Semalam, selepas saya menulis topik mengenai cinta tu, saya tanya dekat hubby 2 kali tentang bagaimana saya mengekspressi cinta saya pada dia.
First time tanya, hubby diam, mungkin sebab dia tak tahu nak jawab kut. Second time tanya, dia jawab macam ni :" Saya pun tak tahu lah macam mana cikbib mengekspressi cinta cikbib dekat saya, tapi saya pasti sangat yang cikbib sayang dekat saya"...haaa, itu adalah statement yang membuktikanbetapa misterinya sebuah cinta, ha ha ha.
Anyway, semalam kami dua-dua mengantuk dan sewaktu menunggu anak sedara saya Faiz datang untuk mengambil motorsikal yang telah diposkan oleh ayahnya, kami baring-baring sambil tengok tv. Sempat juga kami terlelap sehinggala telefon berbunyi sebab Faiz dah sampai. Saya buat air dan hidang coklat aja dekat Faiz sebab kami makan laksa aja petang tadi dan memang tak de makanan lain...tak pe ye Faiz, nanti birthday Faiz, kami belanja makan Pizza.
Lepas tu, kami dua-dua telah segar balik, itu lah rahsia nya bila take a short nap ye. Kami pun tengok tv, channel LI. Kami suka tengok fasal design rumah ke, nak beli rumah ke, nak sewa rumah ke...haaaa...yang masak-masak ke...Tapi lepas habis rancangan, saya pun bosan dan tidurrrr.
Saya bangun semula dalam pukul 1.30 pagi dan dengar tv berbunyi cerita hantu yang amat kelakar. Saya termenung ke sana ke sini dulu, lepas tu sempat tengok tv juga. Waktu tu juga hubby wish happy birthday kat saya...tqqq sayangggg (macam lieuney cakap dekat apek lepas apek masuk aquarium tu kan, ha ha ha)
Lepas tu, saya solat isyak, iron baju dan tidur. Saya doa banyak banyak sebelum tidur supaya saya tidak terlajak sebab saya ada breakfast di Seri Pan Pacific Hotel pada jam 8.30 pagi.
Alhamdulillah, pagi tadi saya telah keluar dari rumah dalam jam 6.37 pagi. The funny thing was that, traffic di Federal Highway tu lebih kurang sama aja dengan keadaan traffic kalau saya keluar jam 7.00 pagi. Tapi saya sempat sampai dalam jam 7.25pg. Lepas tu sempat pergi toilet dan terus berjalan ke KL Sentral bersama officer saya untuk mengambil cab. Kami malam nak bawa kereta sebab susah nak cari parking.
Sampai sana, makan, discuss dan jam 9.30 driver datang ambil sebab ada another appointment di Jalan Kelang Lama. Saya sampai semula di office dalam jam 12.30 dan sekarang ni tengah update blog. Lepas ni gue nak tidur.
Saya nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran untuk diri sendiri. Semoga saya beroleh kehidupan yang baik, dunia dan akhirat. Semoga kehadiran saya di dunia ini lebih membawa kebaikan dan kebahagiaan untuk orang lain berbanding dengan kelukaan/kemusnahan, insya allah...Have a nice day semua orang!
Cik Bib, Happy Birthday! Semoga panjang umur, murah rezeki and may Allah bless you :) Lots of love, Ima <3
ReplyDeleteAamiiin. Tq Ima, I love you too.
ReplyDelete