Saturday, March 2, 2013

Kakak In Da House

Hari ni cuaca sangat panas, sampai sakit kepala lah jadinya.

Hari ni juga, adalah hari terakhir saya berkursus di I D F R...somehow, ada sikit sikit rindu nak pergi ofislah.

Kursus selesai lebih awal, menyebabkan kami boleh balik by lunch hour. Ingat nak balik ofis dulu, tapi tak pe lah, kita simpan dulu kerja ofis  untuk minggu depan.

Malamnya pula, kakak and family sampai dalam pukul 10 malam...yay...

Kami minum minum dulu, sambil makan kacang sebelum retire for the day. Alhamdulillah rumah kemas dah, so, tak banyak benda yang perlu dibuat.

Saya selalu seronok bila tetamu datang...alhamdulillah. Tetamu juga adalah rezeki sebenarnya.

Dalam Islam, melayan tetamu adalah wajib. Sesiapa yang malas melayan tetamu, haaaa, silalah berubah

"Sesiapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetamu dgn memberi layanan kpd mereka.Sahabat bertanya"Apakah layanan itu wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab "Layanan istimewa sehari semalam,dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari,layanan yang diberi selepas tempoh itu dikira sedekah."

Orang sekarang, mungkin lebih suka further notice dari tetamu supaya dapat lebih bersedia. Ye lah, kita kan bekerja, jadi nak kemas rumah pun hanya seminggu sekali...atau hanya bila tetamu datang, he he he, jadinya, kalau tetamu tak datang, kita pun lepak dan malas nak kemas rumah.

Lagi satu, untuk diri saya pulak, further notice adalah penting bagi memastikan ada stok makanan/bahan mentah untuk dimasak...sebab kami tinggal dua orang kan, makan pun selalu kat luar...jadi, kalau nak kita orang masak, adalah lebih baik bagi tahu dahulu kalau nak datang, he he.

Walau bagaimanapun, sekiranya tetamu datang tanpa memberitahu dahulu, masih wajib kita layan dengan baik and there's no such thing as tidak mahu melayan atau membenarkan tetamu masuk ke rumah, unless kalau we have something to hide, he he, kut kita ada simpan pendatang asing ke, atau bila rumah kita huru hara macam kapal pecah ke....biasalah tu kan. 

Dan sekiranya itu berlaku, perlu diingatkan bahawa keadaan rumah itu akan membawa perception orang mengenai diri kit dan itu bukanlah salah tetamu itu, tapi salah diri sendiri...tapi biasalah, kita akan jadi defensive dan membuat alasan kenapa rumah kita macam tu....saya pun macam tu juga sekali, bila emak saya tegur kenapa tak lipat kain yang menimbun. Tapi saya jawab aja, waktu tu saya memang baru angkat kain dari jemuran dan right after that saya pergi ke rumah kakak saya untuk ambil emak saya dan bawa dia balik ke rumah saya pulak, oleh itu, mana sempat lah kan. Emak saya tak nampak saya punya chronology of events tu, dia nampak result aja, yup, ada kain menimbun dan saya tak lipat. Setahun lepas tu pun dia masih ingat lagi perkara ni...tapi so far saya baru kena yang itu ajalah, kira not bad lah.

Sewaktu saya di I D F R, saya telah banyak belajar teknik teknik untuk menjadi pegawai Diplomasi di luar negara. Dan sesungguh, melayan tetamu ini menjadi sangat sangat penting lebih lebih lagi dalam menjaga nama baik negara di mata dunia. Haaa, kalau apply dekat diri kita pulak, teknik diplomasi ini mungkin penting untuk menjaga nama keluarga juga agama.

Selain dari persekitaran yang baik, rumah yang kemas, susun atur barangan di atas meja yang kemas, diri kita juga perlu kemas juga kata-kata manis mesti sentiasa di mulut, termasuk senyuman. Hmmmm, begitulah pentingnya melayan tetamu dengan baik, sama ada di dalam Islam ataupun di dalam budaya agama lain.

Sebenarnya saya telah di 'expose' kan mengenai etika melayan tetamu ni sejak kecil lagi...percaya tak? hiks...

Tapi betul, ini berlaku sebab saya duduk berjiran dengan Datuk Saudara saya di kampung waktu kecik kecik. Datuk Saudara saya ni dahulu adalah Chief Clerk di Perlis dan pada zaman itu, Chief Clerk adalah jawatan yang sangat tinggi.

Isteri kepada Datuk Saudara saya ni, kalau melayan tetamu, haaa, beriya-iya...sempurna betul. Walau bagaimanapun, apabila mereka semakin tua, tenaga pun semakin kurang, makan semakin kuranglah kesempurnaan itu.

Emak saya pula suka benar nak imitate benda benda yang macam ini...he he he. Malangnya, bila nak sempurna sangat, emak saya selalu 'tense' dan lupa nak senyum...haaaa, langsung fail bahagian yang itu. 

Lagi pulak, pembantu mak saya adalah anak anak nye yang kurang rajin, lebih lebih lagi saya....lagi lah fail...ha ha ha. But believe me, I have seen lazier people in this world, betulll....semoga saya, adik beradik saya dan anak-anak sedara saya serta kita semua pembaca terlindung dari sifat malas nih...

Anak-anak sedara saya yang kurang rajin tu, saya doakan semoga dibuka kan hati mereka untuk berubah, bukan untuk cikbib yang garang ni, atau opah yang sangat berdisiplin tu, tapi untuk diri sendiri. Sayangi dan hormat diri sendiri, jangan kita membiarkan diri kita hidup dalam keadaan yang kotor dan berselerak. Badan kita, mata kita, telinga kita dan hidung kita perlukan persekitaran yang baik untuk fizikal dan mental yang sihat.

Anyway, ada banyak benda yang dalam kepala saya ni sekarang. Nak masak lah esok, mek yah pulak ajak pergi rumah dia malam nya...nanti nak tanya juga kut kakak saya nak ke mana-mana sebab sebelum ni dia ada mention nak pergi IKEA...kita tengok dulu nanti.

Untuk sementara ini, saya rasa saya nak tidur dulu...gnite everbody.



No comments:

Post a Comment