Friday, March 22, 2013

Konflik rumah tangga

Berlaku satu konflik hari ni. Konflik rumah tangga.

Jangan tanya saya apa puncanya sebab saya memang tak tahu dan sesungguhnya saya rasa saya tak mahu tahu pun.

Saya kenal yang perempuan ini. Saya juga kenal yang lelaki ini. Saya juga kenal anak-anak mereka.

Banyak yang positif dengan yang perempuan ini. Dia sangat rajin membantu di dapur. Dan rasanya dia telah mengubah sedikit cara hidup yang lelaki ini, yeah, nampak lebih berdisiplin, solat pun nampaknya tak tinggal.

Yang lelaki pulak, berbakat, bijak, tapi mungkin keluarganya dulu tidak berapa senang, jadi kurang exposure/peluang untuk dia meningkatkan diri.

Dari pandangan mata saya yang bulat ini, mereka bahagia, walaupun mungkin tidak mewah. Mereka juga pandai menyesuaikan kehidupan dengan kemampuan, cuba untuk tidak meminta dan menyusahkan orang lain...dan saya kadang-kadang, cubalah membantu. Anak-anak mereka juga cerdik.

Tetapi, saya rasa dalam 7-8 bulan ini, saya nampak ada masalah. Masalahnya adalah, yang perempuan tu jadi agakkkkk...mungkin saya boleh guna perkataan "paranoid"?

Keadaannya macam ni, dia mahu suaminya sentiasa bersama dia. Nak keluar dengan kawan minum dia tak bagi (sebenarnya yang ni saya ok aja ...he he he). Tapi bila keluarga suami datang, yang itu pun dia tak bagi suami dia sama-sama meraikan keluarga yang datang, hah, pelik tu.

Lagi satu, saya tahu yang dia juga tersangat lah berani bila keluarga suami dia ada, dan ada perkara yang dia tidak setuju/tidak suka, dia boleh marah jerit jerit lagi, depan mak dan bapa mertua...hebat dia ni, berdarah pahlawan agaknya, he he.

Yang lelaki pulak, lembut, tak pernah meninggi suara. Tapi dia bertindak juga diam-diam, yup, sekarang dia pergi juga minum dengan kawan dia, sebab dia kata dia suka (atau mungkin sebab dia tak nak nampak yang dia tunduk sangat dengan isteri kut...saya tak pasti).

Yang pasti, mesti ada punca kan? Apa puncanya? Saya pun tak tahu, kena cari punca....

Sekarang ni depa tengah kalut nak menyalahkan sape, perempuan kata camtu, lelaki kata camni, I dunno what to say.

Kesan : Yang perempuan tu "paranoid" dan yang lelaki tu jadi camtu lah....

Saya tak tahulah nak cakap macam mana tapi semoga dijauhkanlah hubby dan saya dari perlu menjalani hidup yang macam ini. Tadi, dalam kecoh-kecoh telefon sana-sini, marah sana-sini, saya terfikir yang saya tak rasa saya mampu hidup dalam keadaan semacam itu secara berpanjangan.

Tidak dapat saya bayangkan bagaimana saya, setelah stress dengan kerja, dan terpaksa balik ke rumah yang tidak harmoni. Aduhhh, betapa pentingnya keluarga yang bahagia untuk saya walaupun ahli keluarganya hanya seorang suami dan isteri tanpa anak. 

I am not judging this couple because I really am not sure of the real issue. For me, to start off, we must first define the course cause of the problem...

Saya doakan pasangan ini dapat menyelesaikan masalah mereka.

Untuk saya dan anda semua juga, sesungguhnya esok hari Jumaat, yippie!!!


2 comments:

  1. pada pendapatan kami yang sederhana ini, Insya Allah they will eventually work things out between them as long as there is no third party involved. Sekiranya ada orang ketiga, harapan agak tipis le, maklumlah ada tempat mengadu, curah perasaan and rasa serasi sangat :)

    ReplyDelete
  2. mekyah, tulisan kat atas tu adalah mengenai pasangan lain ye...yang tu, kami doakan yang terbaik juga, insya allah

    ReplyDelete