Saturday, March 23, 2013

Majlis Kenduri Encik Shakeer

Entry kali ni ada banyak gambar ye...gambarrr aja.

Pada hari Rabu yang lalu, 20 Mac 2013, keluarga kakak suami saya telah datang untuk bermalam di rumah saya. Mereka datang kerana pada esoknya, iaitu 21 Mac 2013, anak mereka, Shakeer akan bernikah di Bangunan JAIS, Shah Alam.

Saya suka lah majlis perkahwinan mereka ini, simple, sweet, menjimatkan. Walaupun kecil majlis ini tetap meriah dengan kehadiran saudara mara yang sempat hadir. Ibu dan bapa pengantin juga sentiasa memastikan berita terbaru mengenai majlis di war war kan kepada saudara mara terdekat.

Oleh kerana pernikahan ini dibuat pada hari bekerja, hanya mereka yang berkesempatan sahaja yang dapat hadir. Saya juga pada mulanya agak sukar untuk mendapat cuti, tapi alhamdulillah, dapat juga saya memperuntukkan masa.

Saya sangat suka sebenarnya hadir kenduri-kenduri kahwin ni, lagi pulak kali ni macam rumah saya jadi tempat berhimpun kan..he he. Ye lah, anak sendiri tak de kan, jadi, menumpang gembira anak saudara kahwin pun okay jugaa

Pada anak-anak sedara saya yang lain, kalau nak buat kenduri camni, boleh jugaaa, tapi rasanya mungkin lebih baik kalau guna package yang siap ada makan di Masjid Shah Alam tu. Untuk package yang ini, hanya akad nikah yang dibuat di JAIS, tapi untuk makan, kami terpaksa memandu ke Kelana Jaya. Sebenarnya okay aja untuk kami, tapi saya sian pulak menengok pengantin yang terpaksa ke sana sini dengan baju pengantinnya...he he he. mesti tak berapa selesa kan. Tapi itu masalah kecik aja lah.

Okay untuk seterusnya...sila lihat gambar....

saja tangkap, haa...pukul 10.30 pun tak bergerak lagi, majlisnya mula pukul 11.00. Lain kali tak leh bergerak lewat sangat, segan kat pengantin perempuan punya keluarga...peringatan untuk saya lah ni,,he he

reason kenapa lewat? sebab nak susun balik buah la, nak tangkap gambar pulak la..he he he....tapi saya suka la sebab gambar ni atas karpet saya (saya ni memang self centred kan, nak buat macam mana)

Paknjang kena jadi pembantu pengantin pakai baju

Pengantin dengan hantaran...awat tak kancing plak tengkuk tuh...

cincins

Haaa, kami selamat sebab ustaz yang nak menikahkan tu memang sibuk orangnya. Waktu kami datang, ada pulak orang tengah meminta nasihat dari dia, sooo, kami sempat bertenang sikit sebab kami memang sampai kat situ on the dot pukul 11.00. Keluarga pengantin perempuan sudah berada di situ lebih awal

Bila ustaz tu dah settle, kami pun masuk lah ke bilik ni...sempoii kan? boleh la masuk kalau setakat 50 orang dan ada aircon ye, penting tu waktu panas panas camni

Hmm, another side of the room

Ustaz dengan pengantin tengah warm up
Pengantin pompuan, Zera

Haaaa....ada kerusi untuk kaum ibu yang sakit lutut

Tengah suspens nak akad nikah.

Mula mula, praktis dulu...bagi senang. Saksinya adalah yang pakai tshirt coklat tu (itu abang hubby), dengan yang pakai lebai tu (pakcik pengantin pompuan pulak). Yang pakai songkok hitam tu ayah pengantin perempuan, yang pakai tshirt belang tu, ayah pengantin lelaki

Akad...sekali aje, cayalah Shakeer

Alhamdulillah selesaiiiiii.

Ustaz ni sempoi tau, best...sangat memudahkan

bergambar bergambar lah lepas tuuuu

haaaa, yang camni, biasalah kan

Bergambar dengan mak, ayah, pokcik, mokcik, adik beradik yang dapat meluangkan masa

another round, dengan yang lain pulak....

the newlywed

Lepas tu, kami pergi ke restoran De Corner di Kelana Jaya. Saya ada tangkap gambar, tapi tapi dengan Samsung Notes saya, tak upload lagi pun...

Lepas makan, kami singgah di rumah pengantin perempuan di Kelana Jaya, tak jauh dari Tabung Haji tuh

Yang atas ni adalah gambar hantaran dari perempuan pulak. Kami minum kat situ lepas tu, dan kemudiannya balik. 

Senang kan sebab bila balik rumah, dah kemas dah, tak de pun pinggan yang perlu dibasuh. Pengantin juga boleh menggunakan duit yang disimpan untuk kehidupan seterusnya. Ye lah, nak beli dapur ke, peti ais ke...nak memulakan hidup ni, perlu banyak duit kan.

Semoga perkahwinan Shakeer & Ismazera ini akan dilimpahi berkat dan kebahagiaan. Semoga mereka akan dikurniakan dengan zuriat yang baik dan semoga mereka bijak untuk mengatasi setiap masalah yang bakal timbul.

Haaa, lepas ni siapa pulak nak kahwin?...over excited saya ni...








No comments:

Post a Comment