Thursday, April 30, 2015

Hari ke 30 di KK

Assalamualaikum.

Sekarang ni, jam 7.10 malam, 30 April 2015. Hari Khamis, hari ke 30 kami di KK. 

Esok, cuti hari buruh. Kami berdua sudah solat Maghrib, sudah dinner dan sekarang ni tengah menonton tv, walaupun mulut ni pok pek pok pek menyampah tengok cerita "Hati Seorang Wanita". Awat lelaki tu asyik merajuk aja kerjanya, macam dia pulak pompuan. Haih...awat semua watak adalah lemah? Kurang rasional dan terlampau mengikut emosi? Haihhh lagi sekali. Bosann, tapi tengok jugak...ekekkekek

Dan nak tahu tak menu kami malam ni? It's sardine again...haihhhh. Adalah tambah telur dadar. Kami memang macam tu, walaupun lauk hanya semata, seleranya macam makan lauk kenduri...he he he. Rezeki masing-masing kan. Ada seorang kawan tu, dia cerita macam mana dia tidak suka tengok meja kosong dan hanya ada satu lauk di atas meja, makanya, dia akan masak beberapa jenis lauk lah. Tapiii, bila dah letih masak, dia tak larat pulak nak makan...haihhh lagi sekali. Tapi, sebab asyik tak larat makan, kawan saya tu badannya adalah sangat slim...sooo unlike saya....ekekekeek

Hmmm...sempena hari ke 30 ni, saya sangat banyak guna perkataan haih dan ekekekek....pardon me ye readers...ada masalah hormone tak stabil kut.

"kat tv sekarang sedang menyiarkan azan solat Maghrib untuk you all di Semenanjung"

Banyak post saya bulan ni kan? Lebih daripada 15 posts rasanya. Semoga saya terus rajin update selepas hari ke 30 ini berlalu.

Dannn, selepas ini saya sudah tidak kira hari dah kut. I could consider kehidupan sudah stabil dan saya kena lebih serius dengan kerja. Semoga saya berjaya, insyaa allah.

Okay guys...gotta go...have a nice long weekend....








Wednesday, April 29, 2015

Hari ke 29

Saya tengah tengok Kilauan Emas dan tiba-tiba Ameng Spring ada pulak...alamakkk....saya kan suka dengan dia tuh...semoga dipermudahkan semua urusan Ameng dan keluarganya. Semoga dia akan menjadi insan yang lebih baik selepas segala yang berlaku ke atas dirinya.

Ok, enough fasal Ameng, mari cerita fasal hari ke 29 kami di KK.

Buat pengetahuan semua, sewaktu pindah ke Sabah, Kami ingatkan baju kami tidak berapa banyak dan kami boleh main sangkut aja di penyangkut yang kami beli. Walau bagaimanapun, kami dapati it just doesn't work. Keadaan menjadi kelam kabut dan kami menghadapi kesukaran untuk mencari benda-benda yang hilang dan satu-satunya solusi adalah : beli lemari.

So, semalam, kami telah pergi ke 3 buah kedai dan akhirnya mengambil keputusan untuk membeli satu lemari yang bewarna putih ni. Lemari itu sudah pun sampai di rumah, tapi kami masih belum sempat mengemas lagi...so, rumah masih in a mess.

Selain daripada lemari, kami juga beli meja untuk komputer/printer/unifi punye gadgets beserta kerusi. Tempat ni kira macam office Tokbomo la. Kami rasa macam perlu juga ada meja ni sebab saya sudah stress sebab setiap kali saya nak hidang makanan, saya terpaksa clearkan meja makan yang penuh dengan laptop la, segala surat la, itu la, ini la.

Well, kami ingin menjadikan tempat ini sebagai "home" untuk 3 tahun kan, I guess it is only right for us to buy all these things.

Dann, dua tiga hari ini, saya sentiasa ada aktiviti malam sebab ada tetamu daripada KL.

Hari ini juga, saya goreng soft shell crab. Hmmmm....macam mana nak masak benda ni sebenarnya ye? Nanti saya kena buat research lah.

Dann...kami tengah fikir tentang aktiviti semaca cuti panjang weekend ni...semoga ada benda yang boleh di buat.

okeh...jumpa lagi di lain siaran

Tuesday, April 28, 2015

Assalamulaikum!

Hari ke 28 kami di KK. 

Saya sangat terpanggil untuk menulis blog ini kerana, baru-baru ni ada kawan yang cakap macam ni dengan saya "Bie, sekarang ni aku hari-hari baca blog hang"...heeee...jadi, bagi mengelakkan kawan-kawan setia saya ini daripada kaciwa sebab bila buka aja blog ini tak de post baru, saya kena cuba update selalu blog.

Haaa....untuk pengetahuan juga, "Bie" tu adalah nama istimewa saya yang hanya ada beberapa orang tertentu sahaja kat dunia ini yang menggunakannya. 

Sebenarnya, pada hari Khamis minggu lepas, saya ada sedikit kerja di HQ, KL, so, we went back  (Tokbomo ikut lah kan) to Semenanjung. Bila balik tu, saya tak tidur kat hotel lah, tapi tidur di rumah kami aja di Shah Alam.

Kami naik Air Asia aja dari KK. Dan, kali ini kami memang tempah nasi lemak Pak Nasser..Hikss. Hubby siap order dessert lagi, caramel dengan kitkat. Lepas tu, order teh tarik pulak. Pandai sungguh menikmati hidup Tokbomo ni.

Dann...di sebelah kami ada seorang lelaki yang tidur di sepanjang perjalanan. Dia juga ada satu bau yang saya tidak berapa faham dan buat bunyi-bunyi pelik....hmmm. 

Sampai di KL, hari dah malam dan bila sampai di Shah Alam, cuaca nya basah sebab baru habis hujan dan angin kuat kut sebab banyak pokok tumbang.

