Tuesday, March 12, 2013

S E R A I


Saya selalu skip lunch lately, tapi saya akan ambil breakfast yang lebih berat lah. Kenapa skip lunch? Hmmm, supaya saya boleh buat kerja lain, termasuk taking a short nap. Walau bagaimanapun, semalam, sewaktu memandu balik ke rumah, saya sudah tersangat lapar. 

Saya call hubby, nak ajak makan terus sebab saya sampai dalam jam 6.45 petang. Saya fikir,  Maghrib kan masuk lambat,  jadi sempat lah makan kan, tapi hubby tak nak...dia nak makan lepas Maghrib juga.

Lepas Maghrib, hubby ajak pergi makan di Restoran S E R A I. Sebenarnya kami memang dah lama sangat nak makan kat restaurant ni, tapi ada aja perkara yang menghalang. Walau bagaimanapun, sempena ulang tahun perkahwinan kami semalam, kami pun pergi lah makan di restoran ni.

Masuk-masuk, hmmm....best la juga ambiance nya...heee..jom tengok gambar lah ye.


haaa, depa ada tisu with the word 'serai' printed on it, setting table simple aja pun

depa terus serve tiga benda ni, we can consider this as appetizer lah kut no. Ada keropok sayur tu, jeruk betik dan kacang goreng....kami makan lah sewaktu menunggu order kami tu siap

hubby.. tengah menunggu....ini namanya jelingan manja

air, sebab hari istimewa, saya orda ice lemon tea...selalunya saya orda air suam aja. Hubby pulak macam biasa, order teh panas

order sudah sampai. Kami order telur dadar, kailan ikan masin...


tomyam seafood..

buttered prawn

comment saya : tomyamnya sedap..saya suka. Kailan pun okay. Buttered prawn tu, hubby punya favourite, saya rasa okay aja. 

Tapi semalam rasa full betul la, senak perut. Lain kali boleh pergi lagi, tapi saya order tomyam dengan telur dadar aja lah...

Harga memang lah mahal sikit...tapi saya rasa berbaloi...

okay, itu ajalah dulu

No comments:

Post a Comment