Monday, March 11, 2013

KAMI (11/3/2006 - 11/3/2013)

Hari ni, genaplah 7 tahun saya dan Shuk mengikat ikatan sebagai suami dan isteri.
 
Rasa macam masa berlalu terlalu pantas kan? Pejam celik, dah 7 tahun.
 
Banyak juga pengalaman yang kami lalui. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang pahit, ada yang manis.
 
Yang paling kami suka ingat?
Kami suka ingat tempat yang kami dah pergi...yup, to travel around the world together adalah cita-citaaaa....saya..ha ha ha...tapi saya rasa Shuk pun suka juga.
 
Harta?
....yang tu lah. Ada apartment satu, rumah atas tanah satu dan kereta. Mungkin kami akan elokkan sikit lagi rumah sekarang ni bila ada duit. Tapi kalau nak beli yang lain...rasa macam tak de la kut. Tapi saya ada juga teringin nak beli studio kecik yang ada swimming pool...heh. Tapi hubby kata, nak swim sangat, pergi aja kat pusat akuatik Shah Alam tuh.
 
Sekarang ni macam mana?
Kami okay aja. Adalah juga berkelahi sikit-sikit, merajuk sikit-sikit, tapi keaadaan sudah bertambah baik. Saya makin cool dan hubby makin pandai/dewasa...we complement each other quite well. Kami bukanlah pasangan sempurna, anak pun tak de, tapi kami cuba menyempurnakan semua anugerah yang diberi Allah. Kami juga yakin setiap makhluk ada tugasnya masing-masing dan kami yakin kami memang ada fungsi yang tersendiri di bumi Allah ini.
 
Masa depan?
Kami nak tua bersama. Saya bayangkan hidup yang lebih relax, pergi exercise pagi-pagi, lepas tu sarapan, lepas tu hadir majlis ilmu sama-sama, buat ibadah banyak-banyak sikit, terlibat dengan kerja-kerja kebajikan ke...aerobics ke (saya lah tu). Bottom line, semoga ada rezeki untuk kami menikmati hidup, boleh buat perkara yang saya tak sempat nak buat sewaktu sibuk mencari rezeki untuk hidup...semoga kami sihat Ya Allah.
 
 
Haaa...yang atas ni adalah gambar kami yang paling romantik kut, ha ha ha. Haa, ini adalah percutian pertama kami yang hanya mampu kami organize setelah hampir 2 tahun kami kahwin. Waktu baru kahwin, banyak kekangan duit tau. Tapi alhamdulillah, dapat juga kami pergi Langkawi bersama. Selepas tu, kami tidak menoleh ke belakang aja, yeee...kami macam ketagih dan asyik nak berjalan aja.

 
 
 
 
 

5 comments:

  1. happy 7th anniversary to you all berdua.. mmg cepat masa berlalu kan.. seriusly sangat suka dngan pic tu.. sweet..cuma paknjang nampak kurang macho.. kuruihhhh... semoga bahagia hingga hujung nyawa..

    ReplyDelete
  2. Happy 7th Anniversary yea Cik Bib dengan Pak cik syukri ^o^ ha'ah la, time flies too fast, Ima ingat lagi hari wedding tu, hahaha :D I wish both of you can growing old together as a happy couple:) lots of love, Ima <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Ima, Aamiin.

      Waktu cikbib kahwin, Ima kecik lagi kan? Tu la, kami pun macam terkejut sebab macam dah nak dekat 10 tahun kami kawin sebab kalau ikut rasa, macam baru aja.

      Delete
    2. yup, masa tu ima darjah 6, hihi :)

      Delete
  3. tq Ida. Gambar tu, guna auto aja, jadi, lepas set, kena lari-lari..he he...

    ReplyDelete