Friday, November 8, 2013

Jumaat - 8 November 2013

Hari ini...hari sibuk, hari sedih...selari semuanya

Kerja sampai jam 8.00 malam...banyak kerja, ada banyak juga dugaannya.

Air mata terus mengalir juga...tapi saya terus berdoa...ye, redha dengan ketentuan Allah, tapi Allah jualah yang berkuasa untuk menyembuhkan segala penyakit, oleh itu, ku mohon semoga mata Imran akan sembuh, semoga Imran boleh melihat semula...

Saya ulang doa itu sepanjang perjalan ke tempat kerja. Ulang-ulang.ulang...semoga diperkenankan doa ini Ya Allah.

Waktu balik, saya sempat berjumpa dengan dua orang kawan. 

Yang seorang ini bercerita fasal bagaimana dia berjaya menguruskan badan. Reason? Simple, sekarang ini dia terpaksa menampung jawatan Pengarah Bahagian, yup, bertambah kerja, bertambah sibuk, langsung tidak sempat makan. Dia juga banyak minum air masak dan kurangkan minuman bergula. Semuanya berlaku secara natural, tanpa paksaan...semoga dia boleh istiqamah.

Seterusnya berjumpa NH..dia bercerita tentang jawatan barunya, cabarannya...yeah, to chair a meeting...and I think she did a good job...so happy for her.

NH juga bertanya kenapa saya bersedih...and yeah, she reads my blog. Hmmm...langsung bercerita di tepi tangga tu selama setengah jam. 

Rasa seronok bercerita...rasa rindu dengan gang metal...

Balik rumah, kami ke Tirai Ratus, makan mertabak singapura. Waktu bercerita dengan hubby waktu tu, air mata termengalir juga...tapi kan, hubby telah tegur sikit. Dia kata, saya keterlaluan, asyik menangis aja.

Sedih saya, langsung lagi menangis...heeeeeee

But I guess it's about time that I learn to be stronger...to kurangkan my tangisan...but never stop praying. Saya juga ingin memohon kawan-kawan doakan semoga cucu saudara saya, Imran, sembuh matanya dan boleh kembali melihat. Imran sudah keluar dari hospital, tapi ibunya akan pergi buat pemeriksaan mata di Hussein Onn Eye specialist pula. Semoga Imran boleh melihat semula.

Saya sudah rendam baju saya malam ini sebab saya perlu kerja pada hari Ahad dan mungkin perlu berkampung di Berjaya Hotel sampai Jumaat/Sabtu...Semoga event ini akan berjaya, insya allah

No comments:

Post a Comment