda yang nak dibuat, saya hanya berjaya balik pada jam 4.45 petang. Sedih saya waktu nak mengucapkan selamat tinggal, tapi saya berjaya menahan air mata dari mengalir, heeee, alhamdulillah. Selamat tinggal DI, panjang umur, kita jumpa lagi di lain masa.

Sewaktu dalam perjalanan balik pulak, hujan turun dengan sangat lebat....

Bila sampai di rumah, ada banyakkk benda kena buat. Kena pack barang dan kemas rumah. Saya pack dan kemas dalam 80% dan tinggalkan dulu sebab saya memang sudah tidak larat...rasa macam nak pengsan aja. Saya terus tidur.

Tapi, pagi tadi, saya telah bangun awal, menghabiskan packing dan kemas rumah. Alhamdulillah, dalam jam 7.45 pagi, semuanya selesai dan saya sudah boleh mandi dan kami pergi breakfast. Tau tak kami pergi breakfast kat mana?....Haaa, kami sanggup ke DEMC semata-mata kerana hendak breakfast di Teh Tarik Place....tempat favourite kita orang sekarang ni.

Lepas tu kami balik, sempurnakan apa yang tidak sempurna dan menunggu Malena datang untuk hantar kita orang ke airport.

Kita orang ada ambil gambar di airport...nak letak lah...


Selepas checked in, kami sempat minum relax dan pekena teh tarik dulu


Sempat snap satu gambar sebelum boarding. Nampak lemah aja kan saya? he he he

Lepas tu kami pun meneruskan perjalanan dan sampai di KK dalam jam 3.15 petang. Kami terus ke hotel sebab pada jam 6.00 petang, kami ada dinner.


Saya ambil gambar di atas dari tempat duduk saya sewaktu dinner.

Dan sekarang, kami berada di bilik hotel semula. Saya rasa macam tidak percaya yang saya dan Tokbomo sudah berada di KK. Rasa macam dalam mimpi. Saya rasa macam saya masih di Jalan Ferum, kepoh kepoh nak pack barang...ait, baru lah rasa sedih sikit ni......rindu kat rumah sendiri.

Anyway, kehidupan perlu di teruskan. Permudahkanlah urusan kami mencari rumah Ya Allah. Semoga kami akan mendapat rumah yang sesuai untuk kami, insyaa allah. Aamiin.


No comments:

Post a Comment