Saya tidak buat apa-apa pun sebab hari bekerja kan. Saya cuma kemas rumah/bilik sikit-sikit, itu aja. Yang lain, semua mereka uruskan sendiri kecuali makan malam...makan malam pun saya tak masak, saya bawa makan keluar aja.
Oleh sebab itu lah saya determine untuk sediakan breakfast saya yang lazat dan berzat itu pada pagi ini, hehehheee.
Saya masak tumis udang, goreng ikan bilis, rebus telur dan potong timun. Saya masak nasi biasa aja...kurangkan kolestrol...
Ada gambar ...
Bukan apa, mereka hendak bergerak balik ke Perak, orang tua-tua kata, elok la makan berat sikit kan. Bila dah makan berat waktu pagi, makan tengahari tu, lambat sikit pun tak pe, skip pun tak pe...
Lepas makan, kami pergi ke rumah Fizah untuk ambil Iman dan Irfan. Kakak saya akan bawa balik dua orang cucunya balik ke Ipoh bagi memudahkan Fizah untuk menjaga Imran sewaktu di bedah nanti....
Saya copy paste gambar Iman & Imran dari facebook PakNgah dia...Imran yang sebelah kanan (saya harap PakNgah dia tak marah la kut ye)..:
Saya nangis juga sikit sebenarnya tapi yang lain-lain tu iaitu keluarga kakak saya semuanya amat tenang .....alhamdulillah.
Semoga Imran akan kembali sihat. Semoga Imran akan kembali melihat. Semoga Imran dapat membesar secara normal. Semoga engkau mudahkan semua urusan kami Ya Allah. Semoga engkau kabulkan doa dan permintaan kami Ya Allah. Aamiin..
No comments:
Post a Comment