Masuk rumah, mandi, kibas-kibas katil dan terus tidur sebab esoknya kena bangun awal dan pergi office di KL. 

The next day, hubby hantar pergi office dan alhamdulillah, kami sempat breakfast di Teh Tarik Place. And you know what, harga untuk set roti canai dan nasi lemak yang kami selalu beli itu sudah naik, sudah jadi RM10.00. Maklumlah, ada GST kan. Lain kali, kalu tak nak bayar GST kalu, sila makan lobster ye.

Lepas tu, sempat pergi DI sekejap, lepas tu buat kije dan lunch, pergi dengan kawan-kawan lama saya di IT. Hmmm...puas hati saya sebab sebelum pergi KK dulu, memang tak sempat nak keluar makan dengan depa-depa ni. Tapi tu lah, rupanya Allah ada perancangan yang lebih baik buat saya...alhamdulillah.

Hari itu juga, untuk memudahkan hubby, saya balik naik train aja. Dan bila sampai di rumah, bermulalah sessi membersih rumah.

Sewaktu kami meninggalkan rumah pada 1 April yang lepas, kami tidak berapa sempat untuk kemas rumah betul-betul. Sooo...kali ini kami cuba lah improve sikit, walaupun tidak lah sempurna sangat jugak sebab banyak benda lain yang nak dibuat termasuk penyakit M.

Saya sempat mop sikit rumah, cari kain dan cover tilam/meja/tv/sofa/lampu dll. Tapi, meja cermin kami, masih berselerak...hikssss....but on the overall, I would say that we have done 90% of the job.

Kami juga mengambil peluang untuk pergi makan di luar. Jumaat, malam Sabtu tu, sebab kami nak pergi beli barang di Giant Plaza Massalam, dan oleh kerana itu, kami pergi makan di Pelita aja. Shuk order maggi goreng dan saya order mihun goreng....

On the second day, kami breakfast di Teh Tarik Place DEMC lagi sekali...hiks....

Petangnya, we had high tea at Khadijah's Kitchen (Kadhijah Ibrahim's Restaurant yang baru di buka di Plaza Massalam). Saya makan laksa Penang dan Shuk order cucur udang. Kami punye rating : kami mungkin akan datang lagi....kira boleh laaaaa.

Malamnya pulak, kakak saya datang dari Putrajaya dan kami pergi makan di Syed Seksyen 4. Saya makan tosei dan sate.

Hmmmm...esoknya, kita orang pergi pasar sebab mencari benda-benda yang tiada di KK seperti belacan dan kuah kacang/pecal segera tu. Kami breakfast di Cili Merah.

Selepas itu, saya pergi visit Mekyah....

Dan, dalam jam 2.00 petang, teksi datang untuk menghantar kami ke airport. Sesuatu yang kelakar telah berlaku di mana drebar teksi tu, telah bermanis mulut dan menjemput kami makan kuih karipap yang dia baru beli. Yang kami pulak, sebab lapar pada waktu tu, telah menerima jemputan tu dan selamba makan karipap tu sorang seketul...haish...ada keeee. 

Tapi, sewaktu bayar harga tambang, saya suruh Tokbomo bayar lebih, kena bayar harga kuih karipap tu...he he he he he he.

Lepas tu, kami pun buat bag drop, dan sempat makan pastry dan minum air di the Loaf, KLIA 2. Kemudiannya kami pun masuk lah ke boarding area.

Sewaktu di boarding area, saya telah mencari majalah di salah satu kedai ni. Maklumlah, Air Asia kan, mana ada tv, oleh itu, kenalah mencari aktiviti yang boleh membantu kita untuk menghilangkan keboringan sewaktu di dalam penerbangan.

Dan, sewaktu saya membayar harga majalah tu, saya dapati, sangat ramai yang membeli pelbagai jenis roti gardenia dll, untuk di bawa balik ke Sabah. Depa beli satu plastik besar tu. Dannn, sesungguhnya saya rasa saya faham kenapa sebab roti di Semenanjung memang rasanya lain. Rasanya lebih sedap.

Bila naik flight, kami telah pre-order nasi lemak pak nasser again...and we ate happily because we were hungry. And again, tokbomoh ordered kit kan and salty caramel tu and teh tarik. Kalau orang tak tahu, mesti orang ingat Tokbomo tu orang paling kaya dalam flight...makan tanpa menengok harga, ekekekekek.

Dannn, we were seated next to this gentleman who slept 60% of the time...

Sampai di rumah, saya terus mandi dan ready to retire. Tapi Tokbomo terus lena aja tanpa mandi pun. Kat Sabah ni, kami memang mengantuk cepat.

Okkk...itu aja dulu....bubaiiii






Thursday, April 23, 2015

Ada Orang Jeles Dengan Saya

Hari Khamis, hari ke 23 kami di KK.


Haaa, saya pilih tajuk tu, sebab saya tak tahu nak tulis apa waktu ni. Saya rasa perut tak berapa sedap, dan tekak macam mual, macam nak muntah. 

Ada orang yang jeles dengan saya sebab saya tak sihat? Haaaa....sila kan lah.

Ada banyak benda yang saya nak buat sebenarnya, tapi rasa macam tak larat dah. Nak break sat...nak tidur jugak sat...

Ooo, ada yang tanya kat saya, semalam masak apa. Untuk pengetahuan anda semua, atas sebab tahap kerajinan saya yang minima ini, saya amalkan masak satu lauk tu yang boleh makan 2-3 hari. Kalau perlu, bahagikan makanan tu kepada 2-3 bekas, supaya, setiap kali makan, kita panaskan satu bekas aja. Dengan cara itu, hidup lebih senang, jimat gas, dapor pun lebih bersih, dan kita ada lebih masa untuk bersama dengan keluarga. Boleh lah tambah lauk/sayur kalau perlu seperti potong timun, goreng telur dadar atau goreng keropok, goreng udang ke...apa yang adalah.

