Hari ini, bangun aja pagi, perut bunyi bunyi.
Rasanya semalam saya kurang makan sikit la kut, sebab saya kan secara naturalnya mempunyai selera yang besar.
Semalam, pagi saya makan kuih waktu meeting. Sebab meeting tu prolong, dari pukul 8.45 sampai jam 1.00 tengahari, saya juga telah ambil portion kuih di tempat yang tak de orang. Heee...jadi saya makan 5 biji kuih la.
Sebab dah pukul 1.00, saya malas nak keluar makan tengahari, saya ambil aja nestum/oat tuh.
Dinner, makan mertabak Singapore...
Heeee...kalau Victoria Beckham, mesti dia consider semalam antara hari yang dia paling banyak makan, tapi sebab saya cikbib...well....
Hari ini hari meeting dengan Minister. Officer yang sepatutnya bertugas hari ini terpaksa ambil EL. Dia sms dalam jam 12.30 malam semalam untuk beritahu. Hmmm...semoga semuanya berjalan lancar untuk dia. Tapi itu jadi cabaranlah untuk saya sikit.
Tapi tak pe, mesti ada jalannya kan...of course saya berdoakan semoga Allah bantu dan memudahkan semua urusan saya. Semoga semuanya akan berjalan lancar.
Saya nak mula kerja dah ni...semoga saya kuat...
Dan tak lupa untuk Imran : Moga dipermudahkan urusan pembedahan Imran nanti dan semoga mata Imran akan pulih sepenuhnya, insyaa allah. Semoga Imran akan melihat semula Ya Allah. Aamiin.
No comments:
Post a Comment