Boss cuti seminggu...saya ni tak de la baik sangat dengan boss, tapi saya rinduuuuu nak tunggu boss balik...sebab jadi boss untuk 4 hari ni, tidak lah senang....semoga dipermudahkan segalanya Ya Allah.
Mungkin ramai juga yang mahu tahu status Imran sekarang. Dia telah pergi checkp up baru ini dan didapati salah salah satu dari mata Imran mengalami pendarahan yang agak serius dan perlu di buat pembedahan ASAP. Imran akan di bedah minggu depan.
Moga dipermudahkan urusan pembedahan Imran nanti dan semoga mata Imran akan pulih sepenuhnya, insyaa allah. Semoga Imran akan melihat semula Ya Allah. Aamiin.
Esok, ada mesyuarat dengan Menteri, dan sebab boss tak de, saya lah jadi ketua. Saya tahu Allah saja paksa saya buat benda ni supaya saya belajar. Sebaab, if not, mesti saya mengelak punya, saya, benda tepis-tepis ni memang pandaii.
Tapi kali ni, saya kena buat lah juga benda yang saya tak suka tu. Kena pegi jumpa boss boss ni, brief them...haih, saya boleh rasa jantung saya dup dap dup dap waktu jumpa CEO tadi. Begitulah penakutnya saya.
Tapi sebenarnya kan, setelah cabaran yang terpaksa dilalui oleh Imran, saya rasa semua masalah adalah kecil. Saya cakap bukan sebab berlagak, tapi sebab kenyataan yang semua masalah itu sebenarnya boleh di atasi...we can do something about it...and we are clear on how to go about.
Tapi masalah Imran, hanya Allah sahaja lah yang boleh membantu. Semuanya diserahkan kepada Allah, TOTAL...insaf betul saya.
Dannn...saya juga tahu kenapa sesungguhnya seorang ibu itu adalah seorang yang hebat kan? Ingat tak sewaktu saya di Metal, saya rasa NH sangat hebat? Yup, dia ada 5 orang anak tapi buat kerja sentiasa tip top?
Hmmm...insya allah anak sedara Pijah juga akan jadi seorang yang hebat (ini doa sayalah). She survived this one, I am sure the next ones is not a big deal...
Saya pulak?...haaaa....macam itu lah...lari dari orang itu, lari dari orang ini, buat mesyuarat tingkap....heeeee.....
Hmmm...semoga Allah merahmati kita semua, memudahkan semua urusan kita. Semoga kita tenang dengan setiap dugaan. Semoga kita sentiasa belajar dengan segala yang berlaku dalam kehidupan kita. Insya allah.
No comments:
Post a Comment