Tapi, ini bergantung juga dengan orang yang memakannya. Buat hubby dan saya, kami okay aja bila makan lauk yang sama, infact, berselera aja pun. Setengah orang tu, kena tukar-tukar lauk kan, sooo, sila pilih, nak hidup senang dan perut kenyang, ataupun hidup susah sikit aja pun, tapi perut kenyang jugak...hi hi hi....

Dann...saya nak bagi tahu, ikan di Sabah ini adalah sangat murah dan fresh. Baru ni, hubby telah terbeli sampai 2 kilo ikan temenung sebab murah...dalam RM7 ringgit aja sekilo. Ikan tenggiri tu, dia beli dalam 4 ketul besar tu, RM15 ringgit aja. Kami kan 2 orang aja di rumah, dia beli 2 kilo sekali ikan tu kenapa kan?...hiks...punye la excited beli ikan, sampai lupa dunia.

Di sini juga, sayur-sayur nya adalah fresh, infact, sedikit terlebih fresh juga...he he he he...Macam ni, hubby ada beli timun kan, dan timunnya adalah besarrrr...nak simpan dalam tupperware biasa tu, tidak boleh sebab tupperware itu tidak cukup besar. Buah tomato pun besar-besar juga...he he he.

Tapi hubby kata, dia sudah sangat-sangat ok bila dapat makan di rumah. Sangat-sangat happy. Saya pun setuju juga dengan hubby, rasa bahagia aja bila makan di rumah, walaupun makan simple. Walaupun makan ikan sardin dengan telur dadar...hmmm...teringat pulak masak sardin pedas-pedas dengan cabai burung, letak lebih sikit asam jawa..meletops.

Ait, ini adalah satu lagi contoh manusia yang terlampau cintakan makanan, langsung jadi segar sikit...ekekeke..larat pulak saya menulis...ok lah...saya nak rest...bubaii




Tuesday, April 21, 2015

Hari ke 21

Assalamualaikum.

Hari ke 21 hampir berakhir. Kehidupan semakin stabil, insyaa allah.


Pastinya ada la juga cabaran di sana sini sikit-sikit. Ada cabaran yang boleh diatasi, tetapi ada juga yang tidak tahu cara bagaimana cabaran itu boleh di atasi 

Sebagai contoh, di KK ni, sangat ramai orang yang menjaga anjing. Anjing yang tidak bertuan juga adalah banyak...sooo....ada masalah di situ yang saya tidak tahu macam mana mahu mengatasinya.

Kucing is another problem. Kucing tu bukanlah problem, tapi bila mereka melepas di laman saya setiap pagi, itu adalah masalah. In fact, saya akan ke office bersama memori bau yang kekal lama sehingga di ofis pun seakan-akan ada masaalah yang sama di ofis. Teruk betul saya ni.

Dan di ofis pulak, PC saya tu kadang-kadang memang menguji kesabaran. Semalam, saya nak forward email, punye lah dunding dunding lama sungguh....haihh, make my blood go upstairs betullah.

And just to let you guys know, di Sabah ni, orang mula kerja lebih awal dan akan balik on the dot, i.e. at 5.00 o'clock. Orang terpaksa balik awal sebab jam 5.00 petang itu sebenarnya sudah hampir jam 6.30 petang. 

Dan hari ini, saya memang bercita-cita nak masak kari ikan tenggiri sehingga siap berdoa selepas solat Asar. Saya doa "Ya Allah, semoga dapat lah aku masak kari yang sedap hari ini"...hikss.

Tapi, bila Tokbomo sampai, dan saya ajak dia pergi kedai untuk beli rempah campur tu, dia tak nak pulak. Dia cakap "Cikbib masak tumih aja lah, sedap apa"

Nampak beno yang dia tak suka kari masakan saya kan? Haih....sedih saya. 

Ok lah...di sini dulu...jumpa lagi di lain kali

Monday, April 20, 2015

Weekend ke 4 di KK

Asslamualaikum

Pejam celik, dah weekend ke 4 kami di KK. Kami masih belum berkesempatan ke mana-mana sebab ada aja hal yang perlu kami uruskan.

Tapi, kami tetap ada aktiviti lah.

Pagi Sabtu dan Ahad, kami ke satu taman ni...cannot recall the name of the Taman though. We managed to complete our run, alhamdulillah. 


Lepas completed 5 rounds (each round is 0.7 km), we climbed up the ladder just to see what they have on top of the garden

yup, ada tugu rupanya. Tokbomo tengah buat stretching tu...untuk melonggarkan otot

Letih...maklumlah, dah 3 minggu tak exercise langsung

Lepas tu, kita orang pergi breakfast. Kami belum lagi dapat port yang sesuai untuk breakfast sekarang ni. In fact, we were so sedih because there was no roti canai served at the restaurant where we had our breakfast....

Balik rumah, kami mandi dan bersiap keluar sebab mahu mencari printer dan beberapa barang lain. Di KK ni, we were informed yang ada satu shopping centre ni yang banyak barang IT...lebih kurang macam Low Yatt la. So, kita orang pun pergi lah, beli lah printer dan tiba-tiba nampak orang makan roti canai kat ground floor building tu. Tempat tu pun nampak presentable, sooo, apa lagi...

yeow....Allah maha mengetahui. Setelah sedih waktu breakfast tadi, allah bagi juga rezeki makan roti canai waktu lunch. Sebab geram, Shuk order 3 keping sekali...and rasanya, boleh tahan

Balik ke rumah, kami solat, tidur dan bangun solat Asar pulak. Lepas tu, baru lah rasa lapo. Hmmm, saya pun masaklah

menu adalah seperti di atas

Ini adalah nasi tambah ye, setelah makan sepinggan penuh sebelum tu. Sian hubby, dia memang habis hati sungguh bila saya masak. 

ini adalah meja makan kami. Malas nak beli meja baru, kami guna meja plastik aja, tapi letak la plastik tu, bagi lawa sikit.

