Monday, March 4, 2013

Surpriseeee!!!!

Saya ada cerita kan yang kakak saya dari Ipoh datang ke rumah saya pada hari Jumaat malam (1 Mac 2013). Tujuan mereka datang adalah untuk mendaftar anak mereka di ITM.

Pada pagi Sabtu, hubby dan saya bangun awal. Hubby pergi beli nasi lemak dan saya buat air dan siapkan meja makan. Saya kan baru belajar table etiquette baru-baru ni, jadinya, saya pun excited lah untuk menyiapkan meja pagi tuh...heh...boleh laaaaa, tapi lupa la pulak nak snap gambar.

Family kakak saya keluar dari rumah dalam pukul 8.30 kut, saya tak ikut pun, tapi kami telah memberi arahan macam mana nak pergi...alahaiii, dekat sangat sebenarnya ITM tu dengan rumah kami, tak boleh nak sesat pun.

Urusan pendaftaran tu kejap aja pun, dalam pukul sebelas, mereka dah balik. Masuk-masuk dalam rumah (abang ipar saya waktu tu masih dalam kereta tau), kakak saya bercerita yang dia ajak suami dia pergi SACC Mall, tapi suami dia tak nak pergi sebab tak tahu jalan...huk aloh...mana boleh kan, mesti lah pergi, dekat sangat tempat tu sebenarnya.

Saya suruh hubby tolong tunjukkan jalan. Depa pun pergi la ke SACC Mall. Kakak saya ni, sejak datang dan bermalam di rumah saya baru-baru ni, memang sudah pandai berjalan di Shah Alam. Tempat favourite dia ialah KK Home Decor di SACC Mall dan lagi satu kedai yang jual barang hiasan rumah juga yang terletak di tingkat atas sekali di Alam Sentral.

Saya pulak, masak di rumah. Saya masak ayam masak merah, sayur goreng dan ikan bakar bersama kuah asam...tak tangkap gambar lupa.

Rupanya, sebelum balik ke rumah kami selepas urusan pendaftaran pagi tadi, kakak saya telah singgah di kedai Lontong Kelang...dah minum pagi juga rupanya.

Sebab dah makan nasi lemak, dan makan lontong Kelang lagi, kami semua tak larat nak lunch. We decided to take a nap first. Waktu nak nap tu, saya dah terfikir, Mek Yah nak berjamu apa pulak malam ni, kalau dia nak hidang nasi arab, haaaa, ada orang boleh mati kenyang nanti ni.

Atas rasa risau itu, saya pun whatssup Mek Yah, pesan dengan dia, jangan masak berat-berat dan banyak-banyak. Just prepare a light meal sudah.

Kami semua kecuali abang Hatta saya (suami kakak) sudah lunch sebelum pukul 4 petang. Kami bercadang untuk keluar rumah petangnya, selepas solat Asar.

Kami pergi Plaza Masalam di Seksyen 9. Hmmm, best, depa beli baju la, kasut laaa...sangat produktif.

Balik waktu Maghrib, Abang Hatta tiba-tiba nak makan nasi pulak. Siap tambah tuh, kami pun semua cakap, mesti Abang Hatta tak larat nak makan rumah mekyah nanti, rugilah kan. Syukri pun ada cakap yang dia mungkin tak nak makan, ye lah, malam kan, kita memang sedang mengurangkan pengambilan makan malam sekarang.

Kami sampai ke rumah Mek Yah dalam pukul 9 malam. Masya allah, Mek Yah masak nasi lemak dengan tumis petai dan ikan bilis...sesungguhnya menu itu adalah masalah kerana tumis ikan bilis + petai memang adalah kelemahan keluarga kami..yeah, orang kenyang pun akan makan kalau macam nih.

Akhirnyaaaa....suami saya Syukri makan dua pinggan. Abang Hatta pulak, yang baru makan dalam pukul 7.30 tuh, makan juga. In fact, saya ingatkan dia tak larat, saya letak la nasi dia sikit aja, dia lepas tu suruh orang tambah lagi nasi tu...he he he...

Ada baaaanyak makanan. Mek Yah ada buat spaghetti goreng yang sangat sedap. Mekyah juga beli roasted chicken ayamas...depa kata sedap, tapi yang ni saya tak makan pun.  Anak-anak Mek Yah juga telah prepare puding roti yang dimakan dengan aiskrim vanilla...sedap juga. Selain dari itu juga adaaaaaa ...kek.. kononnya macam kek birthday saya lah kan. Lupa pulak yang birthday Faiz adalah pada 9 March, sepatutnya kita boleh celebrate sama kan Faiz.

Banyak kan makanan? Kami pun makan, tengok FFM, tengok bola dan sembang. Dalam pukul 11.45 kami pun balik rumah. Adalah gambar yang kita orang ambil sikit-sikit...tapi baru perasan yang gambar hanya di ambil sewaktu awal programme, oleh kerana itu, gambar Irfan tak de sebab Irfan sampai lambat..

Okay lah, Let's enjoy the photos ye.


Gambar di atas adalah terbalik, sila pusing kan tengkuk anda

Haaa, menu, kek, sebelah kek tu adalah roasted chicken, sebelah lagi adalah sambal petai, dalam tempat biru tu adalah sos untuk roasted chicken, lepas tu spaghetti goreng, dalam tupperware kuning tu ada ikan bilis goreng, yang bulat bulat tu adalah tomato, lepas tu ada timun dan telub rebus...

Kat bawah pinggan tu, ada periuk nasi yang isi nasi lemak...hiks...tudung periuk tu dah pecah, jadi terpaksa lah guna pinggan aja nak tutup periuk rice cooker tu, hi hi, agaknya itu lah rahsia nak bagi nasi lemak jadi sedap...

Gambar puding roti lupa nak ambil la pulak sebab benda tu di hidangkan di akhir-akhir jamuan


he he he, bday girl la kononnya. Inilah birthday cake pertama saya tau, mana pernah pun saya celebrate birthday sebelum ni. Yang mengintai kat belakang tu adalah Encik Ghaz..mesti dia pelik tengok kita orang bising-bising tak berenti


Dengan tok bomoh saya

potong kek...he he he

Dari sudut yang lain.

Conclusion : Berjayalah jamuan ni and credit lah untuk mek yah and the girls. Anak-anak mek yah ni dah cekap macam mak nya, serious...tak pe, lain kali turn kami pulak ye mek yah...


No comments:

Post a Comment