Sebenarnya saya ni nak menulis, tapi macam buntu tentang topik yang patut saya tulis. Saya mengantuk dan telah blog hop sikit-sikit. Masuk blog sana, lepas tu link pulak ke blog lain dan kebetulan asyik jumpa cerita fasal ulang tahun perkahwinan la, semua yang relates to cintan cintun ni lah...soo...let's gamble, saya pun nak tahu apa yang saya faham tentang cinta, let's talk about 'Cinta'.
Mula-mula : definisi Cinta.
Bayang kan kalau kita pergi la ke seminar mengenai cinta dan penceramah bertanya kepada kita apakah definisi Cinta...haaa...saya boleh bayangkan saya terus google sebab dasar takut nak bagi pendapat sendiri kan.
Cinta bagi saya...susah nak tulis macam ni lah, mari kita buat in point form ye.
1) Perasaan yang terbuai yang membuat kita bahagia, rasa macam nak senyum aja sepanjang masa..betul tak? Saya rasa, waktu bercinta, ini yang paling best, bila hati di buai-buai.
2) Walaupun best, kita perlu berhati-hati kerana bila terbuai sangat tu, kita mungkin boleh jadi tak betul sikit, haaa, sekiranya ini berlaku, maka cinta boleh di definisikan sebagai penyakit. Hmmm, penyakit hati sampai lupa realiti kehidupan, lupa undang-undang tuhan, lupa pada keluarga.
3) Kadang-kadang cinta juga adalah pengorbanan. Ada seorang kawan saya ni suka mendefinisikan cinta sebagai pengorbanan. Sebagai contoh, seorang isteri, sanggup membenarkan suaminya berkahwin lagi satu. Walaupun perit, mereka terus cuba melayari bahtera perkahwinan bersama sehinggalah apabila tua, walaupun orang ketiga wujud dalam kehidupan, cinta mereka terus utuh dan sang isteri merasakan pengorbanan yang telah dilakukan adalah sangat berbaloi dan sang suami pula sangat-sangat mengkagumi pengorbanan isterinya itu..huh..SANGGUP?
4) Yang atas tu semua positif kan? Tapi cinta juga boleh menjadi satu dosa dan boleh menghancurkan hidup sekiranya rasional/iman sudah hilang. Selalunya cinta macam ni memang tidak kekal.
Penting tak cinta?
Pentingggggg.....mesti lah penting kan, especially kalau pernah merasa nikmat bercinta. Kalau tak rasa lagi, tak pe la juga. Saya kan kahwin lambat, dan biasa hidup sendiri tanpa cinta. Tapi saya berdoalah semoga dipanjangkanlah jodoh saya dan hubby, sebab saya rasa pasangan hidup dan cinta tu penting dalam hidup saya.
Macam mana mahu menunjukkan cinta?
Sekarang ni, kalau nak menunjukkan cinta pada orang boleh la gunakan facebook. Ataupun kalau kita artis boleh lah announce banyak-banyak kali "Chenta Hati Saya"...
Tapi saya rasa semuanya sepatutnya berlaku secara natural. Sewaktu saya menghadiri kursus di I D F R baru baru ini, saya suka melihat cara pasangan-pasangan bermesra, tanpa berlebih-lebihan lah kan.(untuk pengetahuan, kursus yang saya hadiri tu adalah untuk suami dan isteri, saya aja yang pergi bujang sebab hubby sibuk).
Yang saya lihat, pasangan yang lebih tua adalah lebih mesra, atau mungkin sebab pasangan muda yang datang kebanyakannya adalah ustaz belaka, ha ha, yang tu saya tak pasti. Sewaktu ceramah diberikan, saya lihat dari jauh yang mereka cuba untuk bersentuh walaupun sedikit. Sebagai contoh, suami akan duduk bersilang kaki dan isteri akan meletakkan tangan atau siku di kaki suami...it looks natural sebenarnya dan saya rasa orang lain tak perasan pun kecuali saya yang menyibuk. Apabila berjalan menuruni bukit pulak, isteri terus pegang tangan suami sebab takut jatuh, ye lah, pakai high heels kan...heeee
Saya suka aja tengok dan tumpang gembira, sambil berdoa semoga ada rezeki saya dan suami untuk tua bersama-sama dan bahagia seperti mereka.
Macam mana saya menunjukkan cinta saya?
Ntah laa, tak tahu saya. Saya ni kan brutal, mana ada tunjuk tunjuk cinta sangat...heee. Mesti suami saya sedih kan dapat isteri macam saya. Tapi kadang-kadang saya rasa cara saya menunjukkan cinta saya pada suami ni lebih kepada macam lelaki la, macam cara yang lebih protective, bagi pendapat ke. Anggap je lah hubungan hubby dan saya ni unik dan tidak boleh di bandingkan dengan pasangan lain.
Apa lagi dengan Cinta?...
Hmmm...itu ajalah kut. Saya juga percaya cinta boleh dibina dan seterusnya perlu di 'maintain'. Cinta perlu dibaja dan disiram supaya subur. Mak saya kata, kadang-kadang akan ada hasutan yang tak baik di pertengahan perkahwinan dan dia kata, work on it dan banyakkan berdoa.
Satu lagi, saya rasa banyak perkara yang akan lebih manis apabila dilakukan dengan orang yang dicintai. Sebagai contoh, sekiranya sang suami dapat mengimamkan solat...kan best. Saya juga berdoa semoga satu hari nanti, ada rezeki untuk saya dan hubby mengerjakan haji kerana saya teringin untuk melakukan tawaf dan saei bersama...jangan berkelahi pulak masa tu, sudah.
Itu ajalah buat kali ini...saya mengantuk betul laaa
Selamat Hari Jadi... moga panjang umur, murah rezeki dan dipelihara Allah hendaknya,,,
ReplyDeleteTerima kasih Encik Shuk. Semoga makbul semua doa tu.
ReplyDelete