Lepas tu, tengok tv, dan tidur. Kat KK ni, we tend to go to sleep early, mengantuk awai

The next day, we went jogging and had breakfast outside


Balik rumah, saya telah pergi ambil buah mempelam di belakang rumah ni

amik dua biji

buat jeruk pelam....hikssss

Lepas tu, kemas rumah sikit-sikit

haaa....ini living kami. Saya bawa sofa lama saya yang warna coklat tu, bersama karpet lama yang berwarna hijau. Kusyen-kusyen besar yang di atas sofa itulah yang saya pernah ceritakan sebelum ini. Sedap peluk kusyen tu

Living from another angle. Kami tengah menunggu orang Unifi datang waktu ni

Kemas kat atas rumah juga. Gambar ini adalah gambar rumah di bahagian atas. Yang pintu biru itu adalah pintu bilik, yang pink tu, bilik air.

Bilik saya, yang sebelah bilik air tu Langsir tu, tuan rumah yang pasangkan...

my room, dari sudut lain

Bilik sebelah tu, masih berselerak. Kami kena juga beli wardrobe lepas ni

Orang Unifi tu datang dalam jam 11.00. 

Lepas depa habis, saya masak ikan masak sambal pulak.


Hmmm....menunya. Saya nak beli belacan dari Semenanjung la nanti sebab saya tak jumpa belacan Melayu kat sini. 

Lepas makan, dan solat Asar, kami pergi keluar, beli barang lagi. Lepas tu balik, makan dan tidurrrr. 

Habis lah weekend kami....bubaiiii



Sunday, April 19, 2015

Jamuan Perpisahan Dengan DI

Assalamualaikum.

Hari ini, hari Ahad, 19 April 2015, hari ke 19 kami di KK. Hari ini adalah hari yang bersejarah kerana Unifi akhirnya sudah masuk...yippie.

Tapi, sebab hari ini hari Ahad, saya nak cerita fasal jamuan perpisahan yang telah diadakan oleh DI untuk saya pada 30 Mac 2015. Jamuan sepatutnya diadakan pada 31 Mac 2015, walau bagaimanapun, sebab boss saya kena pergi ke Pulau Pinang, dia minta saya datang juga pada petang itu (saya cuti sebenarnya) dan dia belanja makan di Teh Tarik Place...tempat favourite saya tu.

Majlis di adakan selepas waktu ofis, dalam jam 6.00 petang begitu. Rezeki saya juga hari itu kerana hampir semua orang dapat hadir. Simple aja pun, kita orang makan/minum dan saya dapat hadiah. Alhamdulillah juga, tiada yang menangis.

Ada gambar, tapi gelap sikit...

Saya belum pernah cerita fasal DI kan? Kali ini saya nak ceritalah...I hope they don't mind. Ini adalah group saya bekerja. Saya sayang semua sekali.....

Yay...kami....

Tak tahu lah kenapa muka saya camtu. Oh yee...waktu ni bos tengah tanya siapa yang patut bagi hadiah tu kat saya dan saya tengah berfikir....

 
tapi akhirnya boss telah mengambil keputusan memilih MZO untuk deliver the present.

Saya suka sebenarnya jamuan perpisahan ni sebab ianya simple, di tempat kegemaran saya dan makanannya ringan....saya kan tak berapa nak makan sekarang ni. 

Tapi yang paling saya bersyukur adalah ramai yang dapat hadir, alhamdulillah. Saya tahu ada yang baca blog ini, jadi saya nak tulis juga di sini yang saya sangat berterima kasih kepada semua di DI yang telah memberikan tunjuk ajar, kerjasama serta menjadi kawan/keluarga buat saya. Pengalaman bekerja dengan anda semua akan menjadi kenangan buat saya. Sekiranya ada salah dan silap, saya mohon maaf and I look forward to work together with all of you again in future. 






Friday, April 17, 2015

Cabaran di KK

Hari ke 17 kami di sini.

Haaa...banyak benda dah settle, tapi ada juga benda yang belum settle, dan boleh bagi your blood go upstairs. Di sini lah gunanya pasangan untuk bantu menyejukkan kita, juga bagi support sikit.

Sebagai contoh...Unifi tak settle-settle. Saya suruh Tokbomo pergi TM point sorang-sorang semalam sebab bila call pun tak jalan. Hari ni pulak, Tokbomo minta saya temankan dia pergi pulak. Saya pergi lah dengan dia dan kali ini adalah sikit cahaya kelihatan di hujung jalan di mana akhirnya mereka telah memberikan kami reference code dan confirmed that they will come to do the installation on Sunday morning. At least adalah something kan sebab sebelum ni, bila call, mereka kata, tak ada reference code and they cannot check our application. Bila pergi TM point untuk minta reference code, depa kata, they will call and provide later. Tunggu punye tunggu, 7 hari pun tak de news. Hmmm...zaman sekarang, 7 hari menunggu tanpa apa-apa is a very longggg time and I was getting  really impatient.

Tapi at least dah nampak sedikit cahaya...sooo...kira okaylah tu kan. Malas nak marah dan stress, doa ajalah semoga dipermudahkan semua urusan.

Ada juga masalah-masalah lain yang kami perlu adapt pelan-pelan, tapi sementara nak adapt tu, ada lah rasa sedikit stress. Sebagai contoh, kami ni waktu di Shah Alam, selesa sangat untuk pergi ke DEMC tu kan kalau sakit ke apa, haaa, sekarang ni terpaksa lah adapt dan cari hospital baru. 

Hubby juga baru pergi ke pasar tadi dan komplen macam ni "depa ni tak tolong siang ikan lah Cikbib, kita kena siang sendiri". Hikssss....itu adalah cabaran untuk kami yang biasa beli ikan yang sudah dibersihkan isi perutnya.

