Assalamualaikum.
Hari ni Sabah cuti la pulak. Susah sikit saya nak mencari rumah sebab agent semua tidak angkat calls...sooo...saya hanya boleh duduk tengok internet and can't help feeling stress. Cuaca di luar juga adalah sangat panas and I was informed that it hasn't been raining for quite sometimes here.
Sepatutnya saya boleh tidur dan berehat sebab sudah dekat seminggu hidup macam huru-hara sikit kan, tapi masalahnya, saya tidak boleh tidur...tak macam waktu kita muda-muda dulu, letak aje kepala, lelap.
Anyway, hari ini saya nak bercerita mengenai majlis akad nikah yang kami hadiri pada 27 Mac baru-baru ni
Pada hari Jumaat, 27 hb Mac tu, kami telah bertolak ke masjid di mana upacara akad nikah di adakan selepas Maghrib. Akad nikah hanya di adakan selepas solat Isyak...sooo...kami pun duduk menunggu lah sekejap.
Jom tengok gambar lah ye
Dari jauh, saya snap gambar bakal pengantin, mesti hati dia masa ni tengah dup dap, dup dap suspens
Dari jauh juga saya ambil gambar ni...tak abis-abis tengok wassup dia ni...
Lepas tu, saya bagi camera dekat Tokbomo, sebab dia lebih senang bergerak
Heee...dia tangkap gambar saya pulak lepas tu
Haaa...para penyokong pengantin lelaki sedang bersedia untuk ke medan perang
Yesss....upacara akad nikah di jalankan oleh bapa pengantin perempuan sendiri
Pengantin perempuan bersama emaknya...
Lepas akad, seperti biasa lah, makan...dan malangnya tak de gambar yang sesuai nak diletakkan di sini...hiks.
Lepas tu kami balik sebab esoknya ada kenduri di Putrajaya pulak...bersambung
No comments:
Post a Comment