Semalam bday hubby yang keeee...umur saya campur 6 tahun lagi...
Semalam, sepatutnya saya update blog ni, tapi saya macam tak larat.
Tapi malamnya saya adalah belanja hubby makan. Saya tanya, nak makan kat mana? Dia kata tak tau. Tapi bila saya tanya nak makan apa? Dia kata nak makan ikan. Kami decided untuk pergi ke Viccuda Seksyen 7, order ikan siakap 3 rasa dengan nasi. Itu aja sebab kalau order benda lain, mesti tak habis.
Baliknya kami sembang-sembang sambil dengan takjubnya memikirkan betapa umur masing-masing dah bertambah, dan bolehlah di kategorikan sebagai orang yang berumur. Yang risaunya adalah, kami tak pun rasa diri kami ni tua sangat, he he, despite of the fact yang banyak petunjuk telah mula kelihatan secara fizikal.
Sewaktu saya berkursus di IDFR dahulu, saya dapati, bila memperkenalkan suami, kawan-kawan saya mesti menggunakan perkataan camni "I would like to introduce my supportive husband.."
Kalau orang lelaki pula, mereka akan gunakan ayat camni " I would like to introduce my lovely wife..."
He he, tapi saya rasa, kalau saya perlu describe suami saya, saya pun akan guna perkataan "SUPPORTIVE" tu. Suami saya sangat penting untuk saya kerana dia sentiasa "support" saya di dalam hidup. Dia adalah tempat saya mengadu, tempat saya meminta nasihat/tunjuk ajar dan saya juga sering meminta suami mendoakan kesejahteraan saya.
Hmm, walaupun tak pandai nak romantik ada banyak juga perkara yang suami saya telah lakukan yang buat saya rasa lebih tenang, walaupun tidak berbunga, he he. Sebagai contoh, sekiranya saya perlu pergi keluar negara, hubby akan solat hajat bagi mendoakan keselamatan saya.
Ehh baru ingat, suami ada juga buat suatu perkara romantik ni sekali..heeee...yup, dia telah taip balik lirik lagi Dealova kat handphone dia, dan forward kat saya...haaaa...itu kira romantik lah kan?...heeeee...(Risau dah ni sebab selalunya kalau nak feel aja sikit, terus lepas ni berkelahi macam nak rak..sooo, better stop)
Tapi semalam, seperti biasa saya tak bagi apa-apa hadiah untuk besday suami saya sebab diapun tak pernah juga bagi hadiah kat saya (bunyi macam balas dendam aja kan). Tapi saya adalah belanja hubby makan semalam. Tapi jangan risau saya doakan semoga suami saya diberikan kesihatan yang baik dan semoga dipermudahkan kehidupan, dunia dan akhirat. Semoga kita akan bersama dan bahagia till jannah, insya allah.
hehe.. sweet.. whatever semoga kak bib dan en. shukri bahagia selamanya smpai akhir hayat.. tak perlu nak ikut2 orang bagi hadiah, surprise bagai, yang penting kita jadi kita.. dan kita ttp happy..
ReplyDelete