Well, masalah sikit aja pun kan? Setengah orang mungkin menganggap ini bukan masalah pun...saya menganggap ini sebagai cabaran kecik. Semoga Allah permudahkan semua urusan saya, aaamiin.

Ok guys...esok Sabtu dan sebab Unifi tak masuk lagi, memang lah tiada blog update untuk esok hari ye. 

Dann, seorang kawan telah bertanya sama ada saya boleh mula sessi berkenalan dengan Sabah weekend ni. Jawapannya adalah "tak tahu lagi sebab gaji pun belum dapat kan"...he he he.

Dann, banyak juga permintaan supaya saya post gambar rumah saya di sana. I shall do that once Unifi dah masuk dan, saya juga nak bagi tahu yang rumah kami adalah sangat sederhana...humble....tapi penuh berkat dan kasih sayang....ekekekekek....itu doa tu, apa salahnya kan?

Okkk....selamat bercuti semua.




Thursday, April 16, 2015

KK : Hari ke 16

Semalam, sewaktu di dalam kereta ketika mahu pulang ke rumah, ada panggilan telefon. Rupanya, agen forwarding company di KK yang telefon, menyatakan yang mereka sedang mencari rumah saya di Kepayan. Yippieee...alhamdulillah. Sampai juga barangan kami.

Bila barang-barang kami sampai, it was like bringing our home to KK. Betul, mahu keluar air mata saya bila saya dapat peluk cushion besar yang sewaktu last minute kami minta forwarding co tu tolong masuk dalam kotak untuk di hantar bersama ke KK. Bukannya benda besar pun, cushion busuk aja pun (hikss, malu nak mengaku), tapi betul, saya rasa so at home dengan bantal-bantal besar tu.

Sebab bantal dan karpet sudah sampai, saya pun telah mengambil peluang untuk tidur di atas karpet dengan bantal-bantal besar tu setelah balik daripada makan malam. Saya terbangun jam 12.00 tengah malam, solat dan lepas tu ada masalah pulak nak tidur...dan hasilnya, kami terlambat bangun lah pulak dan jalan pulak, lebih sesak daripada biasa.

Hmmm...one down, and another one to go...yup, yang belum settle lagi adalah Unifi...semoga Unifi boleh masuk esok, insyaa allah.

Tokbomo juga sudah pulih sakit kepalanya, alhamdulillah. 

Well, itu ajalah dulu laporan untuk hari ke 16 ni...nanti saya tulis lagi....

Wednesday, April 15, 2015

Hari ke 15 : Sakit Kepala

Semalam, sewaktu sampai di rumah setelah balik dari kerja, saya dapati kipas terpasang dan lampu bilik air bawah juga tidak bertutup. Maknanya, Tokbomo lupa nak tutup kipas, juga lupa tutup lampu bilik air.

Kami terus mandi dan solat Maghrib selepas itu. Selepas solat, saya turun ke bawah semula, dan saya dengar bunyi air, maksudnya, ada paip yang tidak ditutup. Rupanya, Tokbomo lupa nak tutup air paip di sink selepas berwuduk.

Hmmm...saya pun terdetik...ok tak suami saya ni? Awat banyak sangat benda lupa nak buat? Macam stress aja. Tak happy kut tinggal KK.

Tapiiii....bila saya duduk aja nak tengok tv, Tokbomo terus hulur kepala, minta picit. Yup...kepala pening rupanya....patutla semua benda lupa.

Dannn, seperti biasa, saya akan bertindak menjadi seorang isteri yang garang lah dan investigate dengan mata bulat saya tu...."tengahari tadi Shuk makan apa?". Ekekekeekeke

Haaaa...Tokbomo ni, kalu pening kalu, atau migrain kalu, mesti dia ada skip makan punyelah. Dannn, pening kepala dia tu, kadang-kadang, bukannya habih semalam aja tau, it may last for 5 days. Dan saya ni, sebab dah cakap banyak kali sangat, saya diam aja dah sekarang ni. Dulu, saya selalu ulang "Shuk jagalah diri sendiri, orang lain tak boleh nak jaga Shuk".

Tapi, waktu saya picit kepala dia tu, dia boleh cakap macam ni pulak, "Inilah kali pertama saya sakit kepala sejak pindah KK ni, kira ok lah tu Cikbib". Macam tu pulakkkkk

Ha ha ha...agaknya sebab suami saya ni kuat dan larat untuk mengharungi sakit kepala tu, sebab tu dia memilih untuk tidak ambil lunch walaupun kereta ada untuk dia pergi beli makanan. In fact, di rumah pun ada makanan sebenarnya. For me it looks as if he chose to get headache simply by skipping meal.

Tapi kita bising pun tak guna. Picit aja kepala dia tu, sapu minyak sikit dan doa banyak-banyak semoga cepat sembuh sebab esoknya, dia kena hantar saya pergi ofis pulak...hikssss

Tapi, alhamdulillah, bangun solat subuh pagi tadi, kepala Tokbomo sudah ok. 

Dann, bagi memastikan dia tidak skip meal lagi hari ini, saya telah bekalkan dia makanan untuk di bawa balik ke rumah bersama-sama arahan yang diiringi dengan pandangan tajam daripada mata bulat saya ni "do not skip your meal again please". kih kih kih.

Kadang-kadang saya risau juga kalau hubby tidak boleh adapt tinggal di KK, especially di waktu yang agak sukar sekarang di mana barang-barang kami serta kereta masih belum sampai. 

Mungkin kami terlalu selesa/gembira sewaktu di Shah Alam, jadi, cabaran yang walaupun sedikit ini mungkin boleh menyebabkan Tokbomo kurang selesa. Saya bayangkan kalau kami ada anak, pastinya keadaan akan lebih mencabar.

