Monday, March 18, 2013

Berita-Berita MeleTOP Bagi Saya.

Saya ni agak terputus dengan dunia realiti sebenarnya. Saya hanya mendengar berita di radio sewaktu pergi kerja dan berita-berita lain saya akan dapat dari kawan/hubby. Lately kami jarang buka buletin utama sebab tak larat....

Baru-baru ini, saya telah menghadiri majlis perkahwinan anak kepada seorang kenalan di Dewan Merak Kayangan Felda. Kami sampai awal sebab saya pergi terus dari ofis, tak mandipun. Sebab takut jalan jam, kami plan untuk solat di sana.

Oleh sebab awal, kami pun ada banyak masa untuk tengok-tengok dewan tu, tangkap gambar, habiskan keropok yang di hidang, pilih tempat duduk yang paling best, tengok orang dan sempat blog hop. Waktu tu juga hubby tunjukkan satu berita mengenai statement ayah Syaiful yang mengaku bahawa memang ada mereka-mereka yang bertanggungjawab dalam merekacipta tuduhan yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim..

Hmmm...terkejut badak saya. Tapi rupa-rupanya bapanya saja yang buat statement tu sedangkan Syaiful menafikan sepenuhnya pertanyaan bapanya dan menyuruh bapanya insaf...huh...dramatik sungguh cerita mereka ini, kalah cerita Hindustan.

Tapi sebagai seorang yang penyibuk, saya cuma wonder apakah sebabnya yang menyebabkan bapa Syaiful membuat tindakan yang amat mengejutkan itu...hmmm....saya percaya itu bukanlah tindakan yang mudah memandangkan dia perlu menghadapi mereka-mereka yang kuat, yang memegang kerajaan sekarang dan amat berkuasa. Tindakan yang diambil juga mungkin akan membahayakan anak nya Syaiful.

Hanya Allah yang mampu membalik-balik kan hati orang kan, jadi saya pasti ada reason yang tersangat kukuh. Mula-mula saya secara main-main mengagak yang mungkin Syaiful tak bagi duit yang sepatutnya dia bagi kepada ayahnya ke, haaa, langsung ayahnya merajuk dan buat statement tu...tapi bila saya fikir balik rasanya tidak mungkin, ini bukan perkara main-main dan kesannya adalah amat besar.

Saya hanya boleh conclude yang puncanya pasti lebih kuat dan dan malangnya masih misteri la pula sebab saya tak tahu....hiks

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sewaktu saya sedang menikmati aiskrim vanilla yang dihidangkan bersama tapai, masih di majlis yang sama, saya telah menerima satu lagi berita MelaTOP melalui whatsup daripada sahabat gossip saya, Mekyah.

Mekyah sedih sebab Noniswara telah memfailkan tuntutan cerai ke atas suaminya. Kalau kita mengikut blog blog hiburan sekarang, kita dapati Nonis telah memberitahu yang punca perceraiannya adalah kerana wujudnya orang ke tiga.

Hmmm, saya pernah tau tengok Nonis dan hubby dia secara live, cantik dan handsome sungguh. Tinggi pulak tu dua-dua sekali. Tapi ye lah, kecantikan tidak menjanjikan kebahagiaan kan. Macam ayah Syaiful kat atas tu pulak, mungkin wang bukanlah segala-galanya, lebih-lebih lagi sekiranya hati tidak senang kan.

**************************************************
Hmm...dua berita MeleTOP dalam satu malam adalah banyak kan? Tak gitu? Saya pasti sebelum kedua-dua keputusan dibuat, baik buruknya telah di teliti terlebih dahulu kerana mereka-mereka ini adalah orang yang dewasa....


No comments:

Post a Comment