Saya harap barang-barang kami akan sampai segera, dan kami dapat meneruskan hidup dengan lebih selesa, insyaa allah. 



Tuesday, April 14, 2015

Dua Minggu Di Sabah

Hari ke 14. 

Hari ini ada meeting paginya, dan akan ada courtesy visit selepas lunch. Saya telah dimaklumkan bahawa barang-barang saya (kontena) sudah sampai di Sipanggar pada hari Ahad, tetapi masih belum dapat masuk (tak tahu lah maksudnya apa, mungkin tidak dapat tempat parking di port kut) pada hari Isnin. According to them, hari ini, (Selasa), memang kapal akan masuk dan kalau sempat, mereka cuba keluarkan barang saya hari ini juga, dan hantar terus ke rumah...semoga semuanya dipermudahkan, insyaa allah.

Semalam juga, kami telah dapat port tempat makan yang lebih menarik daripada yang selalu kami pergi. Tempat makan ini terletak tidak jauh daripada rumah kami. Mungkin kerana tempat ini lebih baru, ianya adalah lebih bersih dan menarik. Semoga mereka dapat maintain lah tempat ini supaya sentiasa bersih...supaya senang sikit saya nak pergi makan/minum sekiranya perlu.

Tapiii, harga makanan tetaplah tidak murah. Semalam, kami order sup ikan, telur dadar dan nasi putih. Hmmm, harga sup ikan tu, RM10.50 tau. Tapi kuantiti memang banyak dan rasapun not bad...mungkin mereka boleh kecil kan sikit kuantiti supaya harga boleh dikurangkan.

Hmmm....itu ajalah pun. Semalam, saya tidur bermimpikan yang bantal saya dari Shah Alam sudah sampai. Mesti mental saya sebenarnya dah tak larat dengan bantal yang kami dapat free daripada kedai perabut tu, tersangatlah keras...rasa macam tidur atas buku...ekekekeke. Elok pun kan, kurang tidur, boleh kurus sikit. Ini....tidur asyik lenaaaa....tu yang badan tak turun turun tuh.

Ok guys...jumpa lagi di lain masa...




Monday, April 13, 2015

Hari Isnin ke 2 saya di Sabah.

Semalam dan lusa adalah hari cuti dan ianya penuh dengan aktiviti berfaedah, he he he. Hari Sabtu, ada kawan datang tolong potongkan rumput/lalang yang panjang di kawasan rumah kami. Lepas itu, kami ke 1 Borneo, antara shopping centre yang up di KK ni. Kami pergi mencari plastik lapik meja makan, dan barang-barang keperluan lain. Lepas tu kami pergi makan di Secret Recipe dan kemudiannya balik.

Sewaktu balik, hubby kononnya nak adventurous dan menggunakan jalan yang berlainan. Memang lah boleh menggunakan alternative road tu, tapi punye lah jauh. Sampai aja rumah, kami terus berkejar solat zohor sebab waktu macam sudah mahu habis.

Semalam pulak, pagi-pagi lagi kami keluar cari breakfast. Kononnya, waktu tersesat pada hari Sabtu tu, kami ada nampak kedai di kawasan Hospital yang kelihatannya lebih presentable. Jumpalah satu kedai tu yang memang lebih presentable lah. Kami juga jumpa kawasan hutan simpan yang boleh dijadikan tempat kami jogging nanti, insyaa allah.

Tengaharinya pula, kami telah menerima jemputan makan daripada kawan sekolah Tokbomo. Kawan sekolah Tokbomo tu baru aja datang KK ni dalam 5-6 tahun tetapi dia ni memang hebat kut, sebab dia ada forwarding company sendiri. Dann, seronoknya kita orang bila dapat rasa home food. Masakan orang Parit Buntar pulak tu. In fact, bila kami berada di rumah kawan Tokbomo tu, depa semua pakat-pakat cakap utara belaka...hmmm...seronok.

Dan hari ini, saya mula kerja seperti biasa. Dan seperti biasa, semoga semua urusan kita, di dunia dan di akhirat dipermudahkan. Aamiin.

Friday, April 10, 2015

Hari ke 10 di KK

Saya baru saja mendapat berita yang seorang cikgu Bahasa Inggeris di sekolah saya di Balik Pulau telah meninggal dunia kerana cancer (her name is Ms Loh, she's a Chinese).

The funny thing is that, this teacher never taught my class and yet, all of us remember her, but forget who actually was our English teacher. Begitu lah bezanya antara orang biasa-biasa dengan orang yang memberi impak yang lebih hebat kepada orang di sekeliling sehingga di ingat sampai bila-bila.

Kita pulak macam mana agaknya kan? Ada impak tak kita ni kat hati orang-orang sekeliling. Ada impak tu satu, nak tahu juga, kita ni bagi impak positif ke negatif? haaaa...mana lebih bagus, tak de impak langsung, atau bagi impak negatif? haaa...pilih-pilih.

Anyway, hari ini adalah hari ke 10 kami di Sabah. Hari Jumaat ke 2 kami di Sabah.

Semalam, astro sudah datang jadi sekarang ini kami sudah ber tv dan ber siaran juga. (sebelum ni kami bertv sahaja, tapi no siaran ye). We were excited nak tengok tv, tapiiii, malangnye, belum sempat apa-apa, kami dah lena depan tv.....atas lantai tu....aish.

Dan, semalam juga kami telah singgah di satu restoran untuk dinner sebab kami dua-dua pun telah skip lunch. 

Kami order goreng pisang dan nasi goreng. Bagi saya, rasa makananya not bad juga, tapi harga memang mahal sikit.

Tapi, secara keseluruhannya, restoran-restoran kat KK ni kena improve kebersihan sikit kut. Kadang-kadang, restoran tu, ok juga, tak lah kotor, tapi surrounding tu kurang menariklah. Kadang-kadang, kedai-kedai sebelah yang kurang teratur, longkang tidak bermaintain...bau pun tak berapa harum. 

Kita boleh la makan, tapi mata tu jangan tengok sekeliling sangat sebab takut ternampak benda-benda yang boleh buat kita tak larat nak makan pulak kan. Dannn...kita boleh lah makan, tapi nak lepak lama-lama kat kedai makan tu, mungkin tidak. 

Langsung lah teringat nak makan tosei dari Restoran Syed kat Seksyen 4  tuu....

Faktor-faktor yang macam inilah yang membuatkan kami lebih berazam untuk masak sendiri bila barangan kami sampai nanti, insyaa allah. Mungkin kami boleh buat something to the house so that we can have our coffee/tea kat luar rumah kan untuk menggantikan aktiviti mengeteh di luar kami.

Saya juga perlu up sikit skill masak lah kut...dan hubby juga perlu belajar menerima apa yang saya masak....sebab dia memang dah tak de pilihan lain kan sebab dia kata, rasa masakan restoran mamak kat sini tidak memenuhi cita rasa dia jugak.

Kita kena positive dan belajar to adaptlah kan...in fact, saya boleh ambil kesempatan ini untuk diet sikit kut?...ekekekeek

Hmmm...di sini sajalah dulu. Lain kali, kita jumpa lagi...




Thursday, April 9, 2015

Hari ke 9 di KK

Hari ke 9 saya di Sabah.

Tetapi, saya hanya baru bekerja selama 5 hari dan hanya hari ini yang saya baru betul-betul duduk di ofis, walaupun sempat ke bank dan kedai gambar sebentar tadi kerana ada sedikit urusan.

Hmmm, sebab baru hari ni ada masa di ofis, baru hari ni lah saya sempat tengok pc lama sikit. Tengok balik email dan archive/delete mana yang perlu. 

Dan, saya baru discover yang sistem komputer saya di negeri ini adalah agak perlahan (perlahan bebeno kut). Kenapalah sistem ni slow bebeno, nak cerita sangat, saya pun bukan orang teknikal kan. Tapi yang saya tahu, bila saya nak archive file tadi, makan masa dekat 10 minit ada kut. Sempat saya baca article kat paper sampai habis...itu pun belum habis lagi archive file. 

Bila buka fail pun kena sabar sikit, dia akan dunding-dunding lama sikit baru buka. Benda macam ni bukan lah besar sangat tapi ia menyebabkan saya tak sabar menanti Unifi masuk ke rumah saya. Harapnya, Unifi di KK sama laju macam Unifi di Shah Alam, insyaa allah.

Lagi satu, I was informed yang wifi kat sini tak boleh guna, walaupun servis sudah di bayar. Saya belum guna, jadi saya tidak boleh komen lagi...nanti saya try...

Dan laptop saya ni, kejap kejap jadi kelabu, saya betul kan setting supaya terang sikit, lepas tu, kelabu balik...hari ni aja dan 5-6 kali adjust...kelabu balik...alohhh...kenapa macam ni.

Ya Allah, cepatkanlah Astro dan Unifi di pasang di rumah aku, Aaamiin. Gue bisa stress jika ini berlanjutan.

Tapi kan, dalam kita mengejar keselesaan, mencari rumah yang selesa, sistem internet yang laju, komputer yang tiada masalah...ada orang lain di luar sana yang menghadapi "MAJOR" problem in life kan? Saya baca surat khabar tadi and I am not sure how to describe my feeling.

Mula-mula baca fasal anak Azean Irdawaty yang mungkin akan kena hukuman gantung sekiranya confirmed bersalah. Apa lah perasaan anak Azean Indawaty tu kan? Macam mana juga perasaan adik-adik beliau juga bapa beliau...semoga kita semua, juga keturuna kita semua, dijauhkan daripada perkara-perkara seperti ini. Aamiin.

Lepas tu ada cerita mengenai seorang budak berumur 12 tahun ni yang terkena syndrom Edward. Syndrom ini terjadi kerana ibu bayi telah terkena radiasi semasa membuat rawatan sewaktu hamil. Sedihnya melihat penderitaan baby tu, tapi rasanya ibu baby tu mesti lebih sedih kan...cabaran daripada Allah...pasti Allah akan memberi kekuatan kepada keluarga anak ini. 

Lepas tu baca derita umat Islam di Syria...dan satu negara lagi tu..(syndrom lupa saya ni). Keadaan mereka sangat menyedihkan...tapi mesti ada sebab kenapa Allah menurunkan cabaran yang sedemikian buat mereka-mereka ni . Semoga mereka bersabar dan terus berdoa.

Hait...dah hilang arah tujuan post saya yang ini. Tapi hari ini kehidupan adalah lebih normal. Pergi ofis, buat kerja, sempat baca newspaper, tengok balik emails, etcs. Semoga keadaan akan bertambah baik, insyaa allah.







Wednesday, April 8, 2015

8 Hari di KK

Semalam saya pergi ke Labuan. 

Sekejap sangat pun pemergian saya ke sana di mana saya sampai Labuan pukul 1.00 tengahari, balik semula ke KK jam 6.15 petang. Dapatlah tengok Labuan sikit semalam sewaktu dalam perjalanan dari airport ke tempat meeting dan sewaktu balik semula ke airport lepas tu.

Sekali pandang, nampak bandar Labuan ni lebih menarik lah. Pekannya nampak lebih bersih dan teratur. Saya tengok restoran mamak pun nampak kurang kemamakannya...hiks...nampak lebih bistro lah, senang cakap.

Balik dari Labuan, saya siap solat kat airport dulu dan beli sandwich untuk dinner saya dan Tokbomo. 

Bila sampai rumah pulak, tengok-tengok tilam masih belum sampai...tidur atas tilam berplastik lah lagi kami semalam.

Tapi kami okay aja...happy aja pun, makan sandwich dan biskut jacob dengan sambal hitam Pahang yang Mekyah bekal kan...tq Mekyah. 

Lepas tu, saya mandi dan baring atas tilam yang berplastik tu untuk cuba tidur. Tapi tak boleh tidur...fikiran melayang-melayang. Waktu fikiran melayang-layang tu lah tiba-tiba saya teringat yang saya ada basuh baju yang terakhir saya pakai di Shah Alam malam tu, dan sidai di dalam bilik air. Teringat juga yang mesti baju tu dah kering kan...langsung rasa sedih...rindu kat bilik air, rindu kat rumah, rindu kat Shah Alam. Tiba-tiba sayu.

Langsung rindu masa di mana bila saya sampai kat rumah dan Tokbomo mesti ada dan lepas tu kami boleh naik kereta pergi makan tosei kat Syed (uwaaaaa....I miss my car).

Ha ha ha....sobarrrrr wahai Cikbib, minggu depan kereta sampailah...insyaa allah.

Sebenarnya saya belum lagi mengalirkan air mata untuk ke Sabah ni..hikss. Waktu orang-orang lain sedih, saya diam aja, tapi tidak menangis.

Semalam pun, saya bukan sedih sebab kena datang KK, tapi saya jadi mellow sebab teringat rumah saya dan kemanisan kehidupan di Shah Alam  (uwaaa....kemanisan hidup di Shah Alam, ekekekeke). Semoga kehidupan di KK akan menjadi semanis atau lebih manis lagi...insyaa allah

Dan hari ini, seperti biasa, saya bekerja...Tokbomo juga ada bagi tahu yang katil dan tilam kami sudah sampai (alhamdulillah).

Hokeh...jumpa lagi di lain post!



Tuesday, April 7, 2015

Quick One : Salam Dari Sabah

Assalamualaikum

Semalam, saya sibuk sikit, and due to that there was no blog update. In fact, I was so busy that I didn't have time to blog hop yesterday. But when I opened my blog this morning, the number of readers suddenly increased, doubled up from my normal number of daily readers! I know who you are guys and I would like to thank all of you for visiting this humble blog.

In fact, last year, the same scenario happened in May, right after I came back from Bali. Yup, suddenly the number of my daily visitors increased, and of course I know who came and visit at that time lah kan.

And today, I woke up at 5.30 am, had my bath and went to office at 6.45. We managed to arrive at 7.05 am, meaning that the journey took us only 20 minutes, blissful! I had breakfast with hubby and after this, I'll be going to Labuan.

And yeah, rumah sewa kita orang belum sempurna lagi.  In fact semalam, ada cerita kelakar di mana, kami telah order katil dan tilam pada hari Ahad. Malangnya, hanya tilam yang boleh di hantar ke bilik kami di tingkat atas sedangkan katilnya tidak bisa kerana tidak boleh di "dismantle" kan begitu. Katil itu datang seketul gedabak...huh.

Orang kedai perabut tu telah membawa balik katil tersebut dan tanpa Tokbomo sedari, rupa-rupanya mereka juga telah tidak membawa balik tilam yang kami sepatutnya beli bersama katil (it goes together).

Sewaktu Tokbomo ambil saya balik dari bekerja, dia sudah risau sebab kita orang kena lah tidur atas lantai aja kan sehingga dia propose kita orang sewa bilik hotel satu malam lagi. Tapi kan, bila saya naik ke bilik kita orang untuk mandi dan nampak ada tilam yang tertinggal, we were so happy...ha ha ha...gasaklah, sape suruh depa tinggalkan tilam tu kan, kami pun tidur aja atas tilam yang berplastik tu, sampai melekat-lekat badan kena plastik tu.

Later I will post more photos of the house ye, bila internet sudah di pasang. Sebab tidak ada internet line lagi di rumah, I will not be able to update this blog too often this week.  We did go to TM's office yesterday but they requested us to bring along all our Unifi Equipment from Shah Alam because if we failed to do so, we need to pay additional RM500. Mana boleh kan? Dah la kami banyak belanja untuk benda lain lagi.

So guys, sampai di sini dulu. Saya update lagi bila berkesempatan. Semoga misi saya untuk menjadi insan yang lebih baik, lebih berilmu dan lebih gembira di Sabah ini akan membuahkan hasil. Aaamiin.









Sunday, April 5, 2015

Hari ke 5 di KK

5 April 2015, hari ke 5 kami di Sabah.

Terasa begitu banyak perkara yang berlaku di bulan April 2015 ni. 

Semalam 4 April 2015, Mama Juwie meninggal dunia. Semalam juga, kemalangan helikopter yang melibatkan JJ...al-fatihah. Kebakaran di Semporna Sabah dan 2 kali berlaku. Anak PM dengan TPM kahwin dan yang paling menyebabkan keluhan di kalangan rakyat pastinya adalah GST.

Dan saya...memulakan satu fasa hidup baru saya di sini, di KK.

Semalam, kami sibuk, finalize kan perjanjian sewa rumah sewa kami. Hari ini juga, kami sibuk, pergi bersihkan rumah, dan seterusnya beli barang-barang yang basic, bagi membolehkan kami tinggal di rumah sewa kami. Hmm.

Cuaca pulak, adalah super panas. 

Hati juga panas sebab bila beli barang-barang, memang lah mahal di Sabah ni. Dengan GST lagi. Kami memang kena menukar budaya hidup kami di sini. Kami kena kurangkan makan di luar, maksudnya, kena selalu masak di rumah. Boleh aja kut, rezeki di tangan Allah.

Duit juga mengalir keluar dengan lajunya. It's only 5 April but I am already counting days...yup, bila la nak dapat gaji balik ni...he he. 

But...above all that, I do have faith that everything will be all right, insyaa allah. Do pray